Pages

Monday, September 18, 2006

Sabtu, Ahad dan Isnin


Assalamualaikum...

16hb September 2006 (Sabtu).

Hari nie aku puasa, tahankan diri puasa kat rumah walaupun konon-konon dugaan tue besar. Hari nie pegi tempah baju raya..ngeh..ngeh.ngeh... ha hamik ko sampai lima pasang aku tempah baju..merengkeh ler nak membayar nyer nanti. Baju rayanya dua pasang jek.... yang lelain tue dah lama ada tapi tak bertempah-tempah. Alang-alang tempah, tempah semua sekali senang. Tahun nie aku tak buat baju kurung pun, saja nak tukar pesen, buat design yang boleh pakai ngan kain boleh pakai ngan seluar, senang leh merugged-rugged nak keluar rumah.

Separuh hari aku keluar hari nieh. Bawak ibu gie shopping kasut. Sib baik la si kecik tue tak meragam sangat...dia meragam pun sebab nak tidur. Tengah Ibu syok pilih kasut, Izzati bantai tidur kat riba. Ibu suruh pegi balik kereta dulu, elok aku baringkan dia jek dia bangung menangis-nangis tak mahu baring... aaah sudah... sudahnya haku bawak kereta ngan dia duduk atas riba aku...mak oooi... seksa... dah ler haku pendek... kalau tinggi tue okey ler lagi... sakit belakang anak aku kene stering kereta.. nak buat camner..dah dia tak nak duduk kat sebelah.

Petang salah sorang forumner BFT datang rumah nak beli baju. Alhamdulillah ada jugak rezeki yang masuk hari nie walaupun kat rumah tak de internet. Syukur.

Dan hari nie aku berjaya puasa.... Alhamdulillah...

17hb September 2006 (Ahad)

Hari nie aku puasa lagi... kene perabihkan..aku dah niat nak puasa direct sampai Ahad so hari nie kene puasa jugak. Dugaan kat rumah nie tak de le sebesar mana kalau kat office. Semalam boleh puasa so hari nie aku mesti boleh jugak. Tengah hari aku keluar pergi hantar barang yang orang order. Mula-mula sekali haku pegi ker Putrajaya hantar diapers kat Kak Dideal. Haku tolak harga modal jek sebab nakkan modal balik jek. Tak amik untung sesen pun.

Lepas jek pegi Putrajaya haku pegi ker Puchong pulak gie rumah Ziela, amik stok baju aku yang dekat dia. Hajat hati nak hangkut sekali diapers yang ada ngan dia, tapi fikir-fikir biar lah ngan dia dulu kot-kot dia ada regular customer yang nak beli. Tak per biar la lambat..asalkan ada orang beli. Lupa nak habaq, aku yang drive. Abie tak nak drive tangan dia lenguh. Orang dah sign up kat gym... nak naikkan berat badan, baru dua tiga kali pegi gym tangan start ler sakit-sakit. Muscle dah pecah.

Habih ker Puchong aku pegi ker USJ pulak, pulangkan cadar si Niza kat supplier. Susah betul bila supplier dah pindah nieh. Dulu dekat ngan rumah bila2 masa boleh pergi. La nie dah pindah sampai ke USJ nie..berkira-kira pulak aku nak pegi. Memang harapkan weekend je lah. Selesai semua urusan aku balik. Dah janji ngan supplier kuih pulak, dia nak datang rumah hantar sample.

Balik tue terus singgah rumah Kak Na, Kak Na masak laksa...fuhhhhh...... sedap jek laki aku makan. Aku puasa, so tahan diri ler...tapi aku tau sure Kak Na bungkuskan laksa utk aku punyer..ngeh..ngeh ngeh.. Dan memang betul pun malam tue aku berbuka puasa dengan Laksa. Ahaksssssss.... ssluurrrpppp....

Hari nie jugak Izzati dari pagi sebelum keluar sampai ke malam dia melayan VCD Barbie Rapunzel. Makkkooooii pengsan melayan dia. Kena carik VCD baru ler... Fairytopia dah keluar ke belum ek.... asik tengok Rapunzel jek sampai naik hapal aku dialog cerita tue. Mujur ler Abie bawak balik laptop, kalau tak kacau program tivi orang nak tengok jek. Celik mata Barbie sampai nak pejam mata Barbie. Hai anak.... cerdik tak diajor pun... kalau pegi kedai baju ker kasut ker... bijak bebenar la dia menelek satu satu barang.... sampaikan Wan dia geram... cam orang tua jek kelakunyer....

18hb September 2006 (Hari ini)

Hari nie aku tak puasa... hutang puasa tinggal satu hari jek lagi... Insya'Allah aku boleh perabihkan hutang puasa tue dalam minggu nie. Kat office ada buat makan-makan petang karang. Dari last week dia orang dah inform jgn puasa..ngeh..ngeh..ngeh...

Pepagi datang opis bukan aku terus buat keje..meronda dari satu dept ker satu dept jual kuih raya... ahakss.. Alhamdulillah... aku ingatkan tak der sambutan.... ramai jugak yang membeli kuih raya dari aku. Syukur... ada la duit raya sikit utk anak aku raya nieh.

Well hari tak habih lagi hari nieh.... ada masa aku update.....chow chin chow....

No comments:

Post a Comment

please be nice to me