Tuesday, February 28, 2006

Hah Minyak Naik!!!

Hadoih!!!! Macammana la aku nak cepat sampai office ek. Apasal dulu awal-awal aku boleh sampai ontime tapi tak sekarang. Aku rasa dah sehabis cepat dah aku keluar dari rumah, tapi tak jugak sampai awal kat office.

Boss dah start bersuara dah tadi, lambatnyer you hari nieh.. hah gua lambat sangat ker..rasanya tak lebih kul sembilan lagi. Adeh...tunggu je lah hr telepon aku karang, aper pulak alasannya aku nak bagi kali nieh. Aku tau tak de alasan aku nak bagi, dah sememangnya aku lambat. Nak bawak kereta?? No..no.. no... aku dah serik nak tempuh jem kat k.l nie. Biarlah aku bersusah payah naik komuter+lrt+lrt. Biar lah aku jem ngan orang dalam tren dari aku jem kereta yang buat aku jadi giler meroyan dalam kereta tue.

Nak nak minyak naik lagi. Terkejut badak gua sesubuh hari, hubby gua telepon. Minyak naik lagi, tiga posen... mak aaaaaiiiii.... aduhai...ini ler yang membuatkan aku dah tak kose nak travel bawak kereta... tak larat..tak larat... tiga posen pun terasa wehhhh..... satu liter (eh satu liter ek) kalau dah sekali tuang sampai dekat 20 liter... adoiiiihhhh.... sakit poket mak nyahhhh...

pepepun nak pi buat air melo dulu.... sarapan tak beli... aper nak buek...padan muka lambatttt...

4 comments:

  1. Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    ReplyDelete
  2. Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

    ReplyDelete

please be nice to me