Jumaat - 29 September 2006
Assalamualaikum,
Hari ni aku amik cuti, iye lah Ibu nak pergi umrah. So kita orang dah bertolak dari rumah seawal jam 11.00 pagi. Takut lambat, dengar cerita nak check in pukul 1.30 petang. Flight pukul 3.30 petang. Awal sangat ker..tak kisah la kan, Ibu memang suka nak pegi awal dia tak mo jadi yang paling lambat dan buat orang tertunggu-tunggu. Alkisahnya bila sampai kat airport, geng-geng yang patut ikut ngan Ibu tak sampai lagi. So menunggu la kita orang kat Airport tue sampai kul 1.00.
Izzati?? Seronok gila kenit tue berlari sana sini jumpa ngan kakak-kakak sepupu dia yang rajin melayan. Airport tue dia yang punya. Sakan minah tue.
Tengah tunggu untuk check ini. Aku pinjam handphone anak sedara aku utk amik gambar nieh. Maklumlah handphone canggih. Anak sedara aku tue ha yang kat tengah tue baju coklat tue. Handphone dia la tue, handsome tak? Dah beso sok mesti ramai orang minat.
Masa ni Ibu dah pun naik aerotrain nak pergi ke Gate C1. Kita orang memang follow dari bergegar la airport tue ngan jerit pekik cucu-cucu wan dia. Berdentam dentum bunyi cermin tue. Kecoh, malu wan. Ehek...tapi seronok biasa la kalau dah ramai-ramai tak kecoh tak best. Iye tak.
cam sedih jek anak mummy nie tengok wan dia nak pergi. Babai Wan.... orang lain babai dia pun babai sama. Masa salam-salam tue sempat jugak la dia ik ug.. wan dia... (terms Teletubbies for Big Hug).
Tak puas-puas lagi nak babai. Izzati memang pantang kalau dapat tengok aeroplane. Kekadang, kat atas langit tue kita orang tak nampak pun dia boleh nampak. Dan ini.. babai eplennnnnn...... bijak anak mummy nieh kan...
Sempat jugak la aku snap gambar kapal terbang kat KLIA nieh. Macam jakun pun iyer jugak bila ada kat ruang tinjau nieh. Bila la agaknya aku pun dapat pergi menunaikan umrah utk kali kedua yer. Hopefully dapat pergi bersama Abie dan anak-anak. Aminnnnn.......
No comments:
Post a Comment
please be nice to me