Wednesday, February 18, 2009

Trip to Phnom Penh - Part 3

Oh.... secara serius nya daku teramat-amat lah terlupa apa nama tempat ini.. Tues Long.. Tos Leng... lupa sangat-sangat..... anyway..pada siapa yang nak tahu sejara Regim Khmer Rouge / Pol Pot you all boleh visit this site http://www.historyplace.com/worldhistory/genocide/pol-pot.htm

Lepas melawat Killing Field, kami terus menujuk ke Penjara nieh. Tak banyak ambik gambar pun kat sini... kat sini Mummy / Aku lebih banyak abihkan masa membaca sedikit sebanyak sejarah yang ada. Dan kat sini ada beribu-ribu gambar tahanan yang telah diseksa dan dihukum bunuh...

Dan lagi sekali satu perasaan halus ada dalam diri. Sedih teramat-amat sangat bila tengok ramai kanak-kanak malahan bayi di bunuh sesuka hati tanpa ada belas ikhsan. Kalau tengok ilustrasi yang pelukis lukis cara-cara tahanan diseksa...mesti korang pun akan rasa sedih sangat. Satu gambar yang menyentuh hati aku (lupa pulak nak ambik gambar tue..) seorang wanita memangku bayinya. Mula-mula aku datang sini bersama-sama dengan Tourist Guide...aku tanyakan pada dia... apa yang terjadi pada mereka.... kedua-dua dibunuh.

Memang dalam Penjara nie, gambar-gambar yang dipamerkan semuanya dibunuh.

Antara penjara / tempat seksaan yang sempat Abie rakamkan. Batu bata tue merupakan sel-sel penjara. Kecik sangat tempatnya.... Peta tengkorak.... dan ada satu ilustrati menunjukkan tahanan diseksa. Syukur sangat-sangat kita bertapak di bumi Malaysia yang aman dan damai walaupun penuh dengan perbezaan pendapat. Sekurang-kurangnya kita...tidak hidup di zaman kekejaman Khmer Rouge nieh. (klik kat gambar kalau nak tengok dengan jelas)




No comments:

Post a Comment

please be nice to me