Assalamualaikum.....
Lama betul aku tak jumpa bestfriend aku masa kat ITM aritue. Lepas grad..lepas masing2 dapat keje....hari2 keje aku ngan dia memang bertelefon, bergossip dan update pasal diri memasnig... boleh kata perjalanan hidup antara aku ngan dia lebih kurang jek.....
Bila masing2 dah berumahtangga.... aktiviti-aktviti kita orang nie ala-ala slow jadinya..tapi masing-masing tetap update dengan kisah masing-masing....
Semalam....baru aku dapat jumpa dengan bestfriend aku nie lepas sekian lama tak jumpa. Tup tup aku dikejutkan dengan masalah rumahtangga dia. Ya Allah terkedu kejap aku.... nak komen lebih-lebih... aku pun baru mula hidup.....Kenapa ya lelaki tak pernah cukup dengan satu. Dan perempuan yang suka merebut hak orang lain nie apa la yang ada dalam kepala dia.
Aku memang kesiankan kawan aku.... anak anak kami lebih kurang jek sebayanya... tapi aku tak sangka dia boleh diuji denga ujian sebegini. Dan yang paling aku tak sangka hal hal cam gini boleh berlaku pada sahabat karib aku sendiri..... na'zubillah mintak dijauhkan berlaku pada aku.
Apa yang dia buat sekarang dia cuba dapatkan hak dia sebagai seorang isteri...sebab suami tue seolah2 tak anggap yang bini dia tue bukan bini....cam gelpren jek lagaknyer....
Pada sapa yang menjadi orang ketiga.....sanggup ker kita nie jadi penghancur rumahtangga orang..... Subhanallah....... fikir-fikirkan lah.....
No comments:
Post a Comment
please be nice to me