Pages

Tuesday, September 12, 2006

Aku dan Diriku

Assalamualaikum,

Wah..wah.wah...hari nie aku naik LRT..park kereta kat Tasik Selatan. Rasa cam tak de pulak ramai orang.. menunggu LRT kat Masjid Jamek tadi pun rasanya macam dah tak sesesak dulu. Tak tau la kalau hari nie je ker ataupun esok lusa pun cam gitu.

Minggu nie aku pulun mangganti puasa. Fuh banyak lagi tue... itu ler asik tertangguh jek nak mengganti sampai nak puasa balik baru terhegeh-hegek nak puasa. Serik... konon-konon tahun depan tak buat lagi tapi sama jugak tahun demi tahun benda yang sama jugak jadi. Ahaksss... Tahan godaan dan cabaran...aku rasa tak de pepe kot, Insya'Allah jangan cik 'P' mai sudah ler... jenuh ler ah kak nak mengganti next year.

Minggu lepas hari Jumaat aku mc, sakit badan tak tau la nak ckp... Malam tue berguling-guling aku sakit perut... satu badan rasa macam mencucuk-cucuk. Mintak tolong Abie hei tak kose betul dia nak memicit badan. Mintak tolong si kecik tue jugak sudahnyer... tak pandai urut pun dia duduk2 kat belakang tue rasa lega jugak.

Hari Ahad lepas... kita orang adik beradik berkumpul beramai-ramai. Solat Zohor Jemaah pastu baca Yassin. Sempena nak menyambut Ramadhan ni kan. Macam-macam masakan ler ada haritue, rendang ayam, ayam goreng berempah, sambal goreng, urap, pucuk ubi, ikan pari bakar, ikan bawal goreng. udang goreng tomato. Ahaksss..kecur liur pulak bila aku citer-citer nie..sabar..sabar puasa.. puasa....

Lepas makan, buat birthday celebration la pulak. This time around aku tak beli hadiah langsung utk depa. Almaklumlah tengok tarikh la beb.... kekurangan fulus. Tak sangka anak aku pun dapat hadiah jugak. Ahakssss utang dari Umie dia masa birthday dia aritue. Tak kisah la. So kira-kira nie aku pun berhutang jugak lah.

Depa balik awal la jugak dalam kul lima dah balik dah. Lepas tue aper lagi haku pulak ler mempulun kemas rumah apa yang patut. Nak mengemas time dia orang ramai-ramai huish bikin kefala jadi fening lah.. ekekekekekekeke...

Alhamdulillah, business aku berjalan lancar. Walaupun tak sehebat orang yang ada kedai tapi kira boleh la kan harapkan perniagaan kat internet jek. Memang aku berazam nak bukak kedai satu hari nanti. Doa-doa la aku berjaya. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

No comments:

Post a Comment

please be nice to me