Pages

Monday, November 27, 2006

Update anak haku jatuh...

Assalamualaikum,

Update anak haku jatuh haritue, kelako betul budak kecik sorang nieh. Dari saat dia jatuh sampai la semalam dia tak nak berjalan langsung, puas la kene paksa kene marah kene haper pun dia tak mahu. Dok layankan sangat sakit kat lutut dia tue. Takut nak berjalan. Hari sabtu haku nak berkemas sikit kat rumah pun sakit pinggang haku melayan karena dia. Nak mandi nak haper tak langsung berdiri. Sepupu-sepupu dia datang pun dia tak nak jalan suruh dukung lagi. Hai anak... teruk betul bila dah cedera.

Pastu semalam, haku dah tak larat nak melayan karenah dia puas la macam2 taktik aku buat nak bagi dia bangun berjalan. Dah la tue, tak leh berjalan tue demand tinggi pulak nak itu nak ini. Haku suruh amik sendiri tak mahu, bila di suruh melalak cam kene pukul. Eeee manja kemain lagi nyer. Entah camne petang semalam dia nak mangkuk aku tak tau dia nak aper. Haku suruh dia amik sendiri. Aku pujuk dia aku ckp aku pegang tangan dia. Boleh pulak tue dia berjalan. Yang kelakarnyer dia punya excited.

"Haaaaa mummy....dah leh alannnn...."......

Gatai... bukannya tak leh jalan saja tak mahu jalan. Bila dah asik mengesot jek kejenyer nak jalan balik dah jadi tak stabil. So since petang semalam berakhir lah episod anak haku sakit lutut. Hai la anak...anak....manja yang bukan-bukan....

1 comment:

  1. Anonymous4:20 PM

    assalamualaikum..

    rasa terhibur baca blog akak nie.. hehehe.. kadang blh tergelak sendiri.. ada laa part² cite akak yang lawak dan sempoi tur..

    dah lama akak tak update blog yee.. anyway arap akak n baby sihat selalu.. insya allah..

    ReplyDelete

please be nice to me