Pages

Thursday, December 31, 2009

Catatan....Selamat Tinggal 2009....Selamat Datang 2010



Assalamualaikum.

Sekarang ni jap di laptop menunjukkan pukul 10.51 malam.  Lagi sejam lebih kurang 2009 akan melabuhkan tirainya...dan 2010 akan menjelma. 

Hmm betapa cepat masa berlalu.... Malam ni saya mencuri sedikit masa dengan membaca kenangan-kenangan sepanjang 2009 yang saya coretkan di dalam blog ini.  Hmm... Alhamdulillah ada blog ini memberikan sedikit kesempatan mengimbau memori sepanjang 2009.

Dibawah saya berikan link-link yang saya rasakan peristiwa ini cukup istimewa di hati saya.  Yang saya rasa memberikan cukup kenangan kepada diri saya dan keluarga saya.


Januari



Februari.


March

April


May

Julai

Ogos
Izzati Warded - Full Story September Entry



September


November



 Ini hanyalah rentetan-rentetan peristiwa yang saya kongsikan dengan rakan blogger yang lain.  2009 sebenarnya memberikan saya satu kenangan dan pengalaman yang amat pedih bagi diri saya.  2009 boleh saya simpulkan adalah tahun yang agak 'hitam' bagi diri saya.

Saya mengalami masalah kewangan yang sangat teruk dan kecelaruan fikiran disebabkan masalah ini.  Betapa hidup saya tidak tenteram disebabkan masalah ini.  Betapa saya sering mengalirkan airmata disebabkan permasalahan ini.

Ini adalah masalah yang tidak saya rungkaikan di dalam blog saya ini.  Kerana saya rasa, tidak perlu saya mencanangkan kepada semua.  Kerana saya fikir masalah ini dihadapi oleh setiap manusia, cuma keadaan sahaja yang berbeza.... tetapi yang pastinya saya akan merindui 2009 ini yang memberikan saya ketabahan yang tidak pernah saya fikirkan saya akan perolehi.  Kekuatan diri yang saya fikirkan tidak pernah ada.  Dan kerana permasalahan ini sebenarnya saya rasa semakin dekat dengan Maha Pencipta.

Apa yang saya harapkan 2010 akan memberikan sinar harapan kepada diri saya dan keluarga saya.  Harapan agar saya dapat keluar dari masalah yang membelenggu diri.  Harapan agar saya dan Abie sama-sama meningkatkan hidup kami.  Harapan agar Keimanan dan Kerendahan hati akan sentiasa melingkari diri. Harapan agar hidup kami diberkati Ilahi.  Harapan agar kami bahagia merentasi hidup ini. Harapan agar kami tidak melupakan Yang Maha Esa.  Harapan agar anak-anak kami dilimpahi kerahmatan dan kebahagian...dan seribu macam harapan yang ada di hati ini.

Selamat Tinggal 2009... terima kasih kerana memberikan aku 1001 kenangan....yang tidak mungkin aku lupakan.....kenangan yang memberikan aku ketabahan dan kekuatan.....pemergian mu pasti dirindu....

Selamat datang 2010...semoga kedatangan mu akan memberikan sinar harapan yang cerah.....







http://azimahas.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

please be nice to me