Sebenarnyakan aku ada buat satu blog pasal review novel, tapi tak pernah nak reveal kat sini. Masalahnya blog tue cam jadi projek gajah putih ehehehehehe....tak per...akan di aktifkan sedikit masa lagik dah aktif pun cuma baru 4 ketul buku yang aku review.
Aku mengikuti novel Siti Rosmizah nie dari novel pretama dia Andai Itu Takdirnya. Lepas tue novel kedua dia Cinta Kau dan Aku. Dedua buku tue memang attract aku sangat-sangat. Memang bila aku dah baca susah aku nak lepaskan.
So bila aku tau Siti Rosmizah ni ada buku ketiga, aku memang tak sabar-sabar nak baca. Well buku ni hanya boleh di dapati di kedai buku POPULAR sahaja yer....kedai2 lain tak ada. Or boleh beli online KAT SINI opps nampaknya tempahan online tengah ditutup pasal kehabisan stok...huhuhuhu..katanya buku ni bestseller kat Popular Bookstore....
Sedikit sinopsis belakang buku
Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
Penerbit : SR Publication
Harga : RM26.90
Komen haku baca buku nie..... bestttt.... keje haku baca buku nie ketawa, nangis, ketawa, nangis..dalam nangis pun aku leh ketawa..... okey la..sapa-sapa pernah baca buku Siti Rosmizah ni tau la camner intipati novel novel dia kan..camner olahan dia...
Tapi...ada gak tapinya...... citer ni pasal konflik keluarga kan...so bila dah masuk part dah okey semua ahli keluarga....ku ada sedikit boring la.....tapi its still a worth book to read...(utk aku lah yer...).... buku ni tebal hoccay....816 muka surat hoccay.....
Aku suka part gaduh Tengku Ryan ngan Tengku Aqilah jek.... lawak....ehehehehe.... nak tau ending...well cam Kakak Zel korang ler..aku tak ada service bakar membakar..photostat memphotostat sila beli sendiri...ehehehhe...
aku pun dah baca, memang best citer dia...byk aku belajar dari penulis berpengalaman seperti dia.
ReplyDeleteaku punya novel tak nak komen ke?
ler...aku dok pk saper la irish nieh..sabo je lah haku ko nie liza...aku dah beli dah buku ko...insya'allah nanti aku komen ehehehehe....
ReplyDeletenak cari gak ler..
ReplyDeletenovel andai itu takdirnya memang mabeles!
habes bengkak2 mata dok baca buku tu :)
hahahah mak dara..memang pun..dinasihatkan jangan baca ketika di dalam public transport..haru biru nak control airmata....
ReplyDelete