Monday, October 5, 2009

Catatan....Bencana Alam

Assalamualaikum,

Hari ni terasa macam nak cakap hal serius, hhmm tak ada la seserius mana tapi kira serius la jugak.  So entry kali ini tanpa gambar.  Journal tanpa gambar pun rasanya kalau siapa-siapa yang rajin membaca harus tercapai jugak intipati yang kita nak sampaikan pada pembaca kita betul tak.

Macam yang kita tau, Indonesia baru-baru ni dilanda bencana alam.  Gempa bumi, tak dinafikan kesan gempa bumi pun turut di rasai kat sesetengah tempat kat Malaysia nih.  Tapi aku tak rasa pun, Abie rasa.

Aku cuma terfikir kalau lah Malaysia dilanda bencana cam gitu camne la agaknyanya kan.  Dua tiga hari nieh, bila baca suratkhabar, murah sangat rasanya airmata nieh.  Terutama bila melibatkan kanak-kanak.  Sayu sangat rasa hati. 

Aku tak leh bayangkan kalau musibah ni melanda keluarga aku. Nak nak pada anak-anak aku yang masih kecil. Macammana mereka menanggung kesakitan dan kesusahan waktu tu.  Tak sanggup rasanya nak fikirkan.  Fikirkan jek buatkan aku jadi sebak.  Bila fikirkan musibah-musibah yang melanda kat negara-negara lain, aku bersyukur sangat Malaysia tidak dilanda musibah-musibah macam tue.  Tapi tak mustahil, dunia nak akhir zaman nieh, satu hari nanti Malaysia dilanda musibah cam gitu.

Tengok je lah tsunami, banjir besar, hujan lebat, landslide yang terjadi kat negara kita.  Setiap apa yang berlaku pastu aku akan kaitkan dengan anak-anak aku.  Mampukan aku menanggung musibah-musibah ini jika ia melanda anak-anak aku... Nauzubillah hi min zalik... Ya Allah jauhkan lah segala musibah ke atas keluarga ku Ya Allah. 

Semoga rakyat Indonesia, Filipina, Vietnam, Samoa akan terus tabah menghadapi musibah ini.  Yang pasti rakyat Malaysia sangat prihatin walaupun jiran tetangga bersikap biadap pada kita.

hmmmm...


http://azimahas.blogspot.com



1 comment:

  1. Salam

    Memang betul. Malah kita memang kena insaf. Paling takut kita diuji dengan kesenangan. Takut ramai yang tak sedar.

    ReplyDelete

please be nice to me