Friday, October 20, 2006

Second Check up & Selamat Hari Raya



Assalamualaikum

Rasa cam dah lama tak update dalam blog aku nie since last post aritue. Keadaan haku yang sentiasa lembik membuatkan haku jadi loya mengadap pc nie lama-lama. Hari nie aku masuk lambat sikit ke opis. Pagi2 buta pegi buat checkup kat KPMC. Cam biasa aku jumpa Dr. Fazilah. Memang dr. yang sangat-sangat baik, peramah dan senang jek aku nak tanya macam-macam ngan dia compare to Dr. Jamil yang ala-ala cam serius sikit..ngeh.ngeh.ngeh..... segan pun yer..bukan aper pun.

Husband tak nak ikut masuk dalam bilik doktor, malas katanya. Tak kisah la tue kan. Haku masuk sorang-sorang. Check bp 110/60 doktor kata okey ler tue kan. Pastue terus la haku membaringkan diri utk discan perut. Nampak la si kecik tue dalam tue. Doktor besarkan gambar, nampak heartbeat dia. Haku mesti ler tersengih-sengih. Dalam pada scan tue tetiba doktor cakap.

"You ada cyst" haku dah cuak dah....
"Tapi don't worry, awal2 nie kadang2 cyst ni timbul sebab tampung baby. Just take care of yourself. Kita jumpa balik 1st December tengok bila baby dah besar sikit. so far baby you tak de masalah apa-apa sihat. Kita akan monitor balik jangan risau-risau sangat."

Aku pun berdoa biarlah cyst tue tak merbahaya sangat... dan aku harap-harap doktor kata betul hanya di awal kehamilan jek cyst nie timbul. Hari nie last day kerja sebelum cuti panjang nak sambut raya. Masing2 dah mood raya jek kat office nieh. Forum Cari pun cam dah malap jek.

So dikesempatan ini aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua muslimin muslimat tak kira dimana berada dan Mohon Ampun dan Maaf seandainyer ada salah dan silap. Kepada kawan-kawan yang masih lagi sudi menjadi sahabat moga-moga korang semua sambut lebaran dengan penuh keberkatan. Jangan bawak keta laju-laju, ikut undang-undang jalan raya beb. Haku ngeri jek dengar berita baru dua hari Ops Sikat dah lebih 30 orang yang meninggal. So harap2 kita beraya tahun nie penuh kegembiraan bukan dengan kesedihan.


SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR & BATIN



No comments:

Post a Comment

please be nice to me