Assalamualaikum,
Lepas seminggu aku tau yang aku nie mengandung, hari nie dengan rasminyer aku mabuk. Kul 4.30 pagi tadi terjaga, perut dah rasa tak sedap. Tekak pun dah rasa lain macam jek. Aku goreng telur, panaskan sambal tumis ikan bilis ngan petai semalam (kak ipar masak). Tapi tak makan pun, buat bekalan pegi opis..ngeh..ngeh.ngeh..tak malu tak pose.... aku tak leh puasa... semalam seriknye rasa... tak bersahur sungguh-sungguh makan meggie aku jadi lembik gila. So hari nie, aku siap2 bawak bekal pegi ofis.
6.30 pagi aku nak mandi nak gosok gigi dan bermula la episod morning sickness aku yang pertama. Peritnyer la tekak bila muntah, bukan ada isi pun yang nak dikeluarkan. Sakitnyer la, muntah la perkara yang paling aku tak gemar sekali bila mengandung. Aku envy betul orang yang tak mabuk tak alah dan tak muntah. Lama jugak la melayan muntah angin nieh. Dah mandi aper seme menggigil satu badan kesan muntah tadi. Fuh....
Dah siap-siap, aku buat milo panas utk isi perut. Jangan muntah dalam kereta sudah ler... teringat masa mengandungkan izzati, on the way pegi keje habis baju ngan tudung aku. Sekarang nie aku dah standby plastik dalam kereta. Lupa nak bawak tuala jek. Alhamdulillah la tak muntah. Singgah Petronas, beli biskut sikit utk serapan ngan air sunkist utk hilangkan loya. Ahaks..jumpa geng mengandung jugak..muka toya jek membeli... perut aku tak nampak lagi tapi perut member tue dah nampak. Tapi aku still nak menjeluak bila kat stesen minyak tue..keluar kereta bau minyak tue jek dah cukup meloyakan. Mujur aku tak belahak kat situ jugak.
Baru aku rasa cam orang mengandung selepas seminggu aku tahu. Sebelum nie rasa lemah jek tapi hari nie betul2 aku rasa aku mengandung. Dan aku rasa simptom2 yang sama jugak aku alami semasa kandungan pertama dan kedua aku.
alamak...ada orang tak posa la hari nie....hehehe
ReplyDeletetks...... tengkiu..tengkiu..
ReplyDelete