Assalamualaikum,
Lama betul aku tak update, konon-konon everytime checkup nak update la kat sini kan..tapi hampeh..masa aku banyak terisi dengan chatting kat ym ngan borak-borak kosong kat forum. Ekekeke..seronok jugak bila borak ngan mak yung mak yung seangkatan nieh.
29 Disember haritue, haku pegi checkup... dah dapat tahu jantina baby dah. Of course la yang paling happy sekali Abie ler, doktor cakap baby boy. Syukur Alhamdulillah, memang aku pun mengharapkan lelaki kali ni. Awal-awal nama Iskandar dah melekat kat lidah Abie. Cuma tugas aku la nak letak nama kat belakang tue apa dia. Muzaffar, Mu'ammar, Mikhail. Tiga nama yang dah dishortlist kan tapi still aku tak leh nak buat keputusan.
For the first time malam tadi aku rasa baby kicking. Seronok giler, lama betul aku tunggu bila la nak rasa. Pagi nie dok pegang-pegang perut kot kot la rasa lagi...tapi tak jugak sampai-sampai. Kalau ikutkan aku dah mengandung dalam 19 minggu, kalau aku tak silap la..jap aku cek... haiya.... mana pulak pegi kalendar haku nie. Iyelah betul la kot aku dah 19 minggu.
Izzati makin bijak dan makin manja. Biasa la tue, tapi aku dah ajar dia utk sayang baby. Dan tengok gaya dia memang ada tokoh kakak la. Kekadang dia sendiri yang sibuk nak cium perut aku. Siap bagi salam dan kata i love you lagi. Abie dia pun tak buat cam gitu. Ahaksss..
Semalam tengah hari aku jumpa ngan dua orang forumner cari. Dedua mak yung, it was fun. Borak punya borak memang tak perasan masa berlalu rasa macam kejap jek. Jumpa pun memang macam dah kenal lama. Nak tepek gambo? Alahai...mesti terletak kat atas tue..well itu la mak yong pingitanss yang bergathering semalam. Look forward nak together-gether this Friday.
No comments:
Post a Comment
please be nice to me