Pages

Friday, May 22, 2009

Hunting Season is back!!


Eheheh apakah perburuan itu. Wallah inilah hasi buruanku di tengah hari Jumaat inieh.

Kasut-kasut yang ada memang semuanya sudah jahanam. Sandal semua sudah habis tercabut talinya or tapaknya or apa sahaja yang boleh tercabut.

Memandangkan aku sudah jadi pengguna setia pengangkutan awam, harus lah haku tidak boleh bervogeh-vogeh bagai dengan high heels.

So haruslah haku mencari kasut yang ala-ala selamat dan selesa utk kegunaan haku dikala memanjat tangga station LRT mahupun Komuter....



tinggi ker....dengan tapak sebegini bagi haku ketinggian kasut ini tidak terasa ditambah dengan kelembutan tapak amat lah selesa sekali...


dah lama nak cari kasut wedges, tapi tak jumpa yang berkenan dihati..adakah ini termasuk dikalangan kasut wedges???


dah la muka tembam kaki pun nak ikut tembam jugak...

maka dengan ini pada hari ini dipetang ini dengan bangganya saya akan menggunakan kasut baru ini. Selamat tinggal sandal-sandal ku yang lain...

Harga?? RM50.... untuk aku yang tak reti berbrand inieh bagi aku sudah cukup mahal dan aku harap tahan la dia lebih dari 5 bulan tidak seperti kasut-kasut ku yang lain yang RM10 sepasang maka jangka hayatnya hanya 10 hari sahajer...ngeh ngeh ngeh....


2 comments:

  1. kasut si izzati x beli ker??hehehe...

    ReplyDelete
  2. kasut izzati malam karang lerr kene dia ada baru tau size...

    ReplyDelete

please be nice to me