Pages

Wednesday, January 25, 2006

Bersin dan Aku

Assalamualaikum

Hari nie aku rasa betul2 cam nak collapse jek. Dari malam tadi aku terganggu dek bersin yang non-stop sampaikan hubby aku pun bising pukul dua pagi. Ish menyembur2 sampai ke saya nieh. Eheh nak buat camner bukan aku boleh control pasal nak terbersin nieh. Tak cukup ngan terbersin hidung tersumbat lagi.

Bila bangun pagi nak mandi kene air sejuk, lagi la bertambah2 tinggi la tahap kebersinan aku. Mujur jek dalam LRT tadi aku tak terbersin-bersin dan mujur jugak la hidung aku nie tak meleleh2. Pandai betul hidung nie, time aku buat preparation dengan tisu aper seme tak nak pulak dia buat hal. Tapi kalau aku nie kering ngan tisu masa tue la dia banjir ngan hingus!! eee geli nak sebut ekekekekeke.

Aku ingatkan okey dah ler, tapi masuk office jek, tekak aku dah rasa berpasir, dan kepala aku dah start pening. Ish mak ai, ini memang kene mc nieh. Tapi esok aku cuti pulak tue. Takkan nak mc kot, mana boleh. Gagahkan jugak la diri aku nie ha. Aku telan vitamin c dua bijik, aku hangkut badan aku masuk surau lelapkan diri barang seminit dua. Aku rasa tak de seminit dua kot mau makan setengah jam tadi aku bantai tido. Lega sikit. Tapi still bersin aku tak jugak berhenti. Hidung sebelah dah tersumbat.

Ini aku menaip ni pun badan dok bersandar kat kerusi kepala pun sama. Memang kepala mengong jek rasa. Adat la kalau orang dah selsema kan. Jangan la aku demam, tak sanggup weh. letih..

Start esok aku cuti aku keje balik hari Jumaat minggu depan. Sakan aku sambut raya cina. ekekekeke aper nak buat dah tak de orang nak jaga anak aku terpaksa la aku amik cuti. Tak tau nak pegi mana cuti panjang nieh... hmmmmmm

No comments:

Post a Comment

please be nice to me