Pages

Wednesday, September 20, 2006

Aku dan Zuriat

Assalamualaikum,

Puas dah haku godek blog aku nieh, tambah apa-apa features yang aku rasakan perlu utk ditambah. Tapi still aku nie bukan ler pandai sangat, setakat amik template yang disediakan tu pun kira okey ler tue. Dan aku memang respect orang yang berjaya membuatkan blog mereka nie menarik.

Lama jugak aku up kan blog aku nie rupanya. Since last year. Diam tak diam dah setahun dan buat seketika aku terhenti nak update cerita di dalam blog aku nieh. Aku bukannya penglipurlara sekadar berkongsi cerita yang terjadi dalam kehidupan sehari-hari aku.

Aku rasa kenapa aku rasa kosong haritue. Aku sebenarnya dah lama berhajat utk menambah bilangan anak. Tahun lepas Allah beri aku rezeki utk aku rasai selama empat bulan setengah sahaja. Tapi mungkin bayi yang aku kandung tue tak sanggup utk menjenguk dunia yang penuh dengan macam-macam dugaan aku keguguran. Sejak itu aku memang tidak putus harap utk mengandung lagi. Tapi Allah Maha Mengetahui, sehingga sekarang masih lagi tidak ada tanda-tanda yang aku akan berbadan dua.

Tak aku nafikan, kadang-kadang aku rasa pressure jugak. Iyalah, kawan-kawan yang sebaya anak dah berderet. Tapi aku baru seorang. Bukan aku tidak bersyukur, tapi sekurangnya ada kawan bermain utk Izzati. Aku tak akan berhenti berharap. Semoga Allah akan makbulkan doa aku satu hari nanti utk menambahkan zuriat.

Amin......

1 comment:

please be nice to me