Pages

Tuesday, September 7, 2010

Catatan....Iskandar tak merasa ada datuk dan nenek



Tengah-tengah dok layan FB..... bila kawan tanya pasal mak mertua haku tetiba aku teringat... iyer.. Iskandar tak pernah merasa ada datuk dan nenek.

Wan dia yang pun tak sempat nak tengok dia. Dua minggu sebelum dia dilahirkan, Wan dia meninggal dunia.

Iskandar tak pernah kenal pun atuk, wan, tok wan, tok dia.... semuanya dah meninggal dunia. Iyer aku ngan laki aku kiranya yatim piatu.

Kesian Iskandar kan, tak pernah merasa macammana bestnya ada atuk dan nenek nieh.

Izzati dia dapat merasa jugak dengan Wan dia. Macam-macam dia dapat rasa, tapi Iskandar tidak. Iyelah walaupun dia kecik lagik tak tau apa-apa tapi ralat di hati terasa jugak.

Orang kata, sayang anak dengan sayang cucu ni kan lain. Sayang cucu lebih lagi dari sayang anak.Nak nak raya nie lagi la macam-macam agaknya dia dapat kalau Wan dia ada.

Hmmm tetiba aku rindu dengan arwah ayah dan ibu. Dan sebenarnya aku pun hanya dapat merasa kasih sayang seorang nenek sahaja.








No comments:

Post a Comment

please be nice to me