Tuesday, September 7, 2010

Catatan....Syukur


Sebenarnya aku nak letak quote aku in kat FB...tapi cam panjang la pulak...so baik la aku buat kat blog aku jek memandangkan tak ada entry yang nak ku updatekan.

Kadang-kadang kita rasa kita la manusia paling malang kat dunia ni
Tapi sebenarnya ada yang lebih malang dari kita

Kadang-kadang kita rasa kita la manusia paling miskin hina dina kat dunia
Tapi sebenarnya ramai lagik yang susah dari kita yang kadang-kadang sampai terpaksa kais sampah utk makan

Kadang-kadang kita rasa tak pernah cukup dengan nikmat yang Allah dah berikan
Walhal ramai lagik kat luar sana tue yang hidup bergelandangan yang tak tau akan datang hidupnya macam mana...

Ya Allah hindarilah hati ni dari menjadi gelap
Basahkan lah lidah ini dengan lafaz kesyukuran atas nikmat mu

Kenapa tiba-tiba aku jadi cam gini yer...entah lah...
Memang aku pernah di duga dengan dugaan-dugaan yang aku rasa aku tak mampu nak tangani...

Tapi bila aku baca suratkhabar, tengok tivi, masuk blog blog orang, aku bersyukur sebenarnya walaupun aku susah tapi sebenarnya aku tidak lah sesusah mana.

Kalau nak dibandingkan dengan orang lain.

Aku masih ada tempat utk berteduh
Anak-anak masih cukup makan pakai
Walaupun sesak aku masih mampu utk menyediakan keperluan utk anak-anak walaupun tidak semewah mana...

Dikala orang lain dalam kesusahan kenapa aku nak kene mengeluh dan merungut
Astaghfirullahal'azim.....

Kadang-kadang aku terlupa nak bersyukur.....
Kadang-kadang aku terlupa rupanya ini semua adalah satu tamparan peringatan kepada diri aku.....

Aku berharap hati aku tidak hitam
Aku berharap hati aku tidak berpaling
Aku berharap aku tidak lupa jasa-jasa orang yang selalu menolong aku dikala aku kesusahan
Aku berharap aku tidak lupa diri...

Syukur pada Mu Ya Allah.....

tetiba terasa nak jadi sentimental pagi nieh.....




No comments:

Post a Comment

please be nice to me