Sunday, January 8, 2017

Catatan.... Selamat Datang 2017

Assalamualaikum

Harini dah 8 haribulan dah pun, baru nak cakap Selamat Datang 2017. Dalam masa 8 hari ni macam-macam pun boleh jadi. 

What happen to last year... Ya Allah cuma ada satu entry jek untuk tahun 2015 and 2016 langsung tak ada entry.  Teruknya lah..

Tahun ni konon-konon berazam nak rajin-rajin update blog. Rajin-rajin nak mengarang.  Semalam petang ada masa dok browse balik entry-entry lama.  Alahai... paling kesian Iqhwan my youngest son entry pasal dia sikit sangat.  Kalau tengok kat facebook or instagram memang banyak la gambar-gambar dia. Tapi nak diblog kan sikit sangat.

Tak sangka rupanya blog ni dah lama, Mami start since 2005 berblog. Sayangnya kalau dibiarkan sepi, rugi betul 2015 dan 2016 langsung tak ada entry.  

Banyak kisah anak-anak yang tidak dijournalkan.  Ini la bekalan dan bacaan untuk dia orang bila dah besar nanti.  

Masa browse entry-entry lama semalam Mami ajak anak-anak tengok sekali.  Seronok kanak-kanak ni tengok gambar lama-lama masing. Tapi banyak juga gambar2 yang tak leh access, tak tau kenapa.

Tahun ni Izzati Maisarah dah naik Form 1, UPSR dia... Alhamdulillah, Mami tau tahap dia macam mana, dapat result tu memang syukur sangat.  Dia pun dapat sekolah dekat jek ngan rumah.

Tahun ni jugak Iqhram Muammar darjah 1.  Alahai macam tak percaya jek dia dah naik darjah 1, Mami rasa dia masih baby jek. Sweet baby Mami.

Iskandar naik darjah 4, Allah darjah 4 dah Abang... how time flies, Iqhwan 5 tahun.....fuh...dan ya..umur Mami pun makin meningkat.

I will blog about them frequently after this...hopefully tak ada la hangat-hangat chicken shit kan.  

Entry pertama no picture.  I have to blog about Iqhram first day in school. Have to...sebab Kakak dan Abang dia ada entry first day school dalam blog ni.

Till then peeps...... please wait for my next entry....





 

No comments:

Post a Comment

please be nice to me