Salam
Waktu malam bila free dan laptop tak dikonker oleh kanak-kanak riang kat rumah ni baru la boleh Mami nak update blog. Tak kisah la, masih mencari momentum untuk rajin-rajin update blog.
2017 Izzati menginjak remaja, dah naik tingkatan 1. Bila browse entry-entry lama yang dari tahun 2005 tu, macam tak percaya Izzati dah besar, dah remaja. Tengok entry-entry lama, macam Izzati masih baby lagi pada Mami.
My mistake, tak habis2 nak ungkit pasal tak update blog kan...rupanya banyak sangat benda yang boleh diblogkan tapi Mami suka direct upload ke Instagram jek
Graduation Day Kakak last year, seronok budak-budak sekarang, graduate sekolah rendah macam graduate kat universiti kan. Dulu-dulu zaman Mami tak ada pun, habis sekolah habis gitu jek, habis kuat pun jamuan buat kat kelas, potluck. Nowadays, kids sangat-sangat beruntung (mind my bahasa hehehehe)
With all my munchkin, Abie tak ada sebab tuntutan kerja. Anak 4, Mami harap Mami dipanjangkan usia untuk melihat anak-anak Mami graduate sampai universiti (Insya Allah).
Terasa betapa remajanya anak perempuan Mami ni. Ni masa dia nak pergi dinner kelas dia. Yerp, dinner okey. Buat kat clubhouse lagik, siap ada tema masquarade party gitu. Bila tau ada dinner tu dan siap ada tema tu, Mami yang pening kepala apa nak bagi Kakak pakai baju. Sampaikan topeng tu pun Mami pening tak tau nak carik mana.
That dress was my dress that I wore almost 15-16 years ago, masa tu umur Mami 20an okey, Kakak 12 tahun dah boleh pakai that dress, nampak sangat baju tu mengecik hahahahaha. Mujur masih okey dan masih elok. I love that dress, sebab Mami yang bagi bayangan kat tailor macammana Mami nak dress tu, kira macam Mami design sendiri la dress tu. Now, Kakak dah boleh pakai so jadi Kakak punya la dress tu.
Sekarang Kakak dah naik Tingkatan 1, tengok la kelaku dia masa first day nak pergi sekolah. Mami nak ambik gambar dia, macam-macam posing dia buat.
Yup Mami memang garang kat Kakak, Kakak asik la kena marah ngan Mami. Kakak la selalu kena bebel ngan Mami walaupun sebenarnya bukan salah Kakak pun. Tapi we can be bestfriend ever. Sekarang Mami boleh nak cerita macam-macam dengan Kakak. I need to be her friend, her bestfriend so that she can tell me everything.
Dah naik remaja ni, Mami risau sebenarnya. Bila hantar Kakak pergi sekolah, tengok budak-budak lain yang dah besar ni, Mami risau teramat risau. Risau pasal pergaulan Kakak, risau pasal kawan-kawan Kakak, oh Mami sangat-sangat risau.
Masa sekolah rendah Kakak pun dah start nak 'hangout' ngan kawan-kawan but of course Mami susah nak lepaskan Kakak, tapi sampai bila. You still my baby and my only princess alahai, risau.
Nampaknya Mami kena start to let go, but not totally letting go, macam main layang-layang, bila rasa jauh kena tarik pelan-pelan dekat dengan kita.
Mami cuma harap anak Mami tak besar-besar.....ehhhhhh.... hahahahaha....
شركه مكافحه حشرات بالرياض
ReplyDeleteشركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
شركة مكافحة الصراصير بالرياض
شركة مكافحة الفئران بالرياض
شركة مكافحة النمل الاسود بالرياض
شركة مكافحة بق الفراش بالرياض
شركة رش مبيدات بالرياض
شركة رش دفان بالرياض