Pages

Monday, November 27, 2006

Update anak haku jatuh...

Assalamualaikum,

Update anak haku jatuh haritue, kelako betul budak kecik sorang nieh. Dari saat dia jatuh sampai la semalam dia tak nak berjalan langsung, puas la kene paksa kene marah kene haper pun dia tak mahu. Dok layankan sangat sakit kat lutut dia tue. Takut nak berjalan. Hari sabtu haku nak berkemas sikit kat rumah pun sakit pinggang haku melayan karena dia. Nak mandi nak haper tak langsung berdiri. Sepupu-sepupu dia datang pun dia tak nak jalan suruh dukung lagi. Hai anak... teruk betul bila dah cedera.

Pastu semalam, haku dah tak larat nak melayan karenah dia puas la macam2 taktik aku buat nak bagi dia bangun berjalan. Dah la tue, tak leh berjalan tue demand tinggi pulak nak itu nak ini. Haku suruh amik sendiri tak mahu, bila di suruh melalak cam kene pukul. Eeee manja kemain lagi nyer. Entah camne petang semalam dia nak mangkuk aku tak tau dia nak aper. Haku suruh dia amik sendiri. Aku pujuk dia aku ckp aku pegang tangan dia. Boleh pulak tue dia berjalan. Yang kelakarnyer dia punya excited.

"Haaaaa mummy....dah leh alannnn...."......

Gatai... bukannya tak leh jalan saja tak mahu jalan. Bila dah asik mengesot jek kejenyer nak jalan balik dah jadi tak stabil. So since petang semalam berakhir lah episod anak haku sakit lutut. Hai la anak...anak....manja yang bukan-bukan....

Thursday, November 23, 2006

Luka beb...sakittt...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Dah berapa hari yer haku tak update blog haku nieh. Bukan malas, seems the idea is kering kontang. If not rasanya macam-macam haku nak update dan bercerita. Konon-konon cam penglipurlara la gituk.

Semalam balik dari keje Abie terus bawak gi rumah kawan dia. Dah habis raya pun ada gak orang buat open house lagi. Cam biasa la kan, selera makan aku belum pulih sepenuhnya. Makan mana yang berkenan je lah makan satay. Izzati cam biasa la, pandai no nak carik kawan. Main-main, Abie dia dah dua tiga kali dah sound jangan lari-lari aper seme. Alah budak-budak apa yang boleh di harapkan. Mana nak dengo cakap. Sekali tue jatuh tergolek. Ha hamik kau luka dedua kepala lutut dia. Besar la jugak. Jatuh atas jalan tar. Menjerit-jerit sakit dah macam orang cedera parah. Terus Abie dia ajak balik.

Balik rumah tue haku terus la cuci luka dia, biasa la lutut kan sure pedih punya dia punya menangis la sampai haku pun nak ikut nangis. Sapu kan minyak gamat pun dia terjerit-jerit lagi. Memang macam orang cedera parah la. Nak bengkok lutut, nak bangun suh jalan pn dia tak mau terbaring jek. Alahai anak mummy, layankan je lah peel dia tue. Luka bolehla tahan tapi dia punya acting tue cam overla pulak ahaksssssss.

Hari nie 23 November 2006 ikutkan kandungan aku baru berusia 13 minggu. Sabtu nie jadi 14 minggu la dan just imagine la perut haku dah macam orang mengandung lima bulan. Jenis dari anak dara perut buncit ada isi perut sikit jek dah terus nampak. Loya dan mual masih ada lagi la. Pagi-pagi lepas gosok gigi memang kewajipan aku muntah. Aku pun dah start amik Salindah. First time amik, saja la nak try orang kata elok. Dah beli mahal-mahal kene la haku perabihkan. Aku tak sabar nak tunggu new year rasa bila hujung2 tahun nie semangat cam makin menjunam jek jatuh. Nak kerja memang dari dulu haku nie pemalas. Nak nak tengah mengandung nie la pulak. Lagi ler tahap gaban dia nyer malas.

Anyway, ini gambar Izzati masa Mama ngan Papa datang rumah haku aritue. Mekap tue semua dia sendiri na haku tak kene mengena nak mekapkan dia. Sekali tengok cam anak Jepun pun ada. Sayang anak mummy... mmmuahhhss...

















Wednesday, November 15, 2006

Ayatul Kursi

Ada orang forward email pasal citer nie.....just nak share ngan others la..... happy reading....


Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebeginitelah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.

Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.

Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

"Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?"
Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]


Add On..."Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta di seluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuhMu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka. Amin, ya Rabbal 'Alamin."

Monday, November 13, 2006

Again... Monday...

Assalamualaikum,

Agaknya hari Isnin je lah haku leh update blog aku nie kot. Entah ler.. don't feel like updating. Cerita hidup banyak...tapi nothing special to share...except for my experience masa mengandung nie la. So far muntah-muntah nie memang tersangatlah jarangnyer... tap yang haku banyak suffer nie kelembikan sewaktu mengandung dan keloyaan yang teramat sangat.

Loya-loya pun haku tak muntah jugak kekadang tue sampai rasa sebu perut awat la tak muntah-muntah, agaknya kalau muntah okey kot. Now aku dah start rasa batuk-batuk dan selsema. Badan pun rasa seram sejuk jek. Last week aku pegi checkup kat klinik lain saja la nak tengok cyst tue ada lagi ker tidak. Doktor dah tak nampak tapi dia tengok uri aku cam ada terkebawah sikit alamak dok risau jugak lepas satu satu.

Tapi yang tak hilang dari haritu sampai sekarang, sakit pinggang. Tak leh duduk lama sikit bangun jek sakit tul pinggang.

Okey lah..just nak share lates picture of my anak dara... nampak cam gatai la pulak.. blurr sikit.....




Monday, November 6, 2006

Today is Monday

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak aku mengandung nie, entah kenapa malas betul aku nak pegi keje. Bukan takat malas, rasa nekad nak berenti keje pun ada. Nak duduk rumah jek. Langsung tak kose nak buat aper pun nak lepak nak tido jek aku rasa. Entah kenapa malasnyer time mengandung nie pun aku tak tau la...

Tahap mabuk dan loya aku nie belum fully okey lagi. Yang start datang menyerang sekarang migrain. Kepala pening gila. Tak tau la nak citer aper, dah lama tak update blog nie. Konon tadi nak letak la function2 canggih...tapi tak menjadik pulak. Tengok la dua tiga hari aku godek lagi. Pening pala la...

Wednesday, November 1, 2006

Start keje

Assalamualaikum,

Hari nie aku baru start keje after seminggu lebih aku bercuti raya. Patutnyer aku dah start keje hari Isnin haritue, tapi sebabkan anak aku tak de orang jaga dan mak aku pun letih balik umrah tak hilang lagi tak sampai hati pulak aku nak biarkan budak kecik tue ngan wan dia. So aku amik mc, sebab cuti pun dah tak ada lagi. Kebetulan la pulak, bila tak keje tue memang teruk betul aku mabuk kat rumah.

Kali nie memang tak larat sungguh la nak layan mabuk, asik meloya jek keje aku. Pagi-pagi dah wajib muntah bagi aku. Hari nie start keje dah dua kali dah aku muntah. Ya Allah rasa tak larat nyer nak layan lembik dan mabuk nieh. Cepat la masa berlalu. Kepala pun pening. Pegi keje macam orang tak 'siap' jek aku. Dengan tak berbedak langsung bergincu pun tidak, memang aku tak lalu langsung. Nasib baik Abie nak tolong hantar. Kalau tidak, aku tak tau la macam mana nak melayan mabuk dalam kereta.

Nothing much to story pasal raya la. Tahun nie punya raya aku tak sakan sangat walaupun semua beraya kat sini. Tak tau la mungkin keadaan diri aku yang berbadan dua nie kot. Rasa tak berapa excited sangat. Gambar family pun tak ambik. Pagi hari raya pertama kita orang beramai-ramai beraya kat KLIA amik ibu balik dari umrah. So bergambar kat KLIA je lah. Gambar memang tak banyak ambik. Gambar Izzati ngan baju dia yang sedondon ngan mak dia pun tak amik sama-sama.

Wah.... aku tak larat dah nak layan story... rasa dah start pening dan nak memuntahkan diri balik.....ada masa aku sambung.... babai...