Tuesday, December 27, 2005

Kenangan Lalu

Arrgghhh!! Pagi nie aku terlambat nak pegi kerja. Hajat hati nak naik LRT jek, tapi dah lama terpaksa la aku pegi kerja naik kereta jugak. Izzati pulak wat hal tak mo naik kereta ngan abie dia nak naik kereta ngan aku. Terpaksa la pulak aku bawak Izzati pegi rumah pengasuh dia.

Khayal lagi aku pagi nie masa pergi kerja. Dengan hujan renyai-renyai nyer macam nostalgik jek rasa. Tetiba aku macam teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu. Walhal kat ERA pun bukan nyer citer pasal kenangan dulu tapi cerita pasal siapa-siapa yang pernah dapat bonus.

Aku dulu sekolah menengah agama. Aku dari tingkatan 1 sampai ler ker tingkatan 5 tak pernah satu kelas dengan pelajar lelaki. Adatla kan sekolah agama, lelaki dan perempuan mana boleh satu kelas. Masa sekolah menengah dulu, kalau ustaz / ustazah nampak la antara pelajar lelaki dan perempuan berbual perkh... kecut giler beb, rasa macam buat salah besar jek gitu.

Bila bertegur sapa antara lelaki dan perempuan pun kat sekolah tue rasa macam pelik jek. Apahal la boleh rasa pelik pun tak tau. Iyelah walaupun ramai pelajar kat sekolah tue tapi kita orang nie dah macam terdidik. Lelaki dan perempuan tak boleh jumpa tak boleh bertegur. Tapi tue ler..yang tak boleh tue la sibuk jugak nak buat.

Aku ingat lagi, masa birthday aku, kebetulan hari sabtu dan hari tue turn pelajar perempuan yang dibenarkan keluar ke bandar. Aku memang standard la kan kalau dah memang turn studen perempuan keluar tue aku mesti keluar punya bosan weh duduk asrama. Entah macammana aku pun tak tau la dari mana student lelaki nie tau birthday aku, nak keluar ke bandar tue mesti lalu depan hostel lelaki. Tetiba aku dengar ada orang nyanyi lagu Happy Birthday, tak pepasal satu hostel lelaki tue bergegar dengan lagu Happy Birthday, mak aii malunyer aku. Ni mesti gara-gara mamat sorang tue ler..konon-konon peminat aku ler tue. Ahakss..kelakar pulak bila kenang-kenangkan balik.

Tapi tue la kenangan yang tidak boleh ditukar ganti. Aku fikir kalau aku jumpa kawan2 sekolah tengah jalan pun, memang aku tak kenal. Dah lebih sepuluh tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Tapi kenangan tetap segar dalam ingatan.

Thursday, December 22, 2005

Family Day Picture





Malas nak tepek byk-byk tiga je la cukup ek... lagi pun tak banyak gambar yang amik masa family day haritue.

Tuesday, December 20, 2005

Happy Anniversary

HAPPY ANNIVERSARY DARLING!!! TODAY IS OUR THIRD YEAR OF MARRIAGE.
I DO HOPE OUR MARRIAGE WILL LAST FOREVER.
LOVE YOU SO MUCH!!!
p/s: igt nak letak gambar....tak dapat pulak...next time ek... ekekekeke...
nak bagi aper hadiah kat hubby den nieh...

Buku Cerita

Assalamualaikum

Lama betul rasanya tak update dalam blog aku nie. Bukan tak sempat, la nie aku kene hati-hati nak online internet kat office, maklumlah muka aku dah kene mark, tengah tunggu memo jek dari HR nie. Ekekekeke..tak pepasal la pulak.

16 December 2005

Keje hari nieh, lunch time aku ikut klik aku pegi KLCC. Dia nak carik buku cerita, dah hantu Judith McNaught dah minah tue. Aku pun hantu jugak tapi rasanya semua buku cerita si Judith nie aku dah baca except for the new one la. Aku tengah baca buku cerita Someone to Watch Over Me. Alang-alang pegi keje naik LRT nie boleh la layan buku cerita nie kejap. Aku tak tau la zaman bila habis buku nieh. Dulu boleh la bujang-bujang, sampai bersengkang mata tak tido malam nak baca buku cerita jek. Minah tue beli dua buku si Judith nie, sakan shopping buku. Aku pun dah alang-alang sampai kat Kinokuniya nie aper lagi take advantage jugak la dok survey buku-buku cerita melayu. Sudahnya.... tara...tiga buah buku aku dok borong.

First time aku nak cuba baca karya Ramlee Awang Murshid latest book of him Bagaikan Puteri. Second book my all time fav. author Sharifah Abu Salem the Tiada punya trilogi, latest book Tiada Lagi Mimpi, last one dari Nia Azalea Seredup Kasihmu, tiba-tiba aku terasa aku dah baca pulak buku nieh. Tak per aku rasa habis baca cerita Someone to Watch Over Me aku akan baca buku dari Nia Azalea nieh. Kalau dah penah baca dan dah pernah ada aku bukak nak jual la. Ahaksss... punya la lama tak baca buku cerita sampai lupa koleksi buku cerita aku ada ke tak der.

Thursday, December 8, 2005

Artis, Fitnah & Percaya

Assalamualaikum

Tiba-tiba aku rasa macam malas nak buat keje. Bukan hari-hari malas ke? eheh. Sementara idea tengah datang nie aku lari kejap pegi blog aku nih. Aku nak buat azam baru hari-hari nak update blog, boleh gitu??

Hari nie gempar kat surat khabar, heboh satu malaya mengatakan Yusri ngan Erra dah tak tinggal sebumbung lagi dah. Depa buat press statement. Aku tak baca sangat pun cuma terdengar kat radio Era tadi. Wah terkejut jugak aku, wedding of the year tahun 2003 boleh end up macam nieh. Aku cuma mendoakan agar perkahwinan dia orang takkan berakhir dengan perceraian.

Korang suka tak dengar cerita pasal artis-artis nie. Hari nie heboh aku ngan kawan-kawan aku kat office. Lepas tue siap beremailan lagi ngan kawan-kawan aku yang lain. Mula-mula cerita pasal Erra & Yusri, tetiba aku dapat tahu, rupa-rupanya pengacara wanita yang kene tangkap basah haritue Nur Farahin Jamsari. Allahu'alam aku sendiri pun tak tau akan kesahihan cerita nie. Nanti aku beria-ia kata betul, sekali tue orang lain. Tak ke mendatangkan fitnah namanya.

Cerita pasal fitnah nie, berbalik pada artis2 kita kat malaysia nie kan, korang rasa cerita-cerita buruk pasal dia orang tue betul atau tidak. Iyelah kita nie macam-macam kita dengar. Orang tue ada anak luar nikah, orang tue hisap dadah, orang tue macam gini orang tue macam gitu. Korang rasa korang percaya atau tidak? Aku dulu memang mudah nak percaya cerita-cerita begini. Iyelah statement tue di datangkan sekali dengan ayat-ayat pengukuh macam, "kawan aku nampak sendiri." "Alah, pakcik aku selalu nampak dia macam tue". "Iyer, minah tue memang cam gitu, kawan aku satu sekolah ngan dia dulu." Nak percaya ke tidak bila dengar cerita di datangkan sekali ngan statement-statement pengukuh tue.

Dengar cerita buruk nie memang sedap kan. Seronok jek dengar, tapi bila umur makin meningkat dewasa nie tanpa ada pengaruh sesiapa pun aku terfikir. Betul ker cerita-cerita yang kita dengar tue 100% betul ataupun sekadar penyeri ataupun malapetaka dunia hiburan nieh. Apa-apa pun bak pepatah orang tua, tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata, ataupun kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Punca cerita2 buruk timbul mungkin datang dari sikap artis tu sendiri. Alah Mawi yang orang kata baik tue pun macam-macam cerita kita dengar. So pokok pangkal berbalik jugak pada kita, samada kita nie mudah nak percaya ataupun tidak. Bagi aku, kalau ada bukti kukuh mengatakan dia orang tue bersalah baru aku percaya, tapi kalau setakat statement2 yang aku sebutkan di atas tue, susah aku nak percaya. Fitnah tue lagi teruk dari membunuh errr betul ker ayat aku nieh.

So kita sendiri la nak kene fikir-fikirkan. Tepuk dada tanya selera. Gossip memang best ntah betul ntah tidak tak tau la, sib baik aku tak sempat jadi artis, ekekekekeke ada hati jugak tue.


Wednesday, December 7, 2005

Pentingkan Diri Sendiri atau ??

Hari nie aku rasa macam tak de mood jek, sepanjang pagi tadi driving pegi keje kepala otak aku dok khayal jek, mujur sampai opis kalau tak sampai sepital kot. Aku pun tak tau aper yang buat aku rasa macam bad mood jek pagi nieh.

Takkan sebab aku selsema nie kot. Tetiba pulak asik nak terbersin jek pulak pagi nieh ngan hidung tersumbat, hopefully by noon okey la flu aku nie selalu cam gitu la pagi jek beria-ia bawak ke petang okey dah.

Nak cerita aper yer, Izzati pagi tadi bangun-bangun tidur menangis, sampai tersedu-sedu. Aku pun tak tau kenapa. Puas dipujuk tak mo jugak. Mmm cerita pasal anak nie, babysitter anak aku semalam di sahkan ada kanser dalam rahim dia. Terperanjat jugak aku. Iyelah selalu aku dengar dia sakit kat bahagian kepala jek. Memang doktor kata dia ada tumor kat kepala tue. Aku tanya jugak dia penah ker dia rasa sakit kat perut ker haper ker. Tak pernah pulak. Tetiba dia muntah di sertai dengan darah keluar kot hidung jugak. Pergi hospital doktor kata confirm dia ada kanser kat rahim. Semalam Izzati duduk umah Ibu dia, sebab Wan dia tak der nak jaga sekejap sementara babysitter dia pegi hospital.

Bila fikirkan pasal penyakit babysitter anak aku nieh, buat aku terfikir. Boleh ke dia jaga anak aku. Kanser nie bukan penyakit batuk ngan selsema jek makan ubat dua tiga hari terus baik. Aku pentingkan diri sendiri ker. Aku kesiankan dia jugak, sakit mampu ker nak jaga anak aku satu hari nanti. Sekarang nie dia okey la, one fine day sok. Kalau tetiba dia rebah kat rumah tak de saper kat rumah, aper jadi dengan anak-anak kecil yang dia jaga. Hish seriau jugak aku bila fikir. Aku memang kesiankan dia, sumber pendapatan dia memang hasil dari dia jaga budak-budak nie lah. Kalau aku tarik anak aku bagi orang lain jaga, hilang satu punca pendapatan dia. Tapi keselamatan anak aku pun aku kene fikir jugak.

Kesian, anak dia yang paling kecik baru nak masuk tingkatan satu tahun depan. Yang besar still lagi belajar kat universiti. Banyak perbelanjaan yang dia nak kene tanggung. Kanser nie penyakit orang kaya, tapi byk kene kat orang susah. Kanser?? Ngeri aku dengar ngeri jugak aku nak menaipnya.

Tuesday, December 6, 2005

Picture of My Little Princess

My very-very latest picture, leh jadi model tak??



Percubaan pertama pakai cermin mata hitam, amacam?? cute tak?

Blurr sikit, my first try with microphone, karaoke beb....




Comelnyer anak mummy nieh!!


Me and my sepet eyes, my first trip to Genting Highland


My first birthday!!!

Sibuk nak naik kereta barney, tapi penakut....


Masa baru-baru nak belajar berdiri.

Pandainyer posing, umur berapa ek?

When she was little, about 7 to 8 months old

Friday, December 2, 2005

Family Day

Assalamualaikum
Nak paste gambar tak bleh lagi la, gambar2 seme dalam camera hubby den lak guna camera utk kerja dia. So aku citer je lah serba sikit.Family Day office aku weekend aritue, hajat hati nak cite semalam, tapi pepagi buta dapat berita sedih terus hilang idea aku nak menulis dalam blog aku nieh. Hari Sabtu pagi aku keluar dari rumah dalam pukul 7.30. Kononnya aku nak sampai awal la kat sana, ha lupa pulak family day company aku nie buat kat Swiss Garden, Damai Laut, Lumut.
Tempat memang cantik, tapi sayang la, byk lalat aku pun tak tau aper yang dikejo lalat-lalat tue kat swiss garden tue. Tang nyamuk so far tak de la. Lalat tue yang tak tahan tue. Sabtu pagi bertolak sampai kat R&R Sg. Buloh dalam pukul 8.30. Bawak seselow je la, tunggu geng opis ingat nak konvoi, dekat kul 9.30pagi still tak bertolak lagi. Sampai jek member tue dia suh jalan dulu. So asal tiga kereta jadi dua kereta. Sempat gak la aku belikan spek mata utk kenit tue. Sakan dia bergaya suka bebeno dia pakai spek mata tue. Mahal gak la... dekat doplo hengget. Mak dia pun tak ada spek itam. Siap bawak 'baby' dia bagai, takut kang malam karang tak leh tido kalau tak der 'baby' dia. Wan dia la tue belikan 'baby' kat toys r us. Tunggu omak ngan bapak diyo, lambat la aku target nak present kan beskal masa besday dia sok.

Dah nak sampai Sitiawan, tetiba aku teringat sehelai tudung pun aku tak bawak rupanya. Padahal aku dah siap gosok dan gantung malam sebelum tue. Menjerit jugak la aku dalam kereta. Takkan la aku nak pakai tudung yang aku pakai masa pegi tue sampai dua hari. Adoi la. Ajak hubby singgah pekan Sitiawan kejap. Mujur la aku familiar kat Sitiawan tue iye ler belajor kat ITM Manjung dua tahun setengah, expert la sikit perubahan tak banyak la cam gitu jugak. Kedai tudung tue still ada lagi kat area Fajar tue. Syukur, terbang lagi duit aku beli tudung dua helai dekat tiga puluh hengget gak la. Aku malas nak memilih bebeno, kang bising hubby den dlm keto. Selesai bab tudung, kita orang bertolak. Member yang ikut konvoi tue aku dah awal2 lagi suruh jalan dulu.Kita orang sampai kat Damai Laut tue dalam pukul 1.30 petang la, sampai2 aku tengok oreng jek seme. Eheh, AJK dah siap2 pakai t-shirt utk telematch nanti. Aku AJK gak tapi kat sana satu hapah pun aku tak buat keje. Ekekek baik punyer AJK nasib ler... ada sejarah malas nak citer biyau ler..
Rupanya geng yang ikut konvoi tue tak sampai2 lagi. Hubby den telepon tanya kat mana, sesat dekat setengah jam rupanya dia orang tue. Ahakssss, kita orang yang siap shopping sampai dulu depa tak sampai2 lagi. Sah dia orang nie ikut signboard Lumut. Check in pegi makan dulu, lapor gilerrrrr. Masuk bilik mandi tukar baju pakai keluar balik join telematch. Izzati time tu pulak nak tido, tak dapat mummy dia nak join telematch. Tidur la dia kat pangku. Abie dia sorang je lah yang join, sib baik menang. Seronok tengok first time izzati duduk atas pasir pantai. Eheh padahal makcik sorang tue kotor sikit pun tak bleh. Kali nie nasib ler, ajau jugak dia main pasir sesikit. Tapi dok la terbaring kat riba mummy dia nie sampai naik lenguh peha.
Malam tue ada la dinner bbq, sekali ngan karaoke contest. (aku dah malas nak cerita dah nieh dah lenguh tangan...wakakakakak). Masuk gak la contest tue, habis jek nyanyi aku terus balik bilik. Izzati dah meragam. Keletihan agaknya, tidur pun tak selesa siang tadi nyer tue. Dalam pukul 11 malam tue aku keluar balik nak collect hadiah lucky draw. Hubby dok jaga izzati yang dah tidur. Jumpa dak-dak opis seme kata tahniah, awatnyer..ghupernya aku menang karaoke dapat no. 3. Ahakssss jadi lerrrrrrr dari tak der langsung.Lucky draw dapat la blender..aper aku nak buat ngan blender nie...kat rumah dah ada...dapat vcd player sedap sikit ahakssssss.
Tengok bebudak sambung karaoke, aku pun layan la satu dua lagu, pastu balik bilik. Sian lak hubby sengsorang.
Esoknyer tue Izzati pecah rekod, tak penah2 dia tidur sampai kul sembilan kul sembilan pagi baru dia bangun. Mak pak dia pun lajak tidur gak. Bangun-bangun siap mandi bagai pegi breakfast. Abie dia pegi berenang kat swimming pool, aku bawak Izzati tengok pertandingan mewarna. Dia pun sama nak jugak mewarna. Sukati la Izzati woi, dari elok duduk terus meniarap pastu bangun balik, sudahnya boring dia mengacau orang. Gambo-gambo nanti aku paste. Makan tengah hari ahad tue, kita orang terus check out, singgah pekan Lumut kejap cari makanan kering nak bawak office. Pecah rekod betul2 turun beli tak sampai setengah jam pun pastue terus lari masuk keta sebab dah nak hujan.Sampai rumah dekat kul 6.30 petang gak la.
Okey ler kan, sekali sekala pegi bercuti. Tenang gak fikiran. Kalau tak ngan perut-perut boyot aku pegi family day tue, tapi nak wat camne kan.....key lah aku try paste gambar2 Family Day kita orang nanti.... orenggggg jekkkkk.... chiowww bebeh...