Assalamualalaikum,
Lama betul aku tak update blog aku nieh, last aku update aritue bulan berapa ek aku sendiri pun dah tak ingat. Sejak dua bulan lepas aku aktif berniaga. Betul kata orang, once you start you will never stop. Jadi cam gitu ler kat aku. Ada jek bende yang aku rasa boleh jual aku jual.
Setakat nie pelbagai barangan jugak la aku jual. Antaranya diapers, sabun samak, coklat cadbury, susen pad. Impian aku nak amik baju budak masih lagi tinggal impian. Aku tak jumpa lagi direct supplier. Ramai dah aku tanya-tanyakan tapi tak jumpa.
Berniaga nie seronok sebenarnya, tengok duit masuk hari-hari. Aku tanam azam nak berenti kerja hujung tahun nie kalau perniagaan aku establish. Tapi bila aku fikir2 kan balik. Komitmen aku banyak lagi. Aku masih lagi mengharapkan duit gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan utk aku langsaikan segala hutang piutang yang ada.
Seronok bila baca pengalaman kawan-kawan mengenai perniagaan nie. Aku ni banyak cabang perniagaan yang aku minat, tapi bak nasihat kawan-kawan fokus pada satu bidang dulu then you can establish.
Harap-harap impian aku nak ada perniagaan sendiri berjaya.
Amin.....
Semoga sukses berniaga. Kat mana berniaga? Mungkin saya boleh singgah jika lalu disana. Teringat masa saya baru kahwin dulu dan tinggal di Kajang, berulang kerja di KL. Selalu sangat tak cukup duit. Masa tu, saya sangat cemburu dengan orang berniaga yang setiap hari sentiasa ada duit lebih dalam poket tak kira awal, tengah atau hujung bulan.
ReplyDeleteVery cool design! Useful information. Go on! Inexpensive business cards columbus ohio Multi trip holiday insurance holy Decks patios driveways fork maryland mens hair removal waxing sydney australia Insurance policy travel worldwide keno online Totes made in the usa
ReplyDelete