Pages

Thursday, August 20, 2009

Catatan.....Luahan Hati

Salam,

Pernah tak rasa, yang kita ingin meluah rasa pada seseorang, tapi kita tak dapat nak lakukan atas sebab-sebab tertentu dan kita rasa terbeban dengan rasa yang kita pendam.

Pernah tak rasa, yang kita dah cukup terbeban dengan apa yang ada disekeliling kita yang kita ada hanya kesabaran yang tidak setebal mana.

Pernah tak rasa, andai sabar itu kian menipis, hati tidak mampu lagi untuk menanggung apa yang akan berlaku nanti.

Saya rasa sangat-sangat letih sekarang ini. Letih segala-galanya, hati seolah-olah tidak mampu untuk menerima, otak seolah-oleh tidak mampu untuk berfikir rasional, badan seolah-olah tidak sanggup menanggung beban keletihan ini.

Saya sangat-sangat memerlukan seseorang, tetapi mulut dan tangan saya terkunci.

Saya cuba untuk tidak mengeluh, saya cuba redha, tapi sabar saya kian menipis, hati saya kian kecil.

Hanya di tikar sejadah tempat saya mengadu.....

Astaghfirullahal'azim




4 comments:

  1. Mah...cari seseorang yg boleh menjadi pendengar setia....jangan pendam perasaan sorang-sorang....nanti diri sendiri yg merana....atleast kalau dah luahkan tu mah akan rasa lega sikit.... :-)

    ReplyDelete
  2. Mah..r u okay mah?
    be strong mah ekk.... semoga bulan posani semuanya bertambah baikk...

    ReplyDelete
  3. thank you..ramai dah msg, ym tanya...... terima kasih banyak2....

    ReplyDelete
  4. salam

    dulu antara yg saya buat ialah; tulis dikertas seolah2 dia akan membaca. kemudian saya hapuskan dia. semasa menulis itulah... saya rasa seolah-olah saya telah meluahkan kepada orang yg saya patut luahkan.

    semoga kembali bertemu sinar ketenangan.

    ReplyDelete

please be nice to me