Pages

Friday, October 30, 2009

Catatan....Surat untuk Abie




Assalamualaikum,


Kehadapan Abie yang dirindu dan dicintai.  Adalah surat ini untuk pemberitahuan Abie.


Pada 1hb November ini, saya telah menyertai satu pertandingan online iaitu 99 Hari Tanpa Nasi. Maka dengan ini saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon sokongan dari Abie jangan la masak yang best-best, ataupun kalau nak masak best silalah ingatkan saya bahawa saya didalam pertandingan 99HTN ini. Benarkan saya makan lauk sahaja, tapi nasi tue jangan bagi saya makan yer...



Sesungguhnya sokongan dari Abie amatlah saya hargai.


Lagi satu, di sini juga saya ingin memberitahu pada Abie pada 5hb Disember 2009 ini ada reunion rakan-rakan sekolah menengah saya iaitu Sekolah Agama Menengah Hishamuddin Sg. Berteh batch 89-93. Saya harap Abie dapat melapangkan masa untuk turut serta bersama-sama dengan anak-anak untuk sama-sama memeriahkan majlis ini sebab sesungguhnya isteri mu ini amat lah gedik untuk berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama setelah hari hari dok berfacebook dan bercerita hal hal sekolah.


Semoga permintaan ini mendapat kelulusan dari Abie.


Salam Sayang
Mummy...



http://azimahas.blogspot.com





2 comments:

  1. salam

    hehe
    semoga berjaya 99 hari, yakin boleh!

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya siap leh karang surat kat suami di sini kak..aik,x jumpa suami kat rumah ke,kak azimah?

    chaiyo kak...mia menyokong..9HTN...mesti boleh nye..katakan boleh!

    wp mia x masuk, mia pun kena kekalkan maintain berat setelah 9 bulan berusaha capai...hehe

    ReplyDelete

please be nice to me