Allahyarhamah Hajah Seti Meriam
Iskandar Muammar
Memang dah terlalu lama aku tak catatkan apa-apa di dalam blog ini. Aku seolah-olah mungkir janji pada diri aku. Entahlah, waktu yang berlalu seolah-olah tidak mengizinkan untuk aku menceritakan apa-apa di sini. Hampir lima bulan aku tidak mencatat apa-apa dan lima bulan bagi setengah orang hanyalah sekadar sekejap cuma. Tapi pada aku lima bulan memberikan aku seribu satu macam peristiwa yang berlaku.
21hb April 2007
22hb April 2007
Abang adi, Alang datang rumah Angah seperti biasa. Ini lah rutin kami adik beradik setiap minggu. Lepas ibu keluar dari hospital, memang ini rutin kami melihatkan keadaan ibu di rumah Angah. Masa ibu kat rumah Abang Adi pun sama. Ibu hari nie aku lihat lemah berbanding semalam.
Malam sewaktu nak balik dari rumah Angah, tak seolah-olah berat hati nak bagi Abang Adi balik. Dan kelihatan dia selalu mengerang kesakitan diperut. Abie masih belum balik dari Kedah. Aku terpaksa menumpang Abang Adi nak balik ke rumah. Rindunya dengan Ibu bila la ibu dapat pulang ke rumah. Ibu harus sihat untuk melihat kelahiran cucu nya.
24 April 2007
Aku pergi kerja seperti biasa. Memang rasa badan semakin berat. Waktu ini kandungan aku telah pun masuk minggu ker 34 minggu. Sesungguhnya aku memang tak larat ketika ini. Rutin aku seperti biasa di pejabat. Tapi aku lebih banyak duduk dari berjalan.
Aku terima panggilan telefon dari Abie.
Hati aku berkecamuk. Airmata mengalir tanpa dipinta. Ya Allah, selamatkan la Ibu. Jangan la sesuatu yang buruk terjadi padanya.
"Imah, ko dah tau dah?" Aband Adi telefon
Aku masih buntu. Aku masih takut... Aku terus pergi surau menunaikan solat Zohor. Aku bacakan Yassin untuk Ibu sementara menunggu Abie sampai. Airmata tetap laju keluar. Aku tak dapat menahan esakan.
"Imah, balik Mah.... " Angah pula menelefon
Ya Allah apa yang sebenarnya telah terjadi. Aku masih takut untuk memikirkan apa-apa. Aku jadi bingung. Rakan ofis terus memujuk supaya aku bersabar. Sekiranya Ibu ditakdirkan tiada lagi aku sepatutnye redha.
"Apa yang awak fikirkan?" Aku hanya diam. Kebas, numb itu yang aku rasakan. Airmata tetap mengalir. Abie menggenggam tangan aku.
Sampai di rumah Angah aku seperti buntu. Tidak tahu apa yang telah berlaku. Saat aku melangkahkan kaki ke dalam rumah Angah. Aku lihat Along, Azzam, Azzem dan Nina anak-anak sedara ku telah siap berbaju melayu / kurung. Ya Allah, aku tetap gagahkan kaki.
Saat ku jenguk bilik yang menjadi peraduan Ibu, seolah-olah kaki aku tidak memijak lantai. Angah terus merangkul aku sambil menangis. Aku terus menangis dan menangis.
"Imah tak sempat jumpa Ibu.... Imah tak sempat jumpa Ibu....." Hanya ayat itu yang aku ulang-ulang.
Perlahan-lahan aku melangkahkan kaki menuju ke pembaringan Ibu. Alang terus memeluk aku. Aku terus menangis dan menangis. Aku mencium ibu semahu-mahunya. Aku menangis sepuas-puasnya. Ibu telah kembali ke Rahmatullah. Saat dia mengadap Ilahi hanya Angah berada di sisi. Kami yang lain tiada. Ralatnya rasa hati tidak dapat berada di sisi Ibu di saat-saat terakhir Ibu. Tidak redhakah aku dengan pemergian Ibu.
Aku lihat Ibu tersenyum. Tuhan, mampukah aku hadapi dugaan ini di saat aku mengandungkan cucu nya. Kenapa Ibu tidak tunggu sehingga dia menatap cucunya. Ya Allah andai ini dugaan Mu, tabahkan lah hati ini Ya Allah. Kuatkan lah hati ini. Tetapkan lah imah hambamu ini Ya Allah.
25hb April 2007
Ibu akan dikebumikan hari ini. Saat ibu dimandikan dan dikapankan aku tidak dapat menahan perasaan. Seolah-olah masih tidak percaya hati ini Ibu telah pergi meninggalkan kami selamanya-lamanya. Setiap yang hadir menghulurkan simpati terutama sekali aku bila mereke melihatkan keadaan ku.
Redha lah hati. Ibu tidak sakit lagi.
12 Mei 2007
"Macam sakit jek" Dr. Jamil bertanya bila aku pergi ke klinik untuk rutin check up.
Abie kelihatan gembira dengan kelahiran baru ini. Izzati seolah-oalh faham adiknya akan menemui kakaknya.
Aku juga gembira tapi juga sedih. Tiba-tiba hati teringatkan Ibu. Dah dua minggu Ibu meninggalkan kami.
Aku dimasukkan ke wad dalam pukul 11 pagi. Di induce untuk mempercepatkan proses kelahiran ini. AAah kali ini tak tertanggung sakitnya. Setiap kali contraction sakit segala urat dan sendi dbadan ku. Ya Allah, tabahkan hati ini kuatkan semangatku Ya Allah.
Bila bukaan rahim ku mencecah 6cm aku terus di masukkan ke wad bersalin. Saat dan ketika ini memang tidak tertanggung lagi rasa sakitnya contraction. Aku mohon maaf pada Abie dan minta dia redhakan segalanya.
Iskandar Muammar
Assalamualaikum,

Seperti biasa aku melawat ibu yang sekarang berada di rumah angah. Memandangkan Abie akan balik kampung menguruskan hal tanah dan badan aku yang semakin memberat, aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah Angah.
Ibu selepas pembedahan kelihatan makin lama makin kurus. Ibu bukan seperti yang aku kenali. Sedih melihatkan keadaan ibu. Bila doktor mengatakan ibu penghidap kanser, aku numb, tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Seolah-olah kanser itu satu death sentence.
22hb April 2007
Abang adi, Alang datang rumah Angah seperti biasa. Ini lah rutin kami adik beradik setiap minggu. Lepas ibu keluar dari hospital, memang ini rutin kami melihatkan keadaan ibu di rumah Angah. Masa ibu kat rumah Abang Adi pun sama. Ibu hari nie aku lihat lemah berbanding semalam.
Malam sewaktu nak balik dari rumah Angah, tak seolah-olah berat hati nak bagi Abang Adi balik. Dan kelihatan dia selalu mengerang kesakitan diperut. Abie masih belum balik dari Kedah. Aku terpaksa menumpang Abang Adi nak balik ke rumah. Rindunya dengan Ibu bila la ibu dapat pulang ke rumah. Ibu harus sihat untuk melihat kelahiran cucu nya.
24 April 2007
Aku pergi kerja seperti biasa. Memang rasa badan semakin berat. Waktu ini kandungan aku telah pun masuk minggu ker 34 minggu. Sesungguhnya aku memang tak larat ketika ini. Rutin aku seperti biasa di pejabat. Tapi aku lebih banyak duduk dari berjalan.
Aku terima panggilan telefon dari Abie.
"Ada sesiapa telefon awak tak"
"Tak ada kenapa?"
"Tak ada kenapa?"
"Mmmmm... Herry call saya, dia orang kata tengah emergency kat rumah Angah. Ibu pengsan"
"Hah!! camne nieh...."
"Saya kat Shah Alam. Awak tunggu lah nanti saya ambik awak kat ofis"
Hati aku berkecamuk. Airmata mengalir tanpa dipinta. Ya Allah, selamatkan la Ibu. Jangan la sesuatu yang buruk terjadi padanya.
"Imah, ko dah tau dah?" Aband Adi telefon
"Kenapa dengan Ibu?"
"Abang kalut lupa nak telefon kau, abang terus pegi sungai long. Macam mana ko nak balik?"
"Hisyam dah call kata nak ambik"
"Ok, ko tunggu lah"
Aku masih buntu. Aku masih takut... Aku terus pergi surau menunaikan solat Zohor. Aku bacakan Yassin untuk Ibu sementara menunggu Abie sampai. Airmata tetap laju keluar. Aku tak dapat menahan esakan.
"Imah, balik Mah.... " Angah pula menelefon
"Kenapa dengan Ibu....."
"Imah ko balik la Mah, jangan balik sendiri ko tunggu Hisyam" Suara Angah penuh dengan sedu sedan.
Ya Allah apa yang sebenarnya telah terjadi. Aku masih takut untuk memikirkan apa-apa. Aku jadi bingung. Rakan ofis terus memujuk supaya aku bersabar. Sekiranya Ibu ditakdirkan tiada lagi aku sepatutnye redha.
Abie sampai lebih kurang pukul 4 petang.
"Apa yang awak fikirkan?" Aku hanya diam. Kebas, numb itu yang aku rasakan. Airmata tetap mengalir. Abie menggenggam tangan aku.
"Saya nak awak sabar banyak-banyak. Fikirkan baby dalam perut tue." Aku tetap diam
"Andai Ibu dah tak ada, macam mana?" Aku hanya memandang sepi pada Abie airmata tetap laju keluar.
"Andai Ibu dah tak ada, saya mintak awak sabar banyak-banyak. Jangan sampai menggugat kesihatan awak dan bayi dalam perut tue." Aku tetap tidak memberikan apa-apa respon. Hanya airmata jawapan kepada persoalan Abie.
Sampai di rumah Angah aku seperti buntu. Tidak tahu apa yang telah berlaku. Saat aku melangkahkan kaki ke dalam rumah Angah. Aku lihat Along, Azzam, Azzem dan Nina anak-anak sedara ku telah siap berbaju melayu / kurung. Ya Allah, aku tetap gagahkan kaki.
Saat ku jenguk bilik yang menjadi peraduan Ibu, seolah-olah kaki aku tidak memijak lantai. Angah terus merangkul aku sambil menangis. Aku terus menangis dan menangis.
"Imah tak sempat jumpa Ibu.... Imah tak sempat jumpa Ibu....." Hanya ayat itu yang aku ulang-ulang.
Perlahan-lahan aku melangkahkan kaki menuju ke pembaringan Ibu. Alang terus memeluk aku. Aku terus menangis dan menangis. Aku mencium ibu semahu-mahunya. Aku menangis sepuas-puasnya. Ibu telah kembali ke Rahmatullah. Saat dia mengadap Ilahi hanya Angah berada di sisi. Kami yang lain tiada. Ralatnya rasa hati tidak dapat berada di sisi Ibu di saat-saat terakhir Ibu. Tidak redhakah aku dengan pemergian Ibu.
Aku lihat Ibu tersenyum. Tuhan, mampukah aku hadapi dugaan ini di saat aku mengandungkan cucu nya. Kenapa Ibu tidak tunggu sehingga dia menatap cucunya. Ya Allah andai ini dugaan Mu, tabahkan lah hati ini Ya Allah. Kuatkan lah hati ini. Tetapkan lah imah hambamu ini Ya Allah.
25hb April 2007
Ibu akan dikebumikan hari ini. Saat ibu dimandikan dan dikapankan aku tidak dapat menahan perasaan. Seolah-olah masih tidak percaya hati ini Ibu telah pergi meninggalkan kami selamanya-lamanya. Setiap yang hadir menghulurkan simpati terutama sekali aku bila mereke melihatkan keadaan ku.
Redha lah hati. Ibu tidak sakit lagi.
12 Mei 2007
Hari ini kandungan aku telah masuk ke minggu yang 37. Tidak terdaya rasanya badan aku ini. Sungguh masih ada lagi empat minggu untuk aku harungi.
"Macam sakit jek" Dr. Jamil bertanya bila aku pergi ke klinik untuk rutin check up.
"Ha ah sikit, tak larat dah nie rasa nak cepat jek bersalin" aku suarakan rasa hati
"Tak per kita tengok dulu, saya akan cek rahim"
"Mmm dah buka 3 cm dah nieh. Dah boleh admit dah nieh."
Alhamdulillah doaku dimakbulkan Allah. Aku memang ingin bersalin awal. Memang aku sudah tidak berdaya lagi.
Abie kelihatan gembira dengan kelahiran baru ini. Izzati seolah-oalh faham adiknya akan menemui kakaknya.
Aku juga gembira tapi juga sedih. Tiba-tiba hati teringatkan Ibu. Dah dua minggu Ibu meninggalkan kami.
Aku dimasukkan ke wad dalam pukul 11 pagi. Di induce untuk mempercepatkan proses kelahiran ini. AAah kali ini tak tertanggung sakitnya. Setiap kali contraction sakit segala urat dan sendi dbadan ku. Ya Allah, tabahkan hati ini kuatkan semangatku Ya Allah.
Bila bukaan rahim ku mencecah 6cm aku terus di masukkan ke wad bersalin. Saat dan ketika ini memang tidak tertanggung lagi rasa sakitnya contraction. Aku mohon maaf pada Abie dan minta dia redhakan segalanya.
Tepat pukul 2.15 petang. Iskandar Muammar selamat dilahirkan. Aku melahirkan bayi lelaki. Izzati mendapat adik lelaki. Alhamdulillah kini anak ku sepasang.
Lewat petang baru aku dapat mengendong Iskandar. Aku cium pipinya yang gebu. Tak sempat kau berjumpa dengan Wan kau nak. Aku berbisik di hati.
Ibu andai Ibu dapat lihat, Iskandar comel bu. Terkilan sungguh Ibu tiada saat Imah melahirkan Iskandar.
Imah rindu Ibu. Terlalu rindu.
Al-Fatihah.
sedihnya baca... arwah mak saya meninggal pun masa saya jauh kat shah alam dia kat johor. Saya pun tak jumpa,lahir anak pertama jaga sendiri je pasal mak takde.
ReplyDelete