Sunday, January 8, 2017

Catatan.... Iqhram Darjah 1


Salam

How time flies.... tahun 2017 Iqhram dah pun naik darjah 1, rasa rugi sangat pulak tak journalkan masa dia tadika.  Kalau tengok Instagram Mummy_Imah macam-macam peel dan kelaku masa dia tadika.

Ya anak-anak Mami tadika masa umur 6 tahun, 5 tahun still golek-golek tido lagi kat rumah main tengok tv.

Okey la kita citer Iqhram Muammar b. Hisyam naik darjah 1 lah.

Iqy excited sangat bila tahu dia nak sekolah.  Start cuti sekolah jek hari hari dok tanya bila Iqy nak pergi sekolah abang, bila Iqy nak pergi sekolah abang.

Mami pun tak penat-penat la cakap lama lagi.  Bila dah tanya bila nak pergi sekolah tanya lagik bila nak beli barang-barang sekolah





Bila dah siap-siap belikan baju sekolah dan kasut sekolah tengok lah, hari hari dia try kasut sekolah tu dok merayau2 dalam rumah dengan kasut sekolah. Memang excited sangat tengok keadaan Iqy ni. dah boleh pakai kasut sendiri dah, celik mata bangun tido, pakai kasut sekolah.


Mencuba baju sekolah bila lepas beli.... tak sempat-sempat.  Rambut panjang lagi masa ni. Ceria betul muka.



Ambik gambar ngan kakak dan abang.  Nampak tak bongsu belakang tu, merajuk...ajak ambik gambar sekali tak nak. Ye la semua orang ada baju sekolah dia jek tak ada.  Nanti Iwan lagi dua tahun iwan pegi sekolah ya sama ngan semua orang.



Hari orientasi di masa 31hb December 2016.  Masa nak pergi sekolah ni dok membilang hari tak habis-habis.  Muka seronok sungguh. Bangun pagi senang sangat. Itupun abang yang kejut.  Bila hari baru tahun baru masing-masing memang excited sungguh nak mulakan alam persekolahan.



Ambik gambar ngan Abang.






Hari persekolahan sebenar pun bermula.  Since last year, ibu bapa dah tak boleh naik kelas dah. So Mami tak leh nak ambik gambar Iqy dalam kelas.  Masa hari Orientasi Mami dengar taklimat kat dewan. Kakak yang temankan Iqy kat kelas.  Lupa Mami nak suruh kakak ambik gambar Iqy dalam kelas.

First day sekolah seronok tengok kanak-kanak darjah 1 ni. Comel-comel belaka. Macam mana la Cikgu-Cikgu Darjah 1 ni mengajar budak2 ni ya.  Comel sangat tengok dia orang. Macam-macam peel, macam-macam kelaku.

Mami risau Iqy waktu rehat jek, sebab Iqy tak penah lagi nak beli apa-apa sendiri. Nak nak rehat dengan abang-abang, kakak-kakak besar kat sekolah tu takut berebut tak sempat makan jek nanti.  Tengok gaya dia rehat pass dah, tapi macam tak kena selera tekak dia.  

Hari kedua Mami bekalkan sosej dan air, second day air bekal tertumpah, basah buku-buku tulis. Muka monyok, oh Mami masa second day tak dapat nak tengok dia, Abie take over tengok dia masa rehat.  Mami kena prepare food pack order untuk orang (will blog about this some other time). Sosej makan dua ketul jek. Itu pun kenyang sampai balik. Tapi balik rumah nampak spaghetti mintak makan sampai dua kali tambah, hehehehe...

Hari ketiga Mami temankan Iqy pagi sampai masuk kelas, itupun dia dah request Mami tunggu la Iqy, hari kedua bila Mami cakap Mami tak leh tunggu muka dah monyok bibir dah mencebir.  Alahai, Iqy kan biasa sekolah. Monyok habis muka, okey Mami janji tunggu Iqy masa rehat.  So rehat Mami turutkan Iqy kat sekolah tengok dia makan semua.  

Hari keempat, Mami cakap ngan Iqy Mami dah tak boleh tunggu Iqy dah Iqy kena belajar sendiri semua. Abang ada, pagi-pagi abang leh tolong Iqy pergi beratur kat kelas Iqy.  Masa rehat Iqy makan bekal Iqy elok-elok ya.  Tiga hari bawa bekal duit belanja memang tak luak. Simpan, nak beli basikal katanya. Ok kita tengok ya.  Kita tengok Mami mampu tak nak buat bekal hari hari utk Iqy ngan Abang ahaksss..

Complete seminggu sekolah tak ada adegan-adegan drama berat-berat Alhamdulillah, Mami harap berterusan esok start minggu baru hari baru, Iqy memang kena independant kat sekolah.

Mami harap sangat semangat Iqy nak ke sekolah berterusan sampai hujung tahun, dah tak boleh nak ponteng sesuka hati dan tak boleh malas-malas nak pergi sekolah. Iqy kena belajar tido awal setiap hari.

Complete seminggu lapuran sekolah Iqy, tu la sementara Mami tak lupa baik la Mami blogkan siap-siap.  


Doa Mami sentiasa mengiringi anak-anak Mami....







No comments:

Post a Comment

please be nice to me