Assalamualaikum,
Dah hari Rabu dah ek. Adoi aku banyak citer nak citer tapi masa pulak tak ada. Macam-macam hal boleh berlaku dalam masa lima hari jek. Where to start?????
Family Day,
Kita orang bertolak on Friday 7th September 2007. Bertolak dalam pukul 10.30 la dari rumah. Sampai kat tol Gombak lebih kurang pukul 11.00. Aku janji nak konvoi dengan kolik dari office tiga kereta gak la konvoi.
Sampai kat Cherating lebih kurang dalam pukul 3.30 la. Abie layan tido je lah bila dah sampai penat nak drive. Mummy lak sibuk ngan anak ler, siapkan gitu gini. Iskandar good boy, sampai-sampai buat 'kuih' mandikan dia terus dia lena sampai lewat petang. Yang si kakak pulak tak mo tido dok la main sorang diri. Amik angin kat beranda tengok view kat luar bilik tue. Sakan makcik tue. Mummy lak sibuk amik gambar dalam bilik dengan view yang ada. Camera tinggal dalam keta so amik gambar ngan camera hp je ler.
Malam ada dinner, staff yang naik bas sampai kat Cherating dekat kul 8 malam, sampai-sampai jek terus makan. Mummy dok kelek Iskandar je lah. Abie la tukang amikkan makanan aper seme tak dapat la nak intai-intai makanan apa yang ada ahaks...siap pesan ngan Abie "take everything yang ada...." ngeh.ngeh.ngeh.....
Aku tak tunggu sampai abih pun dinner tue, actually ada preliminary round for karaoke contest. Mata aku dah kuyu dah biasa la kul 10 jek rasa nak pejam jek. Abie pun dah hint-hint ajak balik bilik. Ramai suruh aku masuk karaoke contest nieh, tapi malas la rasa nak pencen jek..ekekekekekke cam la aku aktively involve in entertainment business muakakaka perasan mak nyah.
Hari Sabtu pagi ada la senamrobik, luckily we manage so see the senamrobik from our room jek. Ajak Izzati join, tak mau...esok je lah ada ka itu dia jawab. Tapi turun gak la. Abie ngan Mummy jek mandi. Izzati ngan Iskandar tukar baju jek. Ha ler dah awal pagi kul 7.00 takkan la nak mandikan depa pepagi lagipun lepas tue ada telematch so bantai la nak...korang mandi la lepas makan tengah hari nanti.
Telematch macam Family Day sebelum nie aku memang tak de can la nak join. Anak beb anak kene la jaga. Tengok dia orang main pun dah cukup baik bagi aku. Dapat tengok satu game dia orang main pun aku dah melompat cam nak haper jek. Izzati aku suruh masuk coloring contest eventhough dia orang kata 4 tahun ke atas jek yang layak. Alah nasib ler.... suka-suka tau dia takkan menang punya. Itupun Izzati boleh halau Abie ngan Mummy dia nak warna sorang-sorang, dia tak kasi kacau. At last "Mummy tolong laaaaa Zati penat aaaaa" ehehehehehe hai la nak..mana la Mummy boleh tolong. Aku pujuk stop jek. Pastu haku ajak dia pegi tempat lain.
Its quite fun la.... masa Family Day nieh. Dapat gak la rehat kan otak aper seme. Malam terakhir kat situ ada BBQ Dinner. This time around Iskandar dah start meragam. Asik merengek jek. Susu dah berbotol-botol tapi dia tak gak nak tido. Biasa kalau bangun tido sibuk ajak borak sengih gelak bagai tapi kat sini bangun tido melalak bangun tido melalak. Mummy pun dah naik buntu dah. Masa BBQ Dinner nie pun dia buat kelaku sama gak. Sudahnyer Abie bawak naik bilik (malam tu kan Final Piala Malaysia Kedah vs Perak) carik alasan la tue. Sampai bilik tido. Aku still kat majlis ngan Izzati. Izzati biasa la over peramah dah dapat kawan main je lah kejenya. Hujan lak tue..adoi la....camne la aku nak balik bilik nieh. Dah abih acara penting redah gak la hujang tue ngan Izzati, mujur la ada jaket minah nieh boleh la cover kepala dia. Fuh letih wo ngan nak ngusung stroller lagik. Turun naik tangga lagik uwaaaaaaaaaaaaaaaa......... penattttttttttt.
Hari Ahad free and easy. So pepagi turun breakfast Izzati dah siap dengan baju mandinya lepas breakfast jek terus terjun kolam. Dah janji ngan dia. Hari Sabtu petang tak dapat nak mandi kolam sebab hujan. So pagi-pagi Ahad la mandi kolam. Iskandar pepagi buta dah buat 'kuih'. Mummy balik ler bilik, terus jek mandikan dia.
Dalam pukul 11 we all checkout from Impiana Resort terus tuju Kuala Kemaman carik keropok ngan sata. Kira-kira dalam pukul 1.00 gak la we all keluar dari Cherating tue. Sampai rumah lebih kurang pukul 5.00 and balik jek dari Cherating hal lain lak berlaku..... next story ek.....
tangan dah lenguh...anyway enjoy... nak tengok gambar Family Day sila la ke sini
However I don't know why i cannot tepek any picture here....tak per la tengok je lah kat my fotopages yer.....thanks.
No comments:
Post a Comment
please be nice to me