Pages

Wednesday, November 1, 2006

Start keje

Assalamualaikum,

Hari nie aku baru start keje after seminggu lebih aku bercuti raya. Patutnyer aku dah start keje hari Isnin haritue, tapi sebabkan anak aku tak de orang jaga dan mak aku pun letih balik umrah tak hilang lagi tak sampai hati pulak aku nak biarkan budak kecik tue ngan wan dia. So aku amik mc, sebab cuti pun dah tak ada lagi. Kebetulan la pulak, bila tak keje tue memang teruk betul aku mabuk kat rumah.

Kali nie memang tak larat sungguh la nak layan mabuk, asik meloya jek keje aku. Pagi-pagi dah wajib muntah bagi aku. Hari nie start keje dah dua kali dah aku muntah. Ya Allah rasa tak larat nyer nak layan lembik dan mabuk nieh. Cepat la masa berlalu. Kepala pun pening. Pegi keje macam orang tak 'siap' jek aku. Dengan tak berbedak langsung bergincu pun tidak, memang aku tak lalu langsung. Nasib baik Abie nak tolong hantar. Kalau tidak, aku tak tau la macam mana nak melayan mabuk dalam kereta.

Nothing much to story pasal raya la. Tahun nie punya raya aku tak sakan sangat walaupun semua beraya kat sini. Tak tau la mungkin keadaan diri aku yang berbadan dua nie kot. Rasa tak berapa excited sangat. Gambar family pun tak ambik. Pagi hari raya pertama kita orang beramai-ramai beraya kat KLIA amik ibu balik dari umrah. So bergambar kat KLIA je lah. Gambar memang tak banyak ambik. Gambar Izzati ngan baju dia yang sedondon ngan mak dia pun tak amik sama-sama.

Wah.... aku tak larat dah nak layan story... rasa dah start pening dan nak memuntahkan diri balik.....ada masa aku sambung.... babai...

No comments:

Post a Comment

please be nice to me