Pages

Thursday, October 22, 2009

Catatan.....Terluka, Dilukai, Melukai





~~Hurt ~~

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were, but I walked away
If only I knew what I know today, ooh, ooh

I would hold you in my arms, I would take the pain away
Thank you for all you've done, forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do to hear your voice again
Sometimes I wanna call you but I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye when it comes to this, ooh

Would you tell me I was wrong? Would you help me understand?
Are you looking down upon me? Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do to have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, oh

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you
Since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you


Assalamualaikum,


Intipati entry kali ni tak ada la kene mengena pasal lagu Christina kat atas nun. Mungkin ada la sesikit tapi tidak la keseluruhannya...anyway that song is nice.


Sebenarnya hari nie nak berblog pasal keperasanan diri, tapi entah kenapa tak berblog-blog lagik..esok je lah ek.... dah lama tak buat entry perasan sendiri dalam blog aku nieh...eh eh melalut lak..


Sebenarnya pepetang nie hati aku tersentuh dengan satu entry yang dibuat oleh Kakak Milo.... err dua tiga menjak nie tersentuh jek aku nie kan... entry luahan yang sangat panjang.... tapi aku baca...secara tak sedar airmata aku pun bergenang jugak.... 


Kak, saya memang sangat-sangat respek dengan dugaan yang akak lalui, kalau saya lah...wallahu'alam tak tau la samada saya sanggup nak harung ke tidak dugaan cam gitu.  


Macam yang pernah aku ckp dengan inche suami, aku tak kisah andai dia berniat nak pasang lagi satu. Macam kejam jek bunyinya kan...well kisah tak kisah aku ada syarat aku sendiri kalau dia boleh nak penuhi syarat2 yang aku letak..silakan lah.... bukan pasal nak kejar payung emas ker aper ker....tapi entah la.... aku pun tak tau kenapa aku boleh cakap macam gini. Iyelah tak terkena lagi boleh la ckp macam-macam....tapi bila dah terkena sok tak tau la pulak keadaannya kan....hopefully  kalau Abie ada orang lain terus terang jek...... Cakap macam tak sayang suami kan.... aku sayang suami aku....kalau tak sayang takkan aku boleh hidup dengan dia hampir 7 tahun.... dah macam-macam badai yang melanda....takkan sesenang itu aku nak lepaskan perkahwinan aku.... well i've got my own reason kenapa aku cakap macam gini....tak dapat aku nak terjemahkan dengan kata-kata...cuma hati aku sendiri jek yang tahu...


Cakap pasal orang ketiga nieh..... dulu-dulu masa zaman-zaman belajar....zaman-zaman bujang..aku cuma dengar jek skandal-skandal orang ketiga nie..... dan memang masa tue aku selalu cakap minta dijauhkan dari diri aku.  Alhamdulillah setakat nie aku masih belum diduga dengan kisah orang ketiga...tapi kawan-kawan aku pernah, sedang atau pun mungkin akan diduga dengan orang ketiga nie.  Kisah yang berbeza tapi keadaan yang sama.  Suami berubah hati kepada perempuan lain.  


Kadang-kadang aku terfikir, bila dengar dan baca cerita-cerita cam gini, aku pun masih tak faham kenapa perempuan masih setia menanti suami yang dah memang terang-terang berubah hati.  Macam-macam alasan diberikan, sayangkan suami, kesiankan anak-anak.  Mungkin aku tidak berada ditempat mereka dan aku tidak cukup memahami situasi yang dialami.


Tapi satu yang selalu aku cakapkan pada sahabat yang rapat dengan aku yang mengalami masalah ini.  Bahagia itu bukan terletak ditangan orang lain.  Bahagia itu terletak di tangan kita sendiri, andai kita pandai mencari bahagia itu, Insya'Allah....hati kita akan tenang dan aman.  Wah!! Cakap cam senang kan...tapi hakikatnya...hanya mereka yang merasai sahaja yang mengetahui.  


Andai sayangkan perkahwinan bertindak untuk membahagiakan diri sendiri dan suami.  Hmmm.... setiap orang akan melalui badai perkahwinan yang berbeza.  Aku sendiri diduga dengan dugaan dan permasalahan didalam perkahwinan, dan aku akui, aku belum cukup bijak untuk menangani dugaan yang melanda.


Dan aku juga tidak faham dengan sikap suami, walaupun hak ada ditangan mereka tidak fahamkan mereka dengan hati wanita yang sedang hidup dengan mereka.  Yang sama-sama membina keluarga.  Mungkin betul, manusia nak berubah sekelip mata.  Tapi....kenapa suami nie macam seolah-olah pandang sepi hati dan perasaan isteri.  Tak nampak ke pengorbanan yang isteri tu lakukan.  Tak nampak ke kesusahan dan kepayahan isteri sama-sama menempuh badai perkahwinan. 

Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan.  Aku tak boleh nak salahkan sesiapa..setiap orang baik suami, baik isteri baik orang ketiga itu sendiri mempunyai perasaan untuk disayangi, dicintai dan mencintai.... bijak atau tidak kita  melayan perasaan itu terletak pada diri kita...


pada suami....isteri ni kadang-kadang tidak mintak banyak..cukup dihargai sebagai seorang isteri...hargai kasih sayang dan pengorbanan yang pernah dilakukan.... seandainya tidak dapat dielakkan....adil lah pada wanita-wanita yang menyayangimu....



pada isteri...andai pasrah....bukan isteri tidak boleh bahagia.....jalan sentiasa terbuka....bijak atau tidak bijak untuk kita mencari jalan penyelesaian...


pada orang ketiga..... perasaan memang tidak dapat dielakkan......perampas atau merampas..hakikat itu meamng perit untuk ditanggung.... cekal atau tidak....tepuk dada tanya iman..... jangan dinafikan hak isteri itu....



Dalam hal orang ketiga nie....pasti ada yang terluka..pasti ada yang melukai...dan pasti ada yang dilukai....


Aku amat kagum dengan mereka yang redha dan tabah menanggung dugaan sebegini..... Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar....



http://azimahas.blogspot.com





1 comment:

  1. Salam

    perkahwinan memang tak sepi dari badai. takut utk menghadapi. ntah mampu atasi atau tidak. Moga yg baik2 saja mengiringi hidup kita, amin.

    ReplyDelete

please be nice to me