Hari nie aku rasa macam tak de mood jek, sepanjang pagi tadi driving pegi keje kepala otak aku dok khayal jek, mujur sampai opis kalau tak sampai sepital kot. Aku pun tak tau aper yang buat aku rasa macam bad mood jek pagi nieh.
Takkan sebab aku selsema nie kot. Tetiba pulak asik nak terbersin jek pulak pagi nieh ngan hidung tersumbat, hopefully by noon okey la flu aku nie selalu cam gitu la pagi jek beria-ia bawak ke petang okey dah.
Nak cerita aper yer, Izzati pagi tadi bangun-bangun tidur menangis, sampai tersedu-sedu. Aku pun tak tau kenapa. Puas dipujuk tak mo jugak. Mmm cerita pasal anak nie, babysitter anak aku semalam di sahkan ada kanser dalam rahim dia. Terperanjat jugak aku. Iyelah selalu aku dengar dia sakit kat bahagian kepala jek. Memang doktor kata dia ada tumor kat kepala tue. Aku tanya jugak dia penah ker dia rasa sakit kat perut ker haper ker. Tak pernah pulak. Tetiba dia muntah di sertai dengan darah keluar kot hidung jugak. Pergi hospital doktor kata confirm dia ada kanser kat rahim. Semalam Izzati duduk umah Ibu dia, sebab Wan dia tak der nak jaga sekejap sementara babysitter dia pegi hospital.
Bila fikirkan pasal penyakit babysitter anak aku nieh, buat aku terfikir. Boleh ke dia jaga anak aku. Kanser nie bukan penyakit batuk ngan selsema jek makan ubat dua tiga hari terus baik. Aku pentingkan diri sendiri ker. Aku kesiankan dia jugak, sakit mampu ker nak jaga anak aku satu hari nanti. Sekarang nie dia okey la, one fine day sok. Kalau tetiba dia rebah kat rumah tak de saper kat rumah, aper jadi dengan anak-anak kecil yang dia jaga. Hish seriau jugak aku bila fikir. Aku memang kesiankan dia, sumber pendapatan dia memang hasil dari dia jaga budak-budak nie lah. Kalau aku tarik anak aku bagi orang lain jaga, hilang satu punca pendapatan dia. Tapi keselamatan anak aku pun aku kene fikir jugak.
Kesian, anak dia yang paling kecik baru nak masuk tingkatan satu tahun depan. Yang besar still lagi belajar kat universiti. Banyak perbelanjaan yang dia nak kene tanggung. Kanser nie penyakit orang kaya, tapi byk kene kat orang susah. Kanser?? Ngeri aku dengar ngeri jugak aku nak menaipnya.
No comments:
Post a Comment
please be nice to me