Assalamualaikum,
Akademi Fantasia dah bermula, tapi aku tak tau la aku dah demam ker tidak, yang aku tau aku dah demam ngan dak Diddy nieh..ekekekekeke. Suka sore dia bukan suka aper pun. Nak nak dia nyanyi lagi Ibnor Riza masa Nota Prelude tue sedap pulak sore dia. Tak padan ngan umur.
Tapi rasa frust jugak dengar dia nyanyai masa Konsert Prelude, beyond aku punya expectation. Aku rasa dia boleh nyanyi lagi bagus dari yang dia nyanyi malam tue. Gemuruh sangat kot, sampai pitching pun lari (wwaaaa per bende pitching tue...ekekeke). Mujur dia jadi salah sorang top 12 utk jadi student kat AF tue.
Yang aku tak puas hati sangat tue, macammana pulak si Amirul tue boleh masuk. Sah-sah dia bukan pilihan juri, tapi dia menang sms. Nampak sangat mentaliti rakyat mesia nie still minat pada rupa. Farhan yang aku rasa kualiti suara dia meamng bagus orang tak pandang pun. Tapi aku fikir-fikir balik, yang sms nie sah sah budak-budak sekolah jek. Umur-umur aku nie jarang ada yang nak sms. Aku la terutama-tama sekali. Nak buat camner dah itu pilihan peminat.
Malam tadi aku tengok Diari AF. Masing-masing dapat lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Yang buat aku teruja nak tengok lagu yang Karen dapat. Malam Pesta Muda Mudi, seronok betul. Sah-sah izzati akan melompat-lompat dan berjoget-joget bila dengar.
Sekarang nie pun Izzati dah pandai sikit-sikit nyanyi lagu tema AF, walhal tak de sape pun yang ajar dia. Alahai anak, kalau pandai mengaji kan sejuk perut mummy.
Bak kata izzati, atesssssss yaaaaaaaaaaaaaaaaa... (Akademi Fantasiaaaaaaaaaaaaaaaaa)
Demam dah bermula daaaaaa..
No comments:
Post a Comment
please be nice to me