Assalamualaikum
Tiba-tiba aku rasa macam malas nak buat keje. Bukan hari-hari malas ke? eheh. Sementara idea tengah datang nie aku lari kejap pegi blog aku nih. Aku nak buat azam baru hari-hari nak update blog, boleh gitu??
Hari nie gempar kat surat khabar, heboh satu malaya mengatakan Yusri ngan Erra dah tak tinggal sebumbung lagi dah. Depa buat press statement. Aku tak baca sangat pun cuma terdengar kat radio Era tadi. Wah terkejut jugak aku, wedding of the year tahun 2003 boleh end up macam nieh. Aku cuma mendoakan agar perkahwinan dia orang takkan berakhir dengan perceraian.
Korang suka tak dengar cerita pasal artis-artis nie. Hari nie heboh aku ngan kawan-kawan aku kat office. Lepas tue siap beremailan lagi ngan kawan-kawan aku yang lain. Mula-mula cerita pasal Erra & Yusri, tetiba aku dapat tahu, rupa-rupanya pengacara wanita yang kene tangkap basah haritue Nur Farahin Jamsari. Allahu'alam aku sendiri pun tak tau akan kesahihan cerita nie. Nanti aku beria-ia kata betul, sekali tue orang lain. Tak ke mendatangkan fitnah namanya.
Cerita pasal fitnah nie, berbalik pada artis2 kita kat malaysia nie kan, korang rasa cerita-cerita buruk pasal dia orang tue betul atau tidak. Iyelah kita nie macam-macam kita dengar. Orang tue ada anak luar nikah, orang tue hisap dadah, orang tue macam gini orang tue macam gitu. Korang rasa korang percaya atau tidak? Aku dulu memang mudah nak percaya cerita-cerita begini. Iyelah statement tue di datangkan sekali dengan ayat-ayat pengukuh macam, "kawan aku nampak sendiri." "Alah, pakcik aku selalu nampak dia macam tue". "Iyer, minah tue memang cam gitu, kawan aku satu sekolah ngan dia dulu." Nak percaya ke tidak bila dengar cerita di datangkan sekali ngan statement-statement pengukuh tue.
Dengar cerita buruk nie memang sedap kan. Seronok jek dengar, tapi bila umur makin meningkat dewasa nie tanpa ada pengaruh sesiapa pun aku terfikir. Betul ker cerita-cerita yang kita dengar tue 100% betul ataupun sekadar penyeri ataupun malapetaka dunia hiburan nieh. Apa-apa pun bak pepatah orang tua, tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata, ataupun kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.
Punca cerita2 buruk timbul mungkin datang dari sikap artis tu sendiri. Alah Mawi yang orang kata baik tue pun macam-macam cerita kita dengar. So pokok pangkal berbalik jugak pada kita, samada kita nie mudah nak percaya ataupun tidak. Bagi aku, kalau ada bukti kukuh mengatakan dia orang tue bersalah baru aku percaya, tapi kalau setakat statement2 yang aku sebutkan di atas tue, susah aku nak percaya. Fitnah tue lagi teruk dari membunuh errr betul ker ayat aku nieh.
So kita sendiri la nak kene fikir-fikirkan. Tepuk dada tanya selera. Gossip memang best ntah betul ntah tidak tak tau la, sib baik aku tak sempat jadi artis, ekekekekeke ada hati jugak tue.
No comments:
Post a Comment
please be nice to me