Pages

Monday, October 26, 2009

Catatan....Cara Membasuh CD


Di sini saya tunjukkan macama mana saya membasuh CD-CD saya. 

Biasanya saya membasuh menggunakan Washing Machine.  Saya akan mengumpulkan CD-CD yang telah digunakan.  Agak-agak loading WM saya boleh menampung CD-CD (tidak terlalu sedikit) maka saya akan menggunakan WM. 

Tetapi sekiranya, sekadar membazir letrik, saya akan menggunakan kaedah tangan, eheh....



Gambar di atas adalah kaedah basuhan menggunakan tangan.

Saya akan membilas CD yang telah digunakan.  Kemudian saya akan merendamnya buat seketika sebelum dibasuh.

Sekiranya anak saya poo poo pada CD tersebut, saya akan serta merta terus membilas bagi mengelakkan kekuningan pada CD tersebut.  Tapi sekiranya masih terdapat kekuningan walaupun kita telah membasuhnya, ianya akan hilang apabila dijemur pada cahaya matahari.

Selepas merendam buat seketika baru saya akan membasuh CD tersebut dengan menggunakan sabun.  Elakkan dari menggunakan sabun yang ada unsur pelembut ataupun pelentur bagi menjaga ketahanan CD kita.

Saya gonyoh-gonyoh manja jek sehingga saya berpuas hati dengan tahap bau dan warna dari CD tersebut.  Jika saya menggunakan WM, selepas merendam saya akan terus campakkan ke dalam WM dan biarkan WM melakukan tugasnya.

Dan sidai.  Pada mulanya memang agak renyah, tapi alah bisa tegal biasa. Dah lama-lama memang tak rasa renyah dah.  Kalau CD tue banyak biarkan WM jek yang buat kerja. Tak perlu nak susah2 mengonyoh CD tue.


Ini adalah pengalaman saya menggunakan CD.  Pengalaman orang lain mungkin lain pulak.  Biasanya Iskandar tahan sehingga 3-4 jam bila menggunakan CD nieh.  Dan sebenarnya Iskandar lebih gemarkan CD berbanding disposal diapers.

http://azimahas.blogspot.com


1 comment:

  1. huwahhh ko pun da jual cd... hehehe.. ok la tu

    ReplyDelete

please be nice to me