Tuesday, September 19, 2006

Sepi, Lawak dan Up to date

Assalamualaikum,

Entah kenapa petang semalam, aku tetiba rasa kosong jek dalam diri. Aku telek-telek balik diri aku rasa cam kekurangan sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa dia. Rasa macam lonely sangat petang semalam. Try sibuk kan diri dengan berforum pun aku rasa something is missing dan aku sendiri tak dapat nak detect aper dia.

Once in a while kita mesti rasa cam melancholic je kan. Aku dah lama tak rasa cam gini. Since hari-hari aku terisi dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. Aku dah tak ada rasa macam tue lagi. Tapi semalam entah kenapa aku terasa sepi sesepi sepinya. Aku tak balik pada yang Khaliq sebab tue aku sepi. Aku alpa seketika dengan tanggungjawab aku sebagai umat Islam yang sepatutnya setiap masa dan ketika tidak seharusnya alpa. Aku alpa lagi. Allah berikan aku kesepian itu utk mengingatkan aku rupanya. Alhamdulillah......

Petang semalam masa on the way balik kerja tetiba aku teringatkan kawan aku sorang nieh. Aku sms dia masa tengah drive (dangerous bebbbbbbb). Aku ckp kawan-kawan forum nak buat gathering kat Midvalley dan mungkin akan lunch kat Chilis. Tapi minah nie tak reply-reply. Tak alih malam tadi masa aku nak solat Isya' sms bunyik. Bunyi dia lebih kurang cam gini la.. "Weh... Chilis tue haper?" Adoih..... aku memang terus tergelak dan dan tue jugak. Terbantut aku nak solak Isya'. Aku reply sms dia.. "Sedih betul la ko nieh bla..bla..bla..bla". Aduhaiiiii..kalau nko terbaca la blog aku nie..mintak sorry la yer...tapi aku rasa memang lawak betul.

Tapi kan kawan...kalau aku time sekolah dulu sebelum masuk ITM... sebelum kerja..kalau orang cakap ngan aku Chilis ker TGIF ker Hard Rock ker aku pun cam ko gak la... ape bende menatang tue. Sometimes we are not the same. Kekadang kita rasa kita nie betul2 updated. Tapi sebenarnya banyak lagi yang kita nie tak tau. Even aku yang berpuluh tahun duduk di pekan Kajang yang dekat dengan Kuala Lumpur tue, banyak lagi benda yang aku tak tau. Kekadang bila orang bercerita aku rasa mak ooii... kampungnyer haku walhal aku bukan dibesarkan di kampung pun. Dan aku rasa orang kampung lagi advance dari haku. Ehek...alahaiiiiii......

No comments:

Post a Comment

please be nice to me