Pages

Wednesday, May 31, 2006

Mood aku terbang!!!

Assalamualaikum,

Semalam masa on the way nak balik rumah, tetiba aku dapat phone call dari Abie.

"Awak balik kul baper"
"Cam biasa la... tgh on the way nieh"
"Saya tak tahan dah nieh... hantar saya pegi hospital"
"Sakit sangat ker?"
"Sakit la, saya tak tahan dah nieh, saya tunggu awak kat rumah"

Adoi, aku dah start suspen giler dah. Teruk sangat ker la husband aku nie sakit. Memang dia dah lama ngadu sakit belakang, dari weekend aritue lagi. Dah pegi cek doktor, doktor dah suruha admit tapi dia pulak tak nak. Hari isnin haritue dah tak tahan, pegi lagi set appointment petang ngan specialist, nurse yang pandai pulak tak masukkan appointment record tue dalam buku doktor. Dah la sesia balik rumah balik tanpa jumpa specialist.

Aku bawak kereta pun otak aku dah melayang-layang yang dia betul2 sakit kat rumah tue. Sampai rumah tengok okey lagi dia. Dia kata dia dah makan ubat, aku tanya balik betul ker nak pegi hospital dia kata, tak pe lah dia makan ubat painkiller nieh, esok dia nak carik orang urut.

Khamis nie dah set appointment ngan specialist.

Citer pasal Akademi Fantasia malam tadi, aku tengok diari AF tue, issshhh...tetiba tak de mood nak citer laaaaaaa...nanti laaaahhh..

Tuesday, May 30, 2006

Demam Akademi Fantasia

Assalamualaikum,

Akademi Fantasia dah bermula, tapi aku tak tau la aku dah demam ker tidak, yang aku tau aku dah demam ngan dak Diddy nieh..ekekekekeke. Suka sore dia bukan suka aper pun. Nak nak dia nyanyi lagi Ibnor Riza masa Nota Prelude tue sedap pulak sore dia. Tak padan ngan umur.

Tapi rasa frust jugak dengar dia nyanyai masa Konsert Prelude, beyond aku punya expectation. Aku rasa dia boleh nyanyi lagi bagus dari yang dia nyanyi malam tue. Gemuruh sangat kot, sampai pitching pun lari (wwaaaa per bende pitching tue...ekekeke). Mujur dia jadi salah sorang top 12 utk jadi student kat AF tue.

Yang aku tak puas hati sangat tue, macammana pulak si Amirul tue boleh masuk. Sah-sah dia bukan pilihan juri, tapi dia menang sms. Nampak sangat mentaliti rakyat mesia nie still minat pada rupa. Farhan yang aku rasa kualiti suara dia meamng bagus orang tak pandang pun. Tapi aku fikir-fikir balik, yang sms nie sah sah budak-budak sekolah jek. Umur-umur aku nie jarang ada yang nak sms. Aku la terutama-tama sekali. Nak buat camner dah itu pilihan peminat.

Malam tadi aku tengok Diari AF. Masing-masing dapat lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Yang buat aku teruja nak tengok lagu yang Karen dapat. Malam Pesta Muda Mudi, seronok betul. Sah-sah izzati akan melompat-lompat dan berjoget-joget bila dengar.

Sekarang nie pun Izzati dah pandai sikit-sikit nyanyi lagu tema AF, walhal tak de sape pun yang ajar dia. Alahai anak, kalau pandai mengaji kan sejuk perut mummy.

Bak kata izzati, atesssssss yaaaaaaaaaaaaaaaaa... (Akademi Fantasiaaaaaaaaaaaaaaaaa)

Demam dah bermula daaaaaa..

Thursday, May 25, 2006

Aku dan Berniaga

Assalamualalaikum,

Lama betul aku tak update blog aku nieh, last aku update aritue bulan berapa ek aku sendiri pun dah tak ingat. Sejak dua bulan lepas aku aktif berniaga. Betul kata orang, once you start you will never stop. Jadi cam gitu ler kat aku. Ada jek bende yang aku rasa boleh jual aku jual.

Setakat nie pelbagai barangan jugak la aku jual. Antaranya diapers, sabun samak, coklat cadbury, susen pad. Impian aku nak amik baju budak masih lagi tinggal impian. Aku tak jumpa lagi direct supplier. Ramai dah aku tanya-tanyakan tapi tak jumpa.

Berniaga nie seronok sebenarnya, tengok duit masuk hari-hari. Aku tanam azam nak berenti kerja hujung tahun nie kalau perniagaan aku establish. Tapi bila aku fikir2 kan balik. Komitmen aku banyak lagi. Aku masih lagi mengharapkan duit gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan utk aku langsaikan segala hutang piutang yang ada.

Seronok bila baca pengalaman kawan-kawan mengenai perniagaan nie. Aku ni banyak cabang perniagaan yang aku minat, tapi bak nasihat kawan-kawan fokus pada satu bidang dulu then you can establish.

Harap-harap impian aku nak ada perniagaan sendiri berjaya.

Amin.....