Monday, October 26, 2009

Catatan....Cara Pemakaian CD

 Sorry lah yer..sebenarnya entry ni pun berguna utk Blog CD saya yang lagi satu tue. Senang saya nak link kan. Alang-alang bercerita biar saya bercerita sekali rap jek terus...senang kan.

Okey saya nak cerita camne cara nak pakai CD nieh.  Tak perlu nak pin pin, tak perlu nak lipat segi tiga bagai.  Benda dah siap. So camni lah caranya.




1.  Kalau dah nama pocket CD sudah tentu CD tue ada pocket betul tak.  Jadi pocket tue adalah kegunaan utk meletakkan insert di dalamnya.

2. Gambar ke dua tue gambar insert yang harus dimasukkan ke dalam pocket CD tadi.  Macam Iskandar, anak saya adalah merupakan seorang heavy wetter, jadi saya memang tak leh guna satu insert, saya kene guna dua insert.  Letak kedudukan insert dengan betul untuk mengelakkan sebarang kebocoran yang akan berlaku.

3.  Gambar ke tiga adalah insert yang telah siap dimasukkan.  Don't worry, ruang pocket tue besar anda boleh adjust insert tue betul-betul.

4.  Gambaran CD yang telah dimasukkan insert. 





Gambar di atas pula adalah cara-cara saya memakaikan CD tersebut kepada anak saya.  Anak saya berumur dua tahun setengah, jadi size L pada CD ini masih lagi muat pada anak saya.  Kalau ketat pun saya masih boleh adjust di bahagian pinggang.

Cara pemakaian CD adalah sama seperti disposal diapers. 

Macammana? Dah dapat gambaran CD.

Jangan lupa ke blog CD saya.





http://azimahas.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

please be nice to me