Thursday, September 25, 2008
Usaha Pertama - Jahitan Manik
Entah kenapa tahun nie cam sakan lak aku nak glemer-glemer kan anak dara tue. Baju raya dia dah siap. Baju raya Mummy gak lum siap lagik uhuk... Mak Long nak siapkan baju orang dulu..huhuhuhu dan ker Mummy nak jahit manik kat baju Mummy pulak....
Anyhow...ini la hasil usaha pertama Mummy jahit manik kat Baju Kurung Izzati. Take note yer kawan-kawan. Mummy nie tak pernah langsung pegang mesin jahit, nak jahit baju sendiri pun tak reti..... jahit manik ni pun Mummy hentam kromo jek designnya. So ini lah yang terhasil dari hentam kromo Mummy......
Abaikan ketidak kemasan jahitan manik ku itu.... Kojap jek jahit manik nie..jahit simple2 jek pun......skrg Mummy masuk ke projek kedua jahitan manik baju kurung mummy....saja jek......kalau hasil nya memuaskan akan Mummy tepek kan di sini juga.
Gambar blur sikit sebab amik pakai camera phone dan diwaktu malam.....
Semalam Mummy mc.....tekanan darah Mummy naik.... no wonder la Mummy letih lesu this whole week...bila dapat tidur memang tak ingat dunia.... Mummy kurang rest kot...entah la.....
Monday, September 22, 2008
Cerita Hujung Minggu
Wah bulan Ramadhan nie, rajin tul aku update blog ek...satu hari boleh sampai dua entry aku buat. Nampak sangat kefreean aku di bulan puasa ini. Free ker..tak ada lah...mana ada free penat wo...
Jadual aku sepanjang bulan puasa nieh..
Bangun pagi sahur kalau terbangun sebab aku sorang jek sahur Abie tak sahur pun. Itupun setakat minum susu segelas. Awal2 jek rajin sahur makan nasi pastue bila perut dah adapt, aku minum susu jek. Pastu sambung tidur dalam setengah jam, bangun siap2 pulak nak pegi kerja.
Abie hantar la pegi keja itupun sampai LRT Sg. Besi jek....balik keje terus pegi Bukit Jalil pulak...balik dalam pulul 11-12 malam, balik jek dari Bukit Jalil anak-anak pun dah tidur. Aku bila dah balik tue tak ingat aper dah...mandi pun tak tukar baju jek solat terus tidur...rasa penat badan. Esok starttt balik..huhuhu penat weh badan...
Weekend lepas hari Sabtu memang terasa kepenatan badan. Aku tak ambik bibik pun kat rumah Angah iyelah sebab nak kene keluar awal pegi Bukit Jalil. Petang sah sah bibik kene pegi Langat, mana pulak aku nak biarkan bibik sorang2 kat rumah. Saper nak kunci pintu aper seme. Pagi Sabtu tue boleh pulak pinggang Abie meletup balik. Aduhai, aku dah dok risau dah. Biasa kalau Abie kene cam gitu memang kene admitted la. Uhuks, sapa nak jaga kedai, nak raya nanti camner nak kemas barang lagik huhuhuhu..memang risau jek haku nieh... Abie gagah gak nak pegi Bukit Jalil nak jaga booth tue. Sayang Sabtu orang ramai takkan nak biarkan jek. Abie kata dia nak tahan dulu sampai Isnin baru pegi hospital. Buat sementara telan painkiller je lah. Errr meletup tue bukan aper yer...Abie kan ada history tulang retak kat belakang...so once in a while sakit tue akan datang balik...bukan meletup aper pun...
Hari Ahad, buka puasa ngan adik beradik aku ramai-ramai kat rumah Angah.... Abie tak gi pun.... kene jaga kedai... Ahad kan waktu2 cuti la pun orang ramai. Sian Abie dengan sakit2 belakang tue kene jaga kedai sorang-sorang. Pastue buka puasa pun sorang-sorang..... tak per hari nie Mummy buka puasa ngan Abie balik... so ini la gambar2 buka puasa kat rumah Angah.
anak sedara yang dah bujang belaka, yang pakai spek tue Iwan yang sebelah tue not sure Azzam ker Azzem (kemborrr ntah mana mana satu)
Itujelah sempat amik pun...... sebab pakai camera phone waktu pun dah malam jadi gambar tue kelam jekkkkk......tak per lah janji syarat entry lepasss..ada gambar......
Tag Lagik!!!
Wah Rehan sejak dah pandai main tag-tag nie aku pun ko tag ek..orait utk menjawab soalan Cekgu Rehan sila lah membacanya..... jawab soalah khas yang ditujukan utk aku dulu naaaa
AZIMAH aka MELATI PUTIH - Soklan tambahan untuk anda :
If you earn more than him (your hubby), will you dare asking him to quit his job to take care of your own kid(s) and be a fulltime house-husband?
Kalau dia tak ego sangat boleh jek...tapi aku rasa cam dah terbalik kot.... bior ler dia usaha carik rezeki utk keluarga ngan anak-anak walaupun gajinyer kecik...ngeh ngeh ngeh....
Azimah
Imah, Im, Melati, Acik
Birthday:
15th June 1976
Birthplace:
Hospital Besar Kuala Lumpur
Time of Birth:
Errrr kurang ingat...rasa-rasa kul satu kot...tengah hari
Zodiac Sign:
Gemini
psttt tetiba rasa cam tulis biodata lak cam zaman sekolah2 dulu
–This or That–
Flower or Chocolate:
Chocolattee....mmm nyummyyy
Pepsi or Coke:
Coke
Pop or Rock:
Pop
Relationship or One Night Stand:
One night stand...harammmmmm..... Relationship daaa...
School or Work:
Work
Love or Money:
tricky gak nieh..... adakah aku akan dikategorikan sebagai mata duitan kalau pilih MONEY
Movies or Music:
Movies
Country or City:
City....aku dibesarkan di pekan.. I tak biasa hidup di kampung you..ngeh ngeh ngeh poyosssss
Sunny days or Rainy days:
SunRai - kikikikik
Friends or Family:
Family
-Have you ever-
Smoked:
Penah...gatal nak rasa...ngeh ngeh ngeh..
Broke someone’s heart:
mmmm......none that i can think off...
Had your heart broken:
huuhuhu yessss....
Wish you were a prince/princess:
yes.....
Liked someone who was taken:
yes.....
Shaved your head:
nooooooo
Been in love:
yes.....
Used chopsticks:
yes...
Sang in the mirror to yourself:
yesssss....
-Favorites-
Candy:
Ferrero Rocher tue candy ker coklat ek...
Song:
Evergreen..banyak...tak hengat
Scent:
lupa lak apa nama perfume aku tue...
Musical Instrument:
tangan bangku...
Movie:
Comedy Romantic....auwww...
Actor/Actress:
bukan zaman nak minat2 dah...
Junk food:
MacDonalds....
Animal:
Cat
Ever cried over someone:
Yes
Is there anything you wish you could change about yourself:
No......
Do you think you’re attractive:
Yes hahahahaha gelak besar aku...
you had to choose a fairytale as your life what would you choose:
mmmm.... Cinderella
you play any sports:
nopeee.....
List (8) random facts about yourself and tag (some) people :
hhmmmmmm
1.Sensitif
2. Susah senyum
3. Sombong (first time kalau jumpa)
4. Peramah (once you know me)
5. Kepala angin (sometimes)
6. Risau tak bertempat
7. Angan-angan tinggi
8. Manja...ekekeke
And I would like to Tag Lala, Kak Kasih, Sahira (tak penahnya nak jawab tag haku...)...sila jawab tag tag ini yer... copy paste dah letakkan di blog anda...cewaaah....
okey Rehan dah jawab dah soalan2 mu, mu bila lagik????
Friday, September 19, 2008
Tangan Yang Indah
Berkali-kali aku dapat email nieh, dan setiap kali aku dapat dan aku baca airmata aku mesti mengalir tanpa henti. Dan yang pasti cerita ni akan mengingatkan aku pada arwah Ibu. Tahun nie tahun kedua aku beraya tanpa Ibu.
Khas buat rakan-rakan sekelian, baca lah untuk dijadikan pedoman. Sekira anda masih punya Ibu, bahagiakan Ibu anda selagi hayat nya masih ada.
(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.
Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.
Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..
Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil
tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya
sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang
begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA
ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI
DAN MENYAYANGI IBUNYA".
Note: Berbahagialah yang masih
memiliki Ibu.
Rindunya....
Rindunya ngan anak anak Mummyyyyyy....... dah dua hari dah mummy tak borak-borak ngan anak-anak mummy, gurau ngan Zati.
Mummy balik paling awal pun sampai rumah Mak Long pukul 11 malam itupun Izzati ngan Iskandar dah tidur. Iskandar pulak bila Mummy bangun pagi-pagi dia bangun juga dapat la nak main-main ngan dia sekejap. Izzati pulak dah memang jenis bangun lambat, ambik tidur hantar rumah Mak Long pun tidur. Malam tadi Mummy rasa rinduuuu sangat ngan Izzati. Biasa kalau balik dengan kaletah dia tue dengan cerita dia tue dengan manja dia tue. Tapi dah dua hari Mummy tak rasa dah...
Pengorbanan Mummy nak cari duit lebih. Kalau Mummy tak kerja memang Mummy ulit jek Izzati ngan Iskandar tue.
Mmmmmmm......tak aper.... lagi seminggu jek kita nak sambut raya..... lepas nie Insya'Allah kalau masih meniaga lagi, Mummy tak tinggalkan Zati ngan Is lama-lama dah.
Tuesday, September 16, 2008
Car and Me
Salam,
Tetiba terasa nak citer pasal kereta lak kan. Sebenarnya aku ni bukan la pandai sangat pasal kereta nie pun. Tau bawak jek. Service ker jadah aper seme tue memang tak tau la totally Abie la punya keje.
Buat masa sekarang nie aku dah family pakai Naza Citra cam kat atas tue. Tapi warna tak sama la kaler biru. Kereta pun ada satu jek tak cam orang lain ada dua tiga ngeh ngeh ngeh..
Sejarah aku pakai kereta nie boleh dikatakan dari zaman bujang lagi la. Itupun Ibu la sibuk sangat suruh aku pakai kereta. Ikutkan memang tak mo pakai lagik. Kang duit gaji abih ke kereta jek. Zaman bujang nie memang nak kene reti la pasal service aper seme. Iyelah nak harapkan sapa lagik. Abang-abang aku seme tak duk sama ngan aku. So nak service nak tukar timing belt nak itu nak ini memang kene amik tau la sesikit. Pastue bila dah cam gitu parahnya duit tau je ler kan.... so my first car was Wira Aeroback (Auto). Lebih kurang gambar kat atas tue lah.
Itupun beli second hand jek. Aku bayar separuh jek tiap2 bulan, separuh lagik Angah tolong bayar kan. Kira okey la jugak kan. Tak ingat baper tahun aku guna Wira nieh, tapi masih di alam bujang lagik aku dah tukar kereta kedua. Satria 1.3 cam kat bawah nieh....
Satria nie ikutkan memang kereta idaman aku dari ITM lagik. Tak tau naper aku minat sangat ngan Satria nieh. Agaknya sebab nampak sporty kot dan nampak kiut jek bila orang perempuan yang bawak. Aku beli Satria biru metalic baru punya. Plat number pun aku ingat lagik sebab memang saja aku pilih WHR 1976. Ahaks...amik tahun lahir aku, Ibu gak la yang meracuni fikiran aku sok pilih nombor. Ikutkan aku belasah jek. Tapi Satria biru aku nie dah terjual. Memandangkan aku pun dah berkahwin. Tima jual Satria nie pun masa aku mengandungkan Izzati. Letih gak kereta dua pintu nieh, nak nak duduk ngan Ibu, jadi driver Ibu, nak tonggang tonggek tue seksa so Abie tukar pada Wira Aeroback Gold (Auto). Kereta ni kami bagi pada adik adik Abie dia orang sambung bayar. So kereta tue hayat dia masih ada lagi la dengan kami walaupun dekat tapi jauh, dan kami guna la Naza Citra tue.
Dream Car??? Huhuhuhuhu... masa tengah guna Satria dulu, my dream car aku ini lah kat bawah nie Honda CRV tapi model lama yang ada tayar kat belakang tue. Honda CRV yang lama tue bagi aku lagi cun la. Tapi yang model baru nie pun leh tahan gak cun nya. Tak tau naper minat sangat ngan Honda CRV nieh. Agaknya aku nie suka kereta yang ada rupa-rupa sporty kot. Masih tidak dapat kumiliki ngeh ngeh ngeh....tahun bila la leh dapat pungggg....
Dan sekarang after kawin ini pulak my dream car. Sempoi jek, Honda Jazz. Ini pun ala-ala cute je kan. Sesuai sangat la utk wanita seperti aku nieh ececececeh....and again I wonder when I can get this car...ahakssss tunggu Abie jadi jutawan lah....... bile ek Abie.... dapat sebijik jadi laaaah..utk Mummy gi keje ngan jalan-jalan jek...ekekekekek
Tapi kan Abie...kalau tak dapat Honda Jazz tue pun tak apa lah.... dapat Myvi pun orait jugakkkk..... ini pun cute... huhuhuhuhu.... tengok la selera Mummy pun bukan besar mana pungggggg...... yang cute cute jekkk..ngeh ngeh ngeh.....
Nota kaki: Gambar2 nie seme aku cilok kat internet. So kalau ada sesapa claim gambar dia sorry la ek...... ampun..... tak ingat web mana cilok sebab main tanya Pakcik Google jek... ngeh ngeh ngeh.....
Luahan rasa
Ape yang aku nak coretkan kat sini. Tak ada apa-apa sebenarnya tapi sekarang nie tengah bosan tahap maksimum kat office nieh sebab tue aku masuk blog aku dan saja nak conteng-conteng kat sini.
Pegi office hari nie dapat tahu 17hb Oct - 19hb Oct kene pegi Teambuilding kat Awana Genting. Baca Genting tue cam best je kan, tapi bila kenangkan nak tinggalkan anak-anak nie yang buat rasa tak best jek. Tiga hari lak tue, hari ahad balik pun dah petang, Isnin kene keje balik mmm tak puas nak ulit depa. Ada harapan Isnin tue mc ler gamaknya. Awal-awal dah plan nak mc aci tak? Ahaks....
Korang pernah rasa tak, bila dah diberi tanggungjawab utk melaksanakan sesuatu tapi orang keliling tak percaya. Kondem ada lagik, macam2 la ckp-ckp belakang. Tak best, muka baru, muka lama jugak best pandai buat keje excellent. Wonder if they knew the real situation can it be the same. Huh, aku dah bosan sebenarnya nak fikirkan masalah-masalah macam gini. Tindakan aku sekarang memang aku mendiamkan diri. Dan aku tak sabar sangat-sangat nak lepaskan tanggungjawab yang aku pikul nieh. Hei...bukan sebab aku mengalah. Tapi aku memang dah bosan sangat-sangat dengan ckp-ckp orang. Kroni-kroni yang tak penah paham, yang tau nak temmmmmbakkkkk jek. Kalau orang lama lebih baik then next time lantik la balik. Aku pun bukan sior sangat pun dengan jawatan nieh.
Aku rasa frust bukan sebab aku buat keje tak betul tapi aku frust sebab orang yang dah beri kepercayaan utk kita buat keja tapi tak bagi peluang langsung utk kita buktikan kredibiliti kita. Aper nieh!! Pastue balas dendam. Hanya kerana seorang, semua terkena palitnya. Dah tue bila berpuak-puak kata tak bersatu. As for me aku kawan dengan semua orang, tapi kalau dah semua orang tue tak mo kawan ngan aku apa daya aku. Sebab aku baik dengan makhluk Allah, umat Nabi Adam yang dia orang tak suka so dengan aku-aku sekali ker dia orang nak tembak.
Well, kalau dah teraju lembik boleh ke nak kata tak on track ek. Salah semua orang la gamaknya kan. Kalau dah head tak bagi instruction aper2 mengharapkan orang lain jugak nak ckp nak itu nak ini aper guna ada head kan. Jangan ckp head tak ada function, head tue function beso kuasa kat tangan dia. So kalau dah head senyap yang bawah nie takkan nak bypass kuasa kot...huhuhuhuhu...ku fedup!!!!!!!! Serba tak kena.... again wonder if they knew what is happening inside will they said the same thing????
Huh dah jadi sesi luahan rasa ker....... malas nak ckp banyak la kot ada yang terbaca dan terasa.... me memang dah berpatah arang sebenarnya.....and thats why i'm keep on silent..... ku tak sabar nak tunggu 2009. Hambik la balikkkkkk......ku nie tak layak..tak pandai..tak reti...tak best....tak syok...tak rock...tak aper aper tak lagi lah....
chiow...
Monday, September 15, 2008
Tag - Ramadhan
Terima kasih kepada Bib
Bagaimana caranya?.
Copy gambar di atas lalu posting di blog anda2.Lanjutkan tags ini minimal ke 5 blogger muslim yang anda kenal. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog merekaTulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tagsCatatan: Yang mendapat tags ini hanya untuk blogger muslim.
so ni saya link kan kepada semua muslimin dan musliman yang membaca blog saya.
Award - Tag
Niza, Kak Kasih, Kak Shiela, Bib, Raihan, Sahira, Embun, Nieza Ehem err dah lebih ek tak per..tak kira...nak letak gak Ila, Hairanaz......
Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blog sphere.
Here are the rules to follow:
1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate at least 7 other blogs.
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.
All About Izzati
Okey la entry Mummy kali nie pasal Izzati kene admitted due to high fever. Tak penah-penah anak Mummy nie kene admitted, tiba-tiba dia admit pulak. Abie kata...semua dah masuk hospital tinggal Mummy jek belum lagik. Huhuhuhu....banyak kali dah Mummy masuk hospital Abie. Abie kata bersalin tue tak kira lah eheh... nauzubillah mintak djauhkan la Mummy dari kene admitted. Sapa nak tengok anak-anak Mummy esp. Izzati nie ha yang memang tak leh lekang dari bawah ketiak Mummy nieh.
8hb September 2008.
Balik jek dari Bukit Jalil dari meniaga tue, sampai jek kat rumah Mak Long, Mak Long kata Izzati demam. Terkejut gak Mummy, sebelum tue call dengar suara ceria jek tak ada pulak tanda-tanda dia cam demam. Abie cakap lembik la anak awak demam nieh. Biasa la Izzati nie memang full of drama. Tak tahan sakit, sakit sikit dia punya parah tue memang teruk betul la. So kali nie memang Mummy ngan Abie ingat Izzati nie sakit biasa2 je lah. Demam biasa jek. Balik tue dia dah start muntah-muntah...gatal tekak.....confirm esok Mummy tak keje.
9hb September 2008
Memang panas sangat badan Izzati, pagi tue Abie paksa Zati minum susu sebab nak bagi dia makan ubat demam. Abie dah beli dah malam tadi tak bawak pun pegi klinik. Lepas minum susu bagi makan ubat, Mummy mandikan jugak Izzati. Lepas mandi jek cam gambar kat bawah belah kiri tue dia terus tidur tak bangun-bangun dah. Gambar belah kiri tue pagi tue, mentara Izzati tidur mummy layan Iskandar, sebelum kene pos kat rumah Mak long. Masuk tengah hari Zati tak bangun gak, Mummy masak bubur nak bagi Zati makan sebab nak makan ubat balik. Izzati kene kejut, paksa dia makan bubur Alhamdulillah dia nak makan, lapar kot sebab memang dia betul2 menyusu susu sebotol jek biasa pepagi memang dua tiga botol gak la. Lepas makan bubur tue Mummy pujuk Zati makan ubat demam ngan ubat batuk. Terus Izzati sambung tidur. Gambar belah kanan tue Izzati dah kene tepek ngan cool fever panas membahang badan nya. Dah makan ubat pun tak kebah-kebah. Berselimut jek sejuk katanya. Dalam pukul 2 lebih tue Mummy dah risau anak Mummy nie tak bangun2 badan tak berpeluh pun bila dah makan ubat. Mummy tarik selimut tengok dia dah menggigil-gigil. Mujur Abie ada kat rumah, terus ckp ngan Abie, Abie terus ajak pegi hospital. Mummy suruh pegi KPJ Kajang Specialist jek, serik Iskandar admitted aritue kat KPMC.
Sampai KPJ jek memang kene admit la sebab Izzati kurang minum kurang makan doktor takut dehydrate. Masa kene cucuk nak masuk air tue Izzati relaks jek, sebab ada Abie ada nurse. Bila Mummy tinggal ngan Zati jek dua orang, start la merengek. "Mummy..... sakit......" Airmata dah bergenang-genang. Alahai anak Mummy sabar la yang, nak baik memang cam gitu. Gambar kat bawah nie dan lagik nak senyum time amik gambar. Dah jenis kaki posing sakit2 pun nak bergaya gak lagik. Tu tangan kene cucuk tue. Lepas masuk ubat bontot baru la nampak anak Mummy nie senyum sikit. Doktor kata telinga ngan tonsil Zati merah dan bengkak, itu yang buat temperature Zati naik.
10hb September 2008
Office mummy bagi hadiah kat Izzati. Izzati dapat teddy bear ngan coklat. Cam biasa la Mummy yang banyak makan coklat tue, ngeh ngeh ngeh. Masuk hari kedua nie nampak Izzati okey sikit. Cuma pagi-pagi temperature Izzati naik balik. Doktor suruh rest jek. Dugaan bulan puasa, Izzati demam panas, Mummy kene jaga Zati kat hospital. Mudah-mudahan diberkati sempena Ramadhan nieh.
Hari kedua nie nampak okey la sikit.... tapi tonsil zati still bengkak lagik dia pun dah start batuk-batuk. Mummy tanya doktor agak-agak esok leh discharge tak... doktor kata kene tengok malam kalau Izzati tak demam, esok leh keluar.
11 September 2008
Doktor cek Izzati pagi-pagi, doktor kata Izzati dah leh discharge dah. Alhamdulillah. Lega mummy dengar. Izzati pun merengek jek nak balik. Bosan agaknya tak dapat tengok Playhouse Disney, Ceria, Disney Channel dalam Bahasa Melayu kot. Eheh, balik rumah tue nampak la dia cergas sikit. Petang tue Abie ajak pegi Param kat Shah Alam. Mak oiii pegi sana, panas melenting-lenting. Iskandar relaks jek duduk dalam stroller. Izzati dah start tak selesa...lemah, ajak balik jek. Balik2 dari Param Shah Alam tue dia start demam balik. Alahai...... dah la Izzati susah nak makan ubat. Terpaksa la guna teknik ugut, kalau tak nak makan ubat nanti kene duduk hospital lagik kene cucuk lagi tangan tu..baru la nak makan ubat. Malam tue Izzati tidur awal....
12 September 2008
Hari nie mummy tak keje. Mummy tak leh bangun, pening lak pala. Izzati nampak okey dah. Mummy nak tolong Abie kat Bukit Jalil. Izzati tak leh ikut. Cuaca dah start panas, Mummy serik dah bawak Zati jalan2 dalam panas semalam, takut demam lagik. Merengek nak ikut, tapi no way. This time around memang mummy tak bagi. Nangis gak Zati, tapi nak wat camner. Awak tue lemah lagik
14 September 2008
Zati nak ikut gak pegi Bukit Jalil. Mummy pegi pun dah petang dah dalam kul 2 gitu. Abie dah ada kat sana awal dah. Degil suruh tinggal tak mo badan tue bukan sihat lagik. Sampai2 bising panas (cuaca panas masa tu). Ngadu ngantuk, buatkan susu terus Zati lentok tido. Ini lah rupa orang nak ikut meniaga. Tido jek atas tikar berbantalkan telekung Mummy. Dapat tidur kejap jek sebab lepas tue hujan lebat, Mummy kene kejut Izzati kalau tak abih basah nanti. Tue lah nak ikut lagik.
Tu je lah update pasal Izzati. Izzati so far batuk ada lagik, teruk gak dia batuk. Sabtu nie ada checkup doktor nak tengok keadaan tonsil dia tue. Zati-zati..... lepas demam manja makin menjadi-jadi lak.
Friday, September 12, 2008
Updated
Hari ni Iskandar dah setahun empat bulan..... update pasal dia.
1. Nak susu.... tiiiiiiiiiii...
2. Nak biskut... tiiiiiiiiiiii...
3. Nak main air... tiiiiiiiiiiii....
4. Susu tumpah... pahhhhhhhhh....
5. Nak keluar rumah dah pandai tutup tivi
6. Dah pandai ikut instruction
7. Menjeling kan mata nyer sampai tinggal mata putih jek.....(saper ajar ntah...) konon konon marah la tue...
8. Bila kene marah pandai angkat tangan ala2 nak pukul kita...amboihhhhhhh......
Izzati discharge dari hospital semalam....so far batuk tue ada gak lagik..tonsil belum surut lagik bengkak dia..... kesian....aku tak pegi keje hari nieh.... tak larat nak bangun lak pagi tadi... petang nie pegi Bukit Jalil. Tak bawak Izzati kesian badan tak berapa sihat lagik. Dia nak ikut, tapi kesian kan dia lagik utama.
Nanti update pasal Izzati kene admitted.
Monday, September 8, 2008
Cloth Diapers
Go green!!!! Yes....eheh main thing is not because of the Go Green issue...but more of, i'm broke, kopak gak duit tiap2 bulan nak beli diapers nieh... semalam tengok dispo diapers ku di rumah tinggal satu line jek..huhuhuhu itu tahan berapa hari jek tue.....
Untuk mereka yang suka nombor-nombor. Mari kita ikuti cerita ini....
Mari kita baca di bawah..kenapa mesti kita bertukar kepada cloth diapers... huhuhu thanks pada nia di Forum Cari.. ku copy paste jek dia yang buat pun... bukan ku yang buat....
Disposables:
Assumptions:
1. Perbelanjaan disposable RM30 jer sebulan, dan tidak berubah walaupun anak membesar
2. Anak perlukan disposable untuk jangkamasa 3 tahun sajer
Calculations:
Perbelanjaan disposables setahun untuk seorang anak ialah RM30sebulan X 12 bulan.
Jadi, perbelanjaan terkumpul seperti berikut:
Tahun 1 = RM360
Tahun 2 = RM720
Tahun 3 = RM1080
Oleh kerana disposables boleh digunapakai sekali sahaja, maka kita perlu belanjakan RM1080 untuk setiap anak
Jadi, perbelanjaan terkumpul mengikut bilangan anak seperti berikut:
Anak No.1 = RM1080
Anak No.2 = RM2160
Anak No.3 = RM3240
Anak No.4 = RM4320
Cloth Diapers PART A
Assumptions:
1. Harga sehelai RM60
2. Mempunyai 3 size, s/m/l
3. Untuk menyenangkan jadual laundry, beli 20 helai untuk setiap saiz
Calculation:
1. Jumlah helai cd dalam semua 3 size ialah
20helai x 3saiz = 60helai
Jadi, jumlah perbelanjaan ialah 60helai x RM60sehelai = RM3600
Waduh waduh.....RM3600???? Giler ker???
Nanti dulu......
Dengan penjagaan yang rapi, cd boleh diguna pakai untuk tahun-tahun yang seterusnya dan untuk anak-anak yang seterusnya
Eh...eh....saya ada sorang jer anak....dan dia pakai disposable pun setahun jer....umur 2 tahun tak perlu diaper lagik tau......mana pulak save duit camni?????
Aha....senang ajer...jual la balik....
Calculation:
Belanja CD vs Disposable Tahun 1, Anak 1
RM3600 - RM1080 = RM2520
Jumlah cd yang kita ada 60 helai
RM2520 / 60 helai = RM42 sehelai
Maknanya, kalau tak nak rugi, jual je la 2nd hand RM42 sehelai....ha....cun tak?????
Cloth Diapers PART B
Assumptions:
1. Harga sehelai RM90
2. Mempunyai 1 saiz sahaja
3. Untuk menyenangkan jadual laundry, beli 30 helai
Calculation:
1. Jumlah perbelanjaan ialah 30helai x RM90sehelai = RM2700
2. Belanja CD vs Disposable Tahun 1, Anak 1
RM2700 - RM1080 = RM1620
Jumlah cd yang kita ada 30 helai
RM1620 / 30 helai = RM54 sehelai
Jadi, kalau takmo rugi, jual balik 2nd hand RM54 sehelai
eheh..so aku pun telah bermula berdikit2 mengumpul Cloth Diapers (CD) ini.... sebabnya betul memang terasa perbelanjaan keluar every month utk susu dan dispo dia orang...mujur lah Izzati dah tak berdiapers...si adik jek..... terlambat ker nak start... its never too late to start using CD....
jangka hayat budak2 guna cd pun lebih kurang 3 tahun... my Iskandar is 1 year old.... so there is another 2 years to go....and i think i can save a lot by using this cloth diapers...... well there are so many choices that we have to choose....dari yang paling murah ke yang paling mahal....
Iskandar me start from the cheapest ever CD..from Thailand... cost me around RM20 something including postage....... me amik yang bersize.... skrg nie target nak beli yang one size... mana tahu tahun depan Iskandar beradik pulak... anyhow...CD nie come dengan macam2 corak dan warna..cute miut jek rupanya.....
This is a start la kan....next time aku akan cerita lagik pasal CD nieh.. well tengok la my Iskandar using CD..... ngeh ngeh ngeh... oh yer.... nak kene carik insert yang power rangers.... Iskandar boleh pakai CD ni up to 3 hours (lebih kurang cam dispo gak..) utk pakai night time...la nie night time tak berani lagik nak guna CD..... me tak ada insert yang power rangers..... okey..... lihat Iskandar ku nan lasak....
Friday, September 5, 2008
Tukar lagik!!
Aku rasa orang yang masuk blog aku nie mesti pening. Ask la tukar layout jek. Entah la..cepat bosan la aku nieh...tak leh tengok menda sama jek hari-hari walaupun blog nie bukan la aku tengok hari-hari pun.....
Well tema kali ini biru yer?? ekekeke nak save ker...aku tak penah save pun segala layout aku bila tukar yang lama tue memang terbiar laaa...maleh la nak save...
Kenapa Barbie.... gara-gara anak dara ku ittew ler..dia suka sangat Barbie dan aku sendiri pun suka dengan Barbie.... more of cartoon character la kan. Dulu konon-konon nak letak layout yang ada kene mengena ngan nickname aku Melati Putih tue, tapi cam yang diwar-warkan awal-awal tadi, ku cepat bosan bila nak tukar layout ku tersuka dengan cartoon. Agaknya memang ku ini kartun kot orangnya..ngeh ngeh ngeh...
Tak kisah lah...naik pening dah haku menukar segala layout nieh....kalau ada yang pening kepala mintak maaf la yer..harap-harap boleh la baca....ku cuba carik layout yang tidak memeningkan kepala tapi sejuk melihatnyer..ahakss..sejuk ker...
well my favourite color is blue....... always....
daaaaa....
Wednesday, September 3, 2008
I've been Tag
Hish asik la kene remind pasal kene tag nie kan..... so utk tidak menghampakan harapan Pn. Norhasniza mama pada Damia & Aqil nieh, okeh lah mummy layan la tag mung nieh...
1) What is the most important thing in your life?
my family alamak same answer la za....
2) What is the last thing that you bought with your own money?
aper ek..jap ingat balik..... haaaa stok barangan utk dijual masa Ramadhan ini..aci tak??
3) Where do you wish to get married?
already married.....valid lagik ker soalan nieh.....tak ada wish pun....memang nak wat kat rumah jek....and dah buat dah punggg...
4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
when i got married at 26 years old..... weh za....awai kawinn..ngeh ngeh ngeh...
5) Are you in love?
errrr again valid ker soalan nieh..dah kawin of course ler i'm in love with my husband
6) Where was the last restaurant you had dinner?
adoi punya laaaaaaaaa lama tak dinner...... last time we had dinner masa first puasa kat booth di Bukit Jalil ler....sambil bertemankan hujan renyai-renyai dan duduk atas papan lapis...ekekekekke
7) Name the latest book that you bought?
Ayat-Ayat Cinta
8)What is your full name?
Azimah bt. Abu Sujak (apasal la orang suka nak rahsiakan nama ek?)
9) Do you prefer your mother or father?
i'm not preferred...but i loved both of them...... Al-Fatihah
10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
mmmmmm.....cam susah jekkkk..... mmmmm...... cam tak ada jek.... mmmmm ontah lah....
11) Christina or Britney?
errrr..none of the above
12) Do you do your own laundry?
of course lerrr.... ihikssss....
13) The most exciting place you want to go?
exciting place...... mmm Disneyland... Hong Kong ker LA ker...tak kisah...
14) Hugs or kisses?
Hugs with kisses....ngeh ngeh ngeh...
15) Point out 5 things about the person who tagged you.
za........ baca nie betul betul yerrrr...
1. luaran cam pendiam tapi bila chatting..huh...tak terjangkau dek akal ku
2. Umi pada dua orang kanak kanak yang tak penah nak dibawaknyer jumpa mummy dia nieh..
3. kelakor..kelakor ker mung za..kelako la jugak kottttt....
4. can share everything with herrr...
5. adik ku nan nakal.....
16)8 things I am passionate about:
ish cam susah jek nak jawab...
1. money..money..money...
2. anak anak ku
3. pakaian
4. make up
5. Melatishopz
6. how to be rich
7. zzzzzzzzz
8. reading
17)8 things I say too often:
1. subhanallah
2. ngeh ngeh ngeh
3. ekekekekekekek
4. lerrrrrrr
5. aperdaaaaaa
6. kakak!!!!!!!!!
7. adik!!!!!!!
8. Bie...
cam sama jek za...ekekekekekekke
18)4 books I’ve read recently:
1. Ayat-Ayat Cinta
2. Lupa tajuk
3. Lupa tajuk
4. Lupa tajuk
semua novellllll...ku ulang balik tapi ku lupa tajukkk sowiiiiiii
19)8 songs I could listen to over and over again:
8 nie banyak sangat laaaaa
1. Right Here Waiting - Richard Mark (evergreen)
2. Can't Fight This Feeling - Reo Speedwagon (evergreen)
3. Permintaan Hati - Letto (tgh top kan)
4. Over Your - Chris Daughtry
5. Rayuan di Puncak Genting - Alleycat (ekekek kak kasih jgn marah memang best punggg)
entah lah..mostly evergreen song tak jemu di dengarr....esp. from Alleycat
20)8 things I learned last year:
1. learn to appreciate what we have
2. learn to earn more income
3. learn to know more about my children
4. learn to know more about my hubby (errrkkk)
5. learn to let go (ibu..iskkkk)
6. learn to not to bother what people said
7. learn to think wise
8. learn to be wise
8 people to tag
do i have to??? sudi ker korang?? ngeh ngeh ngeh...
1. Sahira
2. Hairanaz
3. Ed Nasik
4. Raihan
5. Bib
6. Del
7. Zel
8. Nieza Ehem
errrrrrr tak paksa weh sekadar menjawab...soalan.... err za..moga diri mu berpuas hati.....
Tuesday, September 2, 2008
Salam Merdeka, Ramadhan dan Our Booth at Bukit Jalil
Mula-mula sekali aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN (well better late than never kannnn) dan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan Ibadah kita penuh berkat.
Well, tahun ni pertama kali aku dengan Abie meniaga di Bazar Ramadhan. Masuk hari ni dah dua minggu kita orang meniaga kat Bukit Jalil. Karnival Usahawan di Bukit Jalil. Dapat offer booth free, aper lagik take advantage la. Aku jual tudung-tudung ngan brooch, pastue ada la sikit baju-baju budak. Tengok gaya cam permintaan utk baju budak amat lah menggalakan. After one week berniaga kat booth nieh, its quite tiring jugak la. Iyelah balik keje terus lepak ngan Abie sampai kul 10 malam. Untuk sebulan nie, anak anak Mummy ngan Abie tunggang langgang kejap. Tak per la nak.... nak carik duit raya. Abie dah tak keje dah....buat sementara bisnes Abie nak develop nie biarlah Abie jaga kedai Mummy nieh.
Well ini lah kedai Mummy ngan Abie kat Bukit Jalil
Nampak kosong kan.... iyelah patut belakang tue ada bidai, tapi kita orang deal ngan kedai belakang tue tak yah tutup, biarkan orang belah sana nampak kedai kami orang belah sini nampak kedai dia. Kira okey la kan, buat first timer cam Mummy ngan Abie nieh.
Ini sebahagian tudung-tudung yang dijual kat sini. Alhamdulillah la...walaupun orang tak ramai tapi hari-hari ada gak la sale. Sale pun tak ada la ribu riban. Agaknya kalau meniaga kat area Jalan TAR mungkin boleh la cecah ribu riban kot. Kat Bukit Jalil nie setakat semalam hari Isnin (first day puasa) tak ramai lagik booth yang bukak. Tak tau la samada dia orang nak tunggu pertengahan Ramadhan ker. Tapi hari hari Mummy doa biarlah ada rezeki Mummy ngan Abie. Asalakan dapat pulangan modal pun syukur, siapa yang tak nak lebih kan. Tak apa baru dua minggu. Tunggu lah sampai akhir Ramadhan sok. Lagipun sepanjang mingu lepas cuaca tak menentu.
Ini pulak ada orang tumpang barang kat kedai kita orang. Consignment basis. At least nampak jugak la kedai kami ni ada barang dari tak ada langsung kan. Telekung dan blouse muslimah. Ish...mummy kenan ngan blouse tue...tapi menahan diri je lah.... kedai sendiri takkan sendiri nak borong kot....ngeh ngeh ngeh...
Ini pulak brooch-brooch yang dijual. Anak-anak brooch tue yang ramai orang minat. Iyelah Mummy ngan Abie letak 4 RM 10 boleh campor-campor lagik. Set brooch yang kat atas tue dijual RM15 ramai kata murah...err murah ker..entah la..rasanya kami masih ada untung lagik kat situ.
Apa-apa pun memang aku berharap sangat la kedai ini akan berjalan lancar. Aku memang ada plan akan meneruskan perniagaan ni sampai lepas raya sok. Nak start carik booth yang macam kat uptown-uptown tue. Kumpul modal la sikit-sikit, barang yang tak abih ni sok boleh di jual semula kan. Bukan basi pun, dan harapan aku dan Abie semoga gerai kami mendapat sambutan, Insya'allah.
Kepada rakan-rakan taulan jemput la datang ke gerai kami yang bernombo P1-161 di Bukit Jalil sepanjang bulan Ramadhan nieh. Kalau nak jumpa aku, aku ada sebelah malam jek, weekend pn sama sebab siang nak spent quality time with my kids. Abie pulak full time jaga booth nieh. Dia spent time quality time ngan anak-anak pagi-pagi.
Well geng doakan kami berjaya dan wish us luck.
Salam Ramadhan!!!!