Tuesday, December 27, 2005

Kenangan Lalu

Arrgghhh!! Pagi nie aku terlambat nak pegi kerja. Hajat hati nak naik LRT jek, tapi dah lama terpaksa la aku pegi kerja naik kereta jugak. Izzati pulak wat hal tak mo naik kereta ngan abie dia nak naik kereta ngan aku. Terpaksa la pulak aku bawak Izzati pegi rumah pengasuh dia.

Khayal lagi aku pagi nie masa pergi kerja. Dengan hujan renyai-renyai nyer macam nostalgik jek rasa. Tetiba aku macam teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu. Walhal kat ERA pun bukan nyer citer pasal kenangan dulu tapi cerita pasal siapa-siapa yang pernah dapat bonus.

Aku dulu sekolah menengah agama. Aku dari tingkatan 1 sampai ler ker tingkatan 5 tak pernah satu kelas dengan pelajar lelaki. Adatla kan sekolah agama, lelaki dan perempuan mana boleh satu kelas. Masa sekolah menengah dulu, kalau ustaz / ustazah nampak la antara pelajar lelaki dan perempuan berbual perkh... kecut giler beb, rasa macam buat salah besar jek gitu.

Bila bertegur sapa antara lelaki dan perempuan pun kat sekolah tue rasa macam pelik jek. Apahal la boleh rasa pelik pun tak tau. Iyelah walaupun ramai pelajar kat sekolah tue tapi kita orang nie dah macam terdidik. Lelaki dan perempuan tak boleh jumpa tak boleh bertegur. Tapi tue ler..yang tak boleh tue la sibuk jugak nak buat.

Aku ingat lagi, masa birthday aku, kebetulan hari sabtu dan hari tue turn pelajar perempuan yang dibenarkan keluar ke bandar. Aku memang standard la kan kalau dah memang turn studen perempuan keluar tue aku mesti keluar punya bosan weh duduk asrama. Entah macammana aku pun tak tau la dari mana student lelaki nie tau birthday aku, nak keluar ke bandar tue mesti lalu depan hostel lelaki. Tetiba aku dengar ada orang nyanyi lagu Happy Birthday, tak pepasal satu hostel lelaki tue bergegar dengan lagu Happy Birthday, mak aii malunyer aku. Ni mesti gara-gara mamat sorang tue ler..konon-konon peminat aku ler tue. Ahakss..kelakar pulak bila kenang-kenangkan balik.

Tapi tue la kenangan yang tidak boleh ditukar ganti. Aku fikir kalau aku jumpa kawan2 sekolah tengah jalan pun, memang aku tak kenal. Dah lebih sepuluh tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Tapi kenangan tetap segar dalam ingatan.

No comments:

Post a Comment

please be nice to me