Tuesday, December 20, 2005

Buku Cerita

Assalamualaikum

Lama betul rasanya tak update dalam blog aku nie. Bukan tak sempat, la nie aku kene hati-hati nak online internet kat office, maklumlah muka aku dah kene mark, tengah tunggu memo jek dari HR nie. Ekekekeke..tak pepasal la pulak.

16 December 2005

Keje hari nieh, lunch time aku ikut klik aku pegi KLCC. Dia nak carik buku cerita, dah hantu Judith McNaught dah minah tue. Aku pun hantu jugak tapi rasanya semua buku cerita si Judith nie aku dah baca except for the new one la. Aku tengah baca buku cerita Someone to Watch Over Me. Alang-alang pegi keje naik LRT nie boleh la layan buku cerita nie kejap. Aku tak tau la zaman bila habis buku nieh. Dulu boleh la bujang-bujang, sampai bersengkang mata tak tido malam nak baca buku cerita jek. Minah tue beli dua buku si Judith nie, sakan shopping buku. Aku pun dah alang-alang sampai kat Kinokuniya nie aper lagi take advantage jugak la dok survey buku-buku cerita melayu. Sudahnya.... tara...tiga buah buku aku dok borong.

First time aku nak cuba baca karya Ramlee Awang Murshid latest book of him Bagaikan Puteri. Second book my all time fav. author Sharifah Abu Salem the Tiada punya trilogi, latest book Tiada Lagi Mimpi, last one dari Nia Azalea Seredup Kasihmu, tiba-tiba aku terasa aku dah baca pulak buku nieh. Tak per aku rasa habis baca cerita Someone to Watch Over Me aku akan baca buku dari Nia Azalea nieh. Kalau dah penah baca dan dah pernah ada aku bukak nak jual la. Ahaksss... punya la lama tak baca buku cerita sampai lupa koleksi buku cerita aku ada ke tak der.

No comments:

Post a Comment

please be nice to me