Monday, September 3, 2007

Again!! What to update?

Assalamualaikum,

Its been such a long long time for me not updating this blog. Lepas jek share pasal Ibu dan Iskandar, aku macam lost nak bercerita dan berceloteh di sini. Tak ada apa yang menarik untuk aku becerita pun.

Nak share perasaan since Ibu tak ada? Entahlah seems aku menjalani hari-hari yang sama. Tapi aku tetap rasakan kehilangan. Nak nak rumah tue memang aku duduk dengan Ibu from day one kita orang pindah kat situ. Even bila aku masuk bilik Ibu pun aku still terasa-rasa Ibu ada lagi. Lambat jugak aku nak recover rupanya. Kadang-kadang bila balik kerja aku drive sengsorang..tak semena-mena aku boleh menangis jugak bila terkenangkan Ibu. Almost 5 months jugak Ibu dah pergi, still aku macam tak boleh terima keadaan.

Apa yang aku rasa tak pernah aku share dengan sesapa pun hatta dengan Abie sendiri. Tak tau la. Bila kesibukan dengan tugas seharian dan melayan keranah anak-anak aku lupa semuanya. Cuma jangan aku ditinggalkan seorang diri mesti fikiran nie melayang ker Ibu jugak.

Enough about that. Hujung minggu nie aku akan ke Cherating. Join Family Day company. Aku pun gatal jugak dok volunteer jadi AJK utk handle hadiah. Dah pening kepala. So far its about 80% dah settle. Ada lagi 20% nak pening kepala. Awal-awal lagi aku dah sound kepala AJK utk hadiah nie, aku boleh tolong kat sini jek, sampai sana aku tak dapat nak tolong. Faham-faham je lah dengan anak kecik nieh mana la boleh nak aktif sangat time bujang-bujang dulu

Anyway, i'll try my best to update about our Family Day. Hopefully it will be a memorable day for me and family esp. my daughter Izzati.

No comments:

Post a Comment

please be nice to me