Tuesday, September 26, 2006

Gua sakit perut beb...

Assalamualaikum,

Hari nie aku tak tau kenapa, memulas2 perut aku. Same thing happen over and over again kalau aku pose. Last time aku pose ganti pun cam gitu jugak. Tapi haritue aku sakit perut tak leh langsung masuk makanan. This time around haku tak tau la apasal pulak. Siang hari pulak tue. Mak oii dah dua kali aku pegi toilet dah nieh. Rasa cam kronik jek sakit perut aku nieh. Nak amik mc ker ek, malas lah Jumaat nie dah nak cuti nak anto Ibu pegi umrah.

Haku keluar2 dari toilet jek kene panggil mengadap big boss. Appraisal time... hadoih... aku kena buat all over again the appraisal cam haper jek. Huwaa...dah ler tension sakit perut. Tetiba kene buat balik appraisal. Sudahnyer klik aku yang tolong taipkan. Bagi cantik sikti ayat konon-konon aku banyak keje walhal aku memang tak ada kerja kat sini.

I'm want to go back to Secretary line. Huhuhhhuhuuuuu... Jadi executive pun tak serupa executive. Cam makan gaji buta jek. I'm comfortable with secretary line. Sebab aku pun belajar secretary dulu. Have almost 9 years of experience in secretarial duties. Tapi big boss aku cam tak menggalakkan langsung aku balik ke position asal aku. Dia kata susah nanti, designation sekarang dah cukup baik dari dulu. You have to be proactive. Haper ke bende la menatang proactive tue...ngeh.ngeh.ngeh..... Dia kata kalau jadi secretary aku tak leh balik cepat. Errr itu perli ker haper ek....aku tak leh nak justify.


Lantak pi ler..... dari last week aku telah mendidik diri aku utk menjadi kuat dan tahan ngan himpit menghimpit di alam LRT.. ahakss...ntah haper-haper... So last week aku pegi ler jalan kat KLCC biasa la kan aku nie memang jenis lone ranger...aman hidup kalau jalan sorang-sorang nieh.... entah cemana aku leh termasuk MPH pulak.... dan entah camana...aku terjumpa pulak buku citer nieh. So terbeli ler haku, terbang RM34. Dan aku tak tau la tahun bila boleh habis baca buku nieh.... huhuhuhuhuhu...





isk..isk...sakit nyer perutttttttt!!!!



Monday, September 25, 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!

Assalamualaikum,

Aku rasa aku belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, hari nie dah masuk hari kedua kita berpuasa. Semalam hari pertama, semua adik beradik aku berkumpul kat rumah. Sejak jam tiga lagi, mak aku dah sibuk memasak. Aku ngan Abie sesama la sibuk2 sekali kat dapur memasak. Abie sibuk bakar ayam. Wah dapat pujian lagi ayam percik dia paling best dia punya kuah percik tue. Ngeh..ngeh...ngeh..aku tukang kacau jek. Abie memang pandai masak. Bini dia jek yang kureng sikit.

Ibu Insya'Allah akan pergi umrah hari Jumaat nieh. So hari nie aku dah siap-siap apply cuti. Iyelah flight kul 3 kul 12 mesti nak kene ada kat KLIA. Lama ibu tak berpuasa di Mekah. Tahun nie rezeki lebih dapat la dia berpuasa dan beraya disana.

Nothing much to share though today, mental block ler haku nieh. Tak sempat ambik gambar masa gathering semalam. Camera aku memory card dah full. Izzati nyer keje. Dah bijak budak tue mengambik gambar. Nanti aku upload keseronokan Izzati ngan kolam mandinyer di rumah.

Wednesday, September 20, 2006

Aku dan Zuriat

Assalamualaikum,

Puas dah haku godek blog aku nieh, tambah apa-apa features yang aku rasakan perlu utk ditambah. Tapi still aku nie bukan ler pandai sangat, setakat amik template yang disediakan tu pun kira okey ler tue. Dan aku memang respect orang yang berjaya membuatkan blog mereka nie menarik.

Lama jugak aku up kan blog aku nie rupanya. Since last year. Diam tak diam dah setahun dan buat seketika aku terhenti nak update cerita di dalam blog aku nieh. Aku bukannya penglipurlara sekadar berkongsi cerita yang terjadi dalam kehidupan sehari-hari aku.

Aku rasa kenapa aku rasa kosong haritue. Aku sebenarnya dah lama berhajat utk menambah bilangan anak. Tahun lepas Allah beri aku rezeki utk aku rasai selama empat bulan setengah sahaja. Tapi mungkin bayi yang aku kandung tue tak sanggup utk menjenguk dunia yang penuh dengan macam-macam dugaan aku keguguran. Sejak itu aku memang tidak putus harap utk mengandung lagi. Tapi Allah Maha Mengetahui, sehingga sekarang masih lagi tidak ada tanda-tanda yang aku akan berbadan dua.

Tak aku nafikan, kadang-kadang aku rasa pressure jugak. Iyalah, kawan-kawan yang sebaya anak dah berderet. Tapi aku baru seorang. Bukan aku tidak bersyukur, tapi sekurangnya ada kawan bermain utk Izzati. Aku tak akan berhenti berharap. Semoga Allah akan makbulkan doa aku satu hari nanti utk menambahkan zuriat.

Amin......

Tuesday, September 19, 2006

Sepi, Lawak dan Up to date

Assalamualaikum,

Entah kenapa petang semalam, aku tetiba rasa kosong jek dalam diri. Aku telek-telek balik diri aku rasa cam kekurangan sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa dia. Rasa macam lonely sangat petang semalam. Try sibuk kan diri dengan berforum pun aku rasa something is missing dan aku sendiri tak dapat nak detect aper dia.

Once in a while kita mesti rasa cam melancholic je kan. Aku dah lama tak rasa cam gini. Since hari-hari aku terisi dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. Aku dah tak ada rasa macam tue lagi. Tapi semalam entah kenapa aku terasa sepi sesepi sepinya. Aku tak balik pada yang Khaliq sebab tue aku sepi. Aku alpa seketika dengan tanggungjawab aku sebagai umat Islam yang sepatutnya setiap masa dan ketika tidak seharusnya alpa. Aku alpa lagi. Allah berikan aku kesepian itu utk mengingatkan aku rupanya. Alhamdulillah......

Petang semalam masa on the way balik kerja tetiba aku teringatkan kawan aku sorang nieh. Aku sms dia masa tengah drive (dangerous bebbbbbbb). Aku ckp kawan-kawan forum nak buat gathering kat Midvalley dan mungkin akan lunch kat Chilis. Tapi minah nie tak reply-reply. Tak alih malam tadi masa aku nak solat Isya' sms bunyik. Bunyi dia lebih kurang cam gini la.. "Weh... Chilis tue haper?" Adoih..... aku memang terus tergelak dan dan tue jugak. Terbantut aku nak solak Isya'. Aku reply sms dia.. "Sedih betul la ko nieh bla..bla..bla..bla". Aduhaiiiii..kalau nko terbaca la blog aku nie..mintak sorry la yer...tapi aku rasa memang lawak betul.

Tapi kan kawan...kalau aku time sekolah dulu sebelum masuk ITM... sebelum kerja..kalau orang cakap ngan aku Chilis ker TGIF ker Hard Rock ker aku pun cam ko gak la... ape bende menatang tue. Sometimes we are not the same. Kekadang kita rasa kita nie betul2 updated. Tapi sebenarnya banyak lagi yang kita nie tak tau. Even aku yang berpuluh tahun duduk di pekan Kajang yang dekat dengan Kuala Lumpur tue, banyak lagi benda yang aku tak tau. Kekadang bila orang bercerita aku rasa mak ooii... kampungnyer haku walhal aku bukan dibesarkan di kampung pun. Dan aku rasa orang kampung lagi advance dari haku. Ehek...alahaiiiiii......

Monday, September 18, 2006

Sabtu, Ahad dan Isnin


Assalamualaikum...

16hb September 2006 (Sabtu).

Hari nie aku puasa, tahankan diri puasa kat rumah walaupun konon-konon dugaan tue besar. Hari nie pegi tempah baju raya..ngeh..ngeh.ngeh... ha hamik ko sampai lima pasang aku tempah baju..merengkeh ler nak membayar nyer nanti. Baju rayanya dua pasang jek.... yang lelain tue dah lama ada tapi tak bertempah-tempah. Alang-alang tempah, tempah semua sekali senang. Tahun nie aku tak buat baju kurung pun, saja nak tukar pesen, buat design yang boleh pakai ngan kain boleh pakai ngan seluar, senang leh merugged-rugged nak keluar rumah.

Separuh hari aku keluar hari nieh. Bawak ibu gie shopping kasut. Sib baik la si kecik tue tak meragam sangat...dia meragam pun sebab nak tidur. Tengah Ibu syok pilih kasut, Izzati bantai tidur kat riba. Ibu suruh pegi balik kereta dulu, elok aku baringkan dia jek dia bangung menangis-nangis tak mahu baring... aaah sudah... sudahnya haku bawak kereta ngan dia duduk atas riba aku...mak oooi... seksa... dah ler haku pendek... kalau tinggi tue okey ler lagi... sakit belakang anak aku kene stering kereta.. nak buat camner..dah dia tak nak duduk kat sebelah.

Petang salah sorang forumner BFT datang rumah nak beli baju. Alhamdulillah ada jugak rezeki yang masuk hari nie walaupun kat rumah tak de internet. Syukur.

Dan hari nie aku berjaya puasa.... Alhamdulillah...

17hb September 2006 (Ahad)

Hari nie aku puasa lagi... kene perabihkan..aku dah niat nak puasa direct sampai Ahad so hari nie kene puasa jugak. Dugaan kat rumah nie tak de le sebesar mana kalau kat office. Semalam boleh puasa so hari nie aku mesti boleh jugak. Tengah hari aku keluar pergi hantar barang yang orang order. Mula-mula sekali haku pegi ker Putrajaya hantar diapers kat Kak Dideal. Haku tolak harga modal jek sebab nakkan modal balik jek. Tak amik untung sesen pun.

Lepas jek pegi Putrajaya haku pegi ker Puchong pulak gie rumah Ziela, amik stok baju aku yang dekat dia. Hajat hati nak hangkut sekali diapers yang ada ngan dia, tapi fikir-fikir biar lah ngan dia dulu kot-kot dia ada regular customer yang nak beli. Tak per biar la lambat..asalkan ada orang beli. Lupa nak habaq, aku yang drive. Abie tak nak drive tangan dia lenguh. Orang dah sign up kat gym... nak naikkan berat badan, baru dua tiga kali pegi gym tangan start ler sakit-sakit. Muscle dah pecah.

Habih ker Puchong aku pegi ker USJ pulak, pulangkan cadar si Niza kat supplier. Susah betul bila supplier dah pindah nieh. Dulu dekat ngan rumah bila2 masa boleh pergi. La nie dah pindah sampai ke USJ nie..berkira-kira pulak aku nak pegi. Memang harapkan weekend je lah. Selesai semua urusan aku balik. Dah janji ngan supplier kuih pulak, dia nak datang rumah hantar sample.

Balik tue terus singgah rumah Kak Na, Kak Na masak laksa...fuhhhhh...... sedap jek laki aku makan. Aku puasa, so tahan diri ler...tapi aku tau sure Kak Na bungkuskan laksa utk aku punyer..ngeh..ngeh ngeh.. Dan memang betul pun malam tue aku berbuka puasa dengan Laksa. Ahaksssssss.... ssluurrrpppp....

Hari nie jugak Izzati dari pagi sebelum keluar sampai ke malam dia melayan VCD Barbie Rapunzel. Makkkooooii pengsan melayan dia. Kena carik VCD baru ler... Fairytopia dah keluar ke belum ek.... asik tengok Rapunzel jek sampai naik hapal aku dialog cerita tue. Mujur ler Abie bawak balik laptop, kalau tak kacau program tivi orang nak tengok jek. Celik mata Barbie sampai nak pejam mata Barbie. Hai anak.... cerdik tak diajor pun... kalau pegi kedai baju ker kasut ker... bijak bebenar la dia menelek satu satu barang.... sampaikan Wan dia geram... cam orang tua jek kelakunyer....

18hb September 2006 (Hari ini)

Hari nie aku tak puasa... hutang puasa tinggal satu hari jek lagi... Insya'Allah aku boleh perabihkan hutang puasa tue dalam minggu nie. Kat office ada buat makan-makan petang karang. Dari last week dia orang dah inform jgn puasa..ngeh..ngeh..ngeh...

Pepagi datang opis bukan aku terus buat keje..meronda dari satu dept ker satu dept jual kuih raya... ahakss.. Alhamdulillah... aku ingatkan tak der sambutan.... ramai jugak yang membeli kuih raya dari aku. Syukur... ada la duit raya sikit utk anak aku raya nieh.

Well hari tak habih lagi hari nieh.... ada masa aku update.....chow chin chow....

Friday, September 15, 2006

Izzati Maisarah

Assalamualaikum,

So minggu nie aku naik public transport pegi keje. Rasa macam dah malas plak nak drive. Iyelah since stop meniaga diapers nie aku tak perlu lagi nak hantar diapers-diapers kat orang. Cuma aku meniaga baju jek online kat sini dah tak larat dah aku nak buat diapers, so aku banyak concentrat ngan business blouse wanita sahaja.

Lama jugak aku tak tepek gambar Izzati kat sini yer. Well ini ada la a few gambar dia yang terlatest. Minah kecik tue suka bergambar, asik la tenyum..tenyum..tenyum...

haku tak tau kenapa aku suka sangat ngan gambar nieh. mungkin sebab suka tengok pipi dia yang tembam tue and the way she look at his father picture.

selagi tak puas hati selagi tue dia suruh amik gambar. suka sangat tayang gambar Abie dia tue

dengan Poh one of his Teletubbies favourite. jenuh melayan makcik nie asik-asik nak tabish..asik-asik nak tabish... tapi sekarang dah jumpa kegemaran baru Barbie.. vcd Barbie tue sampai haku naik hapal dialog depa.


tenyummmmm....... suka tengok dia senyum simpul cam gini




dan aku perasan...bila dia semakin membesar, muka semakin berubah....

mummy loves you izzati.







Tuesday, September 12, 2006

Aku dan Diriku

Assalamualaikum,

Wah..wah.wah...hari nie aku naik LRT..park kereta kat Tasik Selatan. Rasa cam tak de pulak ramai orang.. menunggu LRT kat Masjid Jamek tadi pun rasanya macam dah tak sesesak dulu. Tak tau la kalau hari nie je ker ataupun esok lusa pun cam gitu.

Minggu nie aku pulun mangganti puasa. Fuh banyak lagi tue... itu ler asik tertangguh jek nak mengganti sampai nak puasa balik baru terhegeh-hegek nak puasa. Serik... konon-konon tahun depan tak buat lagi tapi sama jugak tahun demi tahun benda yang sama jugak jadi. Ahaksss... Tahan godaan dan cabaran...aku rasa tak de pepe kot, Insya'Allah jangan cik 'P' mai sudah ler... jenuh ler ah kak nak mengganti next year.

Minggu lepas hari Jumaat aku mc, sakit badan tak tau la nak ckp... Malam tue berguling-guling aku sakit perut... satu badan rasa macam mencucuk-cucuk. Mintak tolong Abie hei tak kose betul dia nak memicit badan. Mintak tolong si kecik tue jugak sudahnyer... tak pandai urut pun dia duduk2 kat belakang tue rasa lega jugak.

Hari Ahad lepas... kita orang adik beradik berkumpul beramai-ramai. Solat Zohor Jemaah pastu baca Yassin. Sempena nak menyambut Ramadhan ni kan. Macam-macam masakan ler ada haritue, rendang ayam, ayam goreng berempah, sambal goreng, urap, pucuk ubi, ikan pari bakar, ikan bawal goreng. udang goreng tomato. Ahaksss..kecur liur pulak bila aku citer-citer nie..sabar..sabar puasa.. puasa....

Lepas makan, buat birthday celebration la pulak. This time around aku tak beli hadiah langsung utk depa. Almaklumlah tengok tarikh la beb.... kekurangan fulus. Tak sangka anak aku pun dapat hadiah jugak. Ahakssss utang dari Umie dia masa birthday dia aritue. Tak kisah la. So kira-kira nie aku pun berhutang jugak lah.

Depa balik awal la jugak dalam kul lima dah balik dah. Lepas tue aper lagi haku pulak ler mempulun kemas rumah apa yang patut. Nak mengemas time dia orang ramai-ramai huish bikin kefala jadi fening lah.. ekekekekekekeke...

Alhamdulillah, business aku berjalan lancar. Walaupun tak sehebat orang yang ada kedai tapi kira boleh la kan harapkan perniagaan kat internet jek. Memang aku berazam nak bukak kedai satu hari nanti. Doa-doa la aku berjaya. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnn