Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa

dan lagik nak sengih tue...



tengah tunggu turn nak wat MRI..sakit giler masa nieh


Assalamualaikum,

Fuh..its been a tiring week for me. Anyway before i forgot, SELAMAT BERPUASA untuk semua umat Islam sedunia. Macam la satu dunia baca blog aku. Okey back to my story. It's a really damn tiring week for me.

Rasa tak cukup rehat jek. Balik jek dari Cherating weekend haritue, Abie dah mengadu sakit belakang. Dia dah memang ada history sakit belakang. Nak nak pulak long journey from Cherating to Kajang. Malam tue dah melepek dah.

Isnin haritue cam biasa la, aku pegi keje. Tengah hari dapat call Abie kene admitted kat KPJ Kajang Specialist Hospital. Aduhai..... aku terus balik ler tengok dia. Malam tue temankan dia tido kat sepital. Kebas satu badan weh, ha ler tido kat kusi jek... Iskandar aku tak sentuh langsung.

Hari Selasa kene wat MRI kat Hospital Sentosa kat K.L. Result so far okey la tak de effect saraf.
Doktor kata memang kesan lama. Abie memang penah injured masa main bola zaman bujang dulu. So tak leh ler silap sikit datang ler balik sakit tue.


Dan hari nie Abie discharge from the hospital tapi aku pulak yang lembik loyak. First day puasa aku terbabas nak bersahur. Camne tak terbabas asik bangun jek nak pegi toilet dekat tiga kali la jugak. Perut memulas-mulas sampaikan aku phobia nak pegi toilet...sakittttttt..dan dah tak ada benda nak dibuang pun. Hajat hati nak pegi keje tapi serius aku lembik gila.

Aku puasa gak la hari nieh. Tak larat nak ganti puasa nanti puasa last year pun tak abih berganti gara2 period aku yang tunggang langgang. Lembik nya Allah jek la yang tahu. Alhamdulillah laki aku pun dah keluar sepital. Perut pedih lagik nieh. Bukak poser umah kak ipar aku je ler..tak larat nak masak....





















Wednesday, September 12, 2007

Family Day at Cherating

Assalamualaikum,

Dah hari Rabu dah ek. Adoi aku banyak citer nak citer tapi masa pulak tak ada. Macam-macam hal boleh berlaku dalam masa lima hari jek. Where to start?????

Family Day,

Kita orang bertolak on Friday 7th September 2007. Bertolak dalam pukul 10.30 la dari rumah. Sampai kat tol Gombak lebih kurang pukul 11.00. Aku janji nak konvoi dengan kolik dari office tiga kereta gak la konvoi.

Sampai kat Cherating lebih kurang dalam pukul 3.30 la. Abie layan tido je lah bila dah sampai penat nak drive. Mummy lak sibuk ngan anak ler, siapkan gitu gini. Iskandar good boy, sampai-sampai buat 'kuih' mandikan dia terus dia lena sampai lewat petang. Yang si kakak pulak tak mo tido dok la main sorang diri. Amik angin kat beranda tengok view kat luar bilik tue. Sakan makcik tue. Mummy lak sibuk amik gambar dalam bilik dengan view yang ada. Camera tinggal dalam keta so amik gambar ngan camera hp je ler.

Malam ada dinner, staff yang naik bas sampai kat Cherating dekat kul 8 malam, sampai-sampai jek terus makan. Mummy dok kelek Iskandar je lah. Abie la tukang amikkan makanan aper seme tak dapat la nak intai-intai makanan apa yang ada ahaks...siap pesan ngan Abie "take everything yang ada...." ngeh.ngeh.ngeh.....

Aku tak tunggu sampai abih pun dinner tue, actually ada preliminary round for karaoke contest. Mata aku dah kuyu dah biasa la kul 10 jek rasa nak pejam jek. Abie pun dah hint-hint ajak balik bilik. Ramai suruh aku masuk karaoke contest nieh, tapi malas la rasa nak pencen jek..ekekekekekke cam la aku aktively involve in entertainment business muakakaka perasan mak nyah.

Hari Sabtu pagi ada la senamrobik, luckily we manage so see the senamrobik from our room jek. Ajak Izzati join, tak mau...esok je lah ada ka itu dia jawab. Tapi turun gak la. Abie ngan Mummy jek mandi. Izzati ngan Iskandar tukar baju jek. Ha ler dah awal pagi kul 7.00 takkan la nak mandikan depa pepagi lagipun lepas tue ada telematch so bantai la nak...korang mandi la lepas makan tengah hari nanti.

Telematch macam Family Day sebelum nie aku memang tak de can la nak join. Anak beb anak kene la jaga. Tengok dia orang main pun dah cukup baik bagi aku. Dapat tengok satu game dia orang main pun aku dah melompat cam nak haper jek. Izzati aku suruh masuk coloring contest eventhough dia orang kata 4 tahun ke atas jek yang layak. Alah nasib ler.... suka-suka tau dia takkan menang punya. Itupun Izzati boleh halau Abie ngan Mummy dia nak warna sorang-sorang, dia tak kasi kacau. At last "Mummy tolong laaaaa Zati penat aaaaa" ehehehehehe hai la nak..mana la Mummy boleh tolong. Aku pujuk stop jek. Pastu haku ajak dia pegi tempat lain.

Its quite fun la.... masa Family Day nieh. Dapat gak la rehat kan otak aper seme. Malam terakhir kat situ ada BBQ Dinner. This time around Iskandar dah start meragam. Asik merengek jek. Susu dah berbotol-botol tapi dia tak gak nak tido. Biasa kalau bangun tido sibuk ajak borak sengih gelak bagai tapi kat sini bangun tido melalak bangun tido melalak. Mummy pun dah naik buntu dah. Masa BBQ Dinner nie pun dia buat kelaku sama gak. Sudahnyer Abie bawak naik bilik (malam tu kan Final Piala Malaysia Kedah vs Perak) carik alasan la tue. Sampai bilik tido. Aku still kat majlis ngan Izzati. Izzati biasa la over peramah dah dapat kawan main je lah kejenya. Hujan lak tue..adoi la....camne la aku nak balik bilik nieh. Dah abih acara penting redah gak la hujang tue ngan Izzati, mujur la ada jaket minah nieh boleh la cover kepala dia. Fuh letih wo ngan nak ngusung stroller lagik. Turun naik tangga lagik uwaaaaaaaaaaaaaaaa......... penattttttttttt.

Hari Ahad free and easy. So pepagi turun breakfast Izzati dah siap dengan baju mandinya lepas breakfast jek terus terjun kolam. Dah janji ngan dia. Hari Sabtu petang tak dapat nak mandi kolam sebab hujan. So pagi-pagi Ahad la mandi kolam. Iskandar pepagi buta dah buat 'kuih'. Mummy balik ler bilik, terus jek mandikan dia.

Dalam pukul 11 we all checkout from Impiana Resort terus tuju Kuala Kemaman carik keropok ngan sata. Kira-kira dalam pukul 1.00 gak la we all keluar dari Cherating tue. Sampai rumah lebih kurang pukul 5.00 and balik jek dari Cherating hal lain lak berlaku..... next story ek.....

tangan dah lenguh...anyway enjoy... nak tengok gambar Family Day sila la
ke sini

However I don't know why i cannot tepek any picture here....tak per la tengok je lah kat my fotopages yer.....thanks.

Tuesday, September 4, 2007

Jual Anak!!

Assalamualaikum,

Semalam on the way balik kerja, masa dengar radio biasa la idea datang mesti time tengah dengar radio kan. Dengar la satu segmen dengan Linda Onn which is Yang sedap di dengar / Tak sedap di dengar. Ada la caller nie inform, dia dapat call dari her friend yang bagitau this one lady nak jual anak for RM5K. What a )^&(*&%^*^$%&*^. Huh aku tak tau ler nak kata manusia akhir zaman nie kan.

Orang lain yang kawin dengan berbelas-belas tahun, dok la berusaha sana sini nak dapatkan anak, yang minah ni sorang pulak sibuk-sibuk nak jual anak. Am I bias?? Entahlah, aku tak dengar from her side of story la kan. Mungkin minah nie ada masalah kewangan ker, mungkin minah nie terjebak ker, mungkin minah nie bla..bla..bla... what ever la kan. Tapi bagi aku, jual anak nie teramat-amat la aku tidak setuju. Okey la kalau dia nak bagi anak dia kat orang kot la orang tue boleh bela dengan baik bagi makan pakai yang sempurna compare to her. Tapi jangan la put an amount to that child. Apa la peraaan budak tue bila dia besar nanti kalau dia tau cerita yang dia nie kene jual. Fine kalau orang yang nak bela tue nak sedekah, tapi jgn la kita nie sesekali nak letak satu jumlah utk anak tue. Anak nie tak ada nilai weh..... ingat senang ker kita nie nak mengandung sembilan bulan pastue nak beranak, nak jaga tengah malam bagai.

Alahai..tak tau ler nak kata.... am I talking emotional or what?? ahaksss..ontah......mak pun tak tau....

Monday, September 3, 2007

Again!! What to update?

Assalamualaikum,

Its been such a long long time for me not updating this blog. Lepas jek share pasal Ibu dan Iskandar, aku macam lost nak bercerita dan berceloteh di sini. Tak ada apa yang menarik untuk aku becerita pun.

Nak share perasaan since Ibu tak ada? Entahlah seems aku menjalani hari-hari yang sama. Tapi aku tetap rasakan kehilangan. Nak nak rumah tue memang aku duduk dengan Ibu from day one kita orang pindah kat situ. Even bila aku masuk bilik Ibu pun aku still terasa-rasa Ibu ada lagi. Lambat jugak aku nak recover rupanya. Kadang-kadang bila balik kerja aku drive sengsorang..tak semena-mena aku boleh menangis jugak bila terkenangkan Ibu. Almost 5 months jugak Ibu dah pergi, still aku macam tak boleh terima keadaan.

Apa yang aku rasa tak pernah aku share dengan sesapa pun hatta dengan Abie sendiri. Tak tau la. Bila kesibukan dengan tugas seharian dan melayan keranah anak-anak aku lupa semuanya. Cuma jangan aku ditinggalkan seorang diri mesti fikiran nie melayang ker Ibu jugak.

Enough about that. Hujung minggu nie aku akan ke Cherating. Join Family Day company. Aku pun gatal jugak dok volunteer jadi AJK utk handle hadiah. Dah pening kepala. So far its about 80% dah settle. Ada lagi 20% nak pening kepala. Awal-awal lagi aku dah sound kepala AJK utk hadiah nie, aku boleh tolong kat sini jek, sampai sana aku tak dapat nak tolong. Faham-faham je lah dengan anak kecik nieh mana la boleh nak aktif sangat time bujang-bujang dulu

Anyway, i'll try my best to update about our Family Day. Hopefully it will be a memorable day for me and family esp. my daughter Izzati.