Assalamualaikum,
Okey la entry Mummy kali nie pasal Izzati kene admitted due to high fever. Tak penah-penah anak Mummy nie kene admitted, tiba-tiba dia admit pulak. Abie kata...semua dah masuk hospital tinggal Mummy jek belum lagik. Huhuhuhu....banyak kali dah Mummy masuk hospital Abie. Abie kata bersalin tue tak kira lah eheh... nauzubillah mintak djauhkan la Mummy dari kene admitted. Sapa nak tengok anak-anak Mummy esp. Izzati nie ha yang memang tak leh lekang dari bawah ketiak Mummy nieh.
8hb September 2008.
Balik jek dari Bukit Jalil dari meniaga tue, sampai jek kat rumah Mak Long, Mak Long kata Izzati demam. Terkejut gak Mummy, sebelum tue call dengar suara ceria jek tak ada pulak tanda-tanda dia cam demam. Abie cakap lembik la anak awak demam nieh. Biasa la Izzati nie memang full of drama. Tak tahan sakit, sakit sikit dia punya parah tue memang teruk betul la. So kali nie memang Mummy ngan Abie ingat Izzati nie sakit biasa2 je lah. Demam biasa jek. Balik tue dia dah start muntah-muntah...gatal tekak.....confirm esok Mummy tak keje.
9hb September 2008
Memang panas sangat badan Izzati, pagi tue Abie paksa Zati minum susu sebab nak bagi dia makan ubat demam. Abie dah beli dah malam tadi tak bawak pun pegi klinik. Lepas minum susu bagi makan ubat, Mummy mandikan jugak Izzati. Lepas mandi jek cam gambar kat bawah belah kiri tue dia terus tidur tak bangun-bangun dah. Gambar belah kiri tue pagi tue, mentara Izzati tidur mummy layan Iskandar, sebelum kene pos kat rumah Mak long. Masuk tengah hari Zati tak bangun gak, Mummy masak bubur nak bagi Zati makan sebab nak makan ubat balik. Izzati kene kejut, paksa dia makan bubur Alhamdulillah dia nak makan, lapar kot sebab memang dia betul2 menyusu susu sebotol jek biasa pepagi memang dua tiga botol gak la. Lepas makan bubur tue Mummy pujuk Zati makan ubat demam ngan ubat batuk. Terus Izzati sambung tidur. Gambar belah kanan tue Izzati dah kene tepek ngan cool fever panas membahang badan nya. Dah makan ubat pun tak kebah-kebah. Berselimut jek sejuk katanya. Dalam pukul 2 lebih tue Mummy dah risau anak Mummy nie tak bangun2 badan tak berpeluh pun bila dah makan ubat. Mummy tarik selimut tengok dia dah menggigil-gigil. Mujur Abie ada kat rumah, terus ckp ngan Abie, Abie terus ajak pegi hospital. Mummy suruh pegi KPJ Kajang Specialist jek, serik Iskandar admitted aritue kat KPMC.
Sampai KPJ jek memang kene admit la sebab Izzati kurang minum kurang makan doktor takut dehydrate. Masa kene cucuk nak masuk air tue Izzati relaks jek, sebab ada Abie ada nurse. Bila Mummy tinggal ngan Zati jek dua orang, start la merengek. "Mummy..... sakit......" Airmata dah bergenang-genang. Alahai anak Mummy sabar la yang, nak baik memang cam gitu. Gambar kat bawah nie dan lagik nak senyum time amik gambar. Dah jenis kaki posing sakit2 pun nak bergaya gak lagik. Tu tangan kene cucuk tue. Lepas masuk ubat bontot baru la nampak anak Mummy nie senyum sikit. Doktor kata telinga ngan tonsil Zati merah dan bengkak, itu yang buat temperature Zati naik.
10hb September 2008
Office mummy bagi hadiah kat Izzati. Izzati dapat teddy bear ngan coklat. Cam biasa la Mummy yang banyak makan coklat tue, ngeh ngeh ngeh. Masuk hari kedua nie nampak Izzati okey sikit. Cuma pagi-pagi temperature Izzati naik balik. Doktor suruh rest jek. Dugaan bulan puasa, Izzati demam panas, Mummy kene jaga Zati kat hospital. Mudah-mudahan diberkati sempena Ramadhan nieh.
Hari kedua nie nampak okey la sikit.... tapi tonsil zati still bengkak lagik dia pun dah start batuk-batuk. Mummy tanya doktor agak-agak esok leh discharge tak... doktor kata kene tengok malam kalau Izzati tak demam, esok leh keluar.
11 September 2008
Doktor cek Izzati pagi-pagi, doktor kata Izzati dah leh discharge dah. Alhamdulillah. Lega mummy dengar. Izzati pun merengek jek nak balik. Bosan agaknya tak dapat tengok Playhouse Disney, Ceria, Disney Channel dalam Bahasa Melayu kot. Eheh, balik rumah tue nampak la dia cergas sikit. Petang tue Abie ajak pegi Param kat Shah Alam. Mak oiii pegi sana, panas melenting-lenting. Iskandar relaks jek duduk dalam stroller. Izzati dah start tak selesa...lemah, ajak balik jek. Balik2 dari Param Shah Alam tue dia start demam balik. Alahai...... dah la Izzati susah nak makan ubat. Terpaksa la guna teknik ugut, kalau tak nak makan ubat nanti kene duduk hospital lagik kene cucuk lagi tangan tu..baru la nak makan ubat. Malam tue Izzati tidur awal....
12 September 2008
Hari nie mummy tak keje. Mummy tak leh bangun, pening lak pala. Izzati nampak okey dah. Mummy nak tolong Abie kat Bukit Jalil. Izzati tak leh ikut. Cuaca dah start panas, Mummy serik dah bawak Zati jalan2 dalam panas semalam, takut demam lagik. Merengek nak ikut, tapi no way. This time around memang mummy tak bagi. Nangis gak Zati, tapi nak wat camner. Awak tue lemah lagik
14 September 2008
Zati nak ikut gak pegi Bukit Jalil. Mummy pegi pun dah petang dah dalam kul 2 gitu. Abie dah ada kat sana awal dah. Degil suruh tinggal tak mo badan tue bukan sihat lagik. Sampai2 bising panas (cuaca panas masa tu). Ngadu ngantuk, buatkan susu terus Zati lentok tido. Ini lah rupa orang nak ikut meniaga. Tido jek atas tikar berbantalkan telekung Mummy. Dapat tidur kejap jek sebab lepas tue hujan lebat, Mummy kene kejut Izzati kalau tak abih basah nanti. Tue lah nak ikut lagik.
Tu je lah update pasal Izzati. Izzati so far batuk ada lagik, teruk gak dia batuk. Sabtu nie ada checkup doktor nak tengok keadaan tonsil dia tue. Zati-zati..... lepas demam manja makin menjadi-jadi lak.
alhamdullilah, nasib zati dah sehat ...dugaan bulan ramadhan mah ...
ReplyDelete