Wednesday, July 23, 2008

Perasan Day!!! Ahakssss

Assalamualaikum,

Today feel like perasan day...very very the perasan....so aku nak tepek gambar-gambar aku yang ala-ala perasan lawa la konon-konon.

Well....kalau aku tak puji diri sendiri saper lagi nak puji..harapkan orang lain tak dapek dooo.....kui kui kui.....

ahaks..anyhow..jgn ada saper pulak yang muntah darah yer... ngeh ngeh ngeh... letak kecik tonet je lah ek....... ini seme gambo amik sendiri....ngeh ngeh ngeh...




Tuesday, July 15, 2008

Iskandar Melecur

Assalamualaikum,

Semalam aku tak pegi keje lagi. Gara-gara silap aku sendiri yang sampai sekarang aku sesal tak sudah. Kalau boleh diputar masa tue memang aku nak putar sangat-sangat. Menyesal teramat-amat menyesal. Tak tau nak digambarkan dengan kata-kata la.

Iskandar weekend lepas memang tak sihat, asalnya batuk jek, itupun malam time tidur. Hari Ahad hidung dia dah start berhingus, sejak hari Jumaat tidur aku memang tak lena la dok monitor Iskandar. Dengan batuk muntah sapu minyak pujuk macam-macam benda aku buat kat dia nak bagi dia lena. Hari Ahad malam tue, dia selsema teruk jugak. Hidung tersumbat, mata mengantuk, tapi hidung tersumbat dia asik merengek jek. Masa nie la benda yang nak dicari tak jumpa-jumpa. Nasal suction tue (betul ker namanya entahhh). Haritue baru nampak Iskandar dok main benda tue, bila di cari tak jumpa-jumpa entah mana peginya. So aku pun panaskan air letakkan vicks nak bagi dia hidu wap panas tue... Alhamdullillah malam tue dia tido lena sampai ke pagi.

Kul 5.15 aku terjaga, nak sahur nak puasa. Lepas sahur tue aku tengok Iskandar dia still cam susah nak bernafas. Bernafas ikut hidung. Hidung tue memang dah tersumbat dah gila-gila. Aku kesian sangat-sangat tengok dia cam gitu ingatkan nak buat lagi dia hidu wap panas campur vicks tue. Baru aku nak selubungkan dia, kakak dia berinjak nak kalih tidur nak himpap kepala Iskandar, Iskandar agaknyer terasa kepala tue kene himpap terus terjah air panas yang ada kat hujung kaki dia. Masa berlaku tue memang aku rasa pantas sangat...sebelah tangah nak halang kakak sebelah lagi nak halang Iskandar dari himpap air panas....tapi tak sempat. Pukul 6 pagi, Iskandar menjerit sekuat-kuat hati. Aku memang dah lemah kepala lutut. Cepat aku tanggalkan baju dia. Tengok badan dia, tak ada apa-apa. Tapi Iskandar menangis gak lagi. Aku terasa seluar dia basah. Dalam pada pujuk tue aku bagi Iskandar susu, bukak kan seluar dia. Tengok-tengok lutut dia dah merah menyala. Aku panik sangat-sangat, rasa nak menangis pun ada. Mintak tolong Abie, Abie cepat2 cari gel gamat. Lumurkan satu lutut Iskandar dengan gel gamat tue setebal-tebalnya.

Ya Allah, Tuhan je yang tau apa yang aku rasa masa tue. Rasa nak ketuk-ketuk jek diri apasal la aku nak buat jugak bagi dia hidu wap panas tue. Aku pujuk-pujuk juga Iskandar, bagi dia susu, bagi dia tidur dalam buai tak nak dia meniarap lutut dia tue lagi teruk. Iskandar menangis kejap jek. Dah tidur, aku tengok lutut dia, dah naik blister. Aku alihkan dia tidur atas tilam. Iskandar tidur lasak, aku tak sedar entah bila masa blister tue pecah kulit Iskandar pun koyak.

Dia bangun dalam pukul 9 pagi, keadaan dia okey jek. Tak merengek tak menangis, boleh lagi ajak aku main cak cak tue. Gelak-gelak panjat kerusi sana sini. Kelaku lasak budak lelaki tak kisah langsung pasal lutut yang cedera tue. Tapi aku risau juga dengan luka lecur dia. Siang tue aku bawak pegi hospital untuk buat dressing luka dia tue. Melalak tak ingat juga la Iskandar bila doktor sapukan antiseptik kat luka dia tue. Kesian anak mummy.

Hopefully Iskandar cepat baik. Dan ini lah lutut dia yang melecur tue. Putih-putih tue ubat lecur yang doktor kasi. Mummy sorry Iskandar.....


Thursday, July 10, 2008

Bila Kakak dan Adik Bergurau

Assalamualaikum,

Lama dah nak tepek video nieh. Bismillahirrohmanirrohim.....harap-harap menjadi. Ini ler kelaku dan perangai Izzati dan Iskandar bila bergurau. Pantang ada bantal bersepah, tak kasi can memang nak main jek kejenyer selagi tak penat selagi tak berpeluh.


video

Tuesday, July 8, 2008

White Jasmine & Cerita Anak-Anak

Assalamualaikum.

Taraaaaaaaa!!! Layout baru lagik.... ngeh ngeh ngeh tak tau la asik tukar layout je lah kan sampai tak jadi keje haku kat opis nieh kui kui kui..... Sejarah layout nie...tak ada sejarah pun. Aku pun tak tau la kan no identiti ler.....asalnya aku nak main taram jek nak letak layout ntah haper-haper....sekali tue...tetiba aku teringatkan nickname aku Melati Putih...muahahahaha..aku tak tau la kan ikutkan nickname nie memang glemer la kat internet...glemer ker..perasan sendiri ler tuhhhh.... lama dah aku pegang nickname nieh dan dah sinonim aku denga nick nieh. So dari letak layout yang entah haper-haper...aku cuba surf image yang berdasarkan Bunga Melati dan inilah hasilnya. Orang kita panggil Bunga Melur....tapi kat Indonesia mostly depa panggil Bunga Melati. In English they called it Jasmine. So haiiii...my name is White Jasmine. ahakssss.....okey lah menceceh lah pulak kan... err korang nampak ker munger-munger nieh....apasal aku sorang jek nampak ek..ada yang tak nampak.... ontahhhh....

Below are the latest picture of my kids. Gambar kat bawah ni diambil masa on the way nak pergi kenduri kat Bt. 6 Klang. Hometown of my late dad. Sejak Wak Mat, Wak Niah, Wak Nen dah tak ada, jarang-jarang sangat aku balik kampung nieh. Setahun sekali la kot itupun time raya. Pegi umah Wak Naseh. Tinggal dia je lah pun yang tinggal kat Bt 6 tue, orang-orang tua yang lain dah tak ada..


as usual la kan Izzati memang kaki posing....


masam anak mummy nie..marah saper yang?

huhuhu sekarang izzati dah jumpa new interest kat internet. Dulu dulu yang dia tau main games kat internet Playhouse Disney. Itupun aku ta pernah ajar pun dia main aper-aper games kat Internet tue. Dia yang belajar sendiri macam mana nak main. Hari Ahad haritue singgah rumah Acik. Biasa la kan, dah jumpa kakak sepupu mana reti nak balik...asik nak main jek. Dan dia telah diperkenalkan dengan satu website nieh www.games2girls.com. Nak pujuk balik Abie dia pujuk la, kat rumah kita main games tue. So jenis orang tuntut janji Izzati nieh sampai rumah terus dia nak main
.
Mummy pun, dah dituntut janjinyer, bukak la website tue. Izzati tak kenal huruf lagik so tak pandai la dia nak taip website tue so mummy la kene bukak. Waa bila dah bukak, tak le nak tutup, itu je lah yang dia ngadap sampai kul 12 malam. Kalau tak kul 10 dah longlai nak tido. Itupun satu hari tak tido tue. Dapat game baru excited giler agaknyer. Itupun puas la di pujuk, tidor la kakak esok main lagik. Akhirnya baru la dia nak tidor. Risau gak nieh, takut addicted ngan komputer la pulak. Malam tadi ajak belajar jawi pun dia susah, Alhamdulillah nak jugak la belajar dapat dua tiga muka surat jadi la kan....



well, ini Iskandar first try nak makan pakai sudu sendiri. Sukati mummy jek kan bagi Kalsium...dia sibuk nak makan sendiri, penyudahnyer bukan dia makan pun abih dia sapu kat muka ada lah.....mummy snap picture sebab entah la bagi mummy ini la first try dia, tak tau la kalau kat rumah Mak Long dia dah bertry-try...... ahaksss.....okey laaa nak kelua rdah....jenuh dah dok update blog...tukar layout...nanti jumpa lagi...daaaaaaa....

Thursday, July 3, 2008

Iskandar Botak


Assalamualaikum,

Hari rabu hari tue, kepala Iskandar telah selamat digondolkan oleh Abie. Eheh, haku ler nie punya angkara, rimas tengok rambut curly-curly tue. Asalnya Abie nak potong pendek jek, tapi bila dah potong jadik capuk-capuk tak cantik. Ha la nak menggunting rambut bujang tue bukan nyer si bujang tue leh duduk diam. Penyudahnya, Abie bawak Iskandar lepak dalam bilik air kasi dia main air, ngan Abie-Abie sekali kene siram dek Iskandar. Dan tadaaaaaaa...ini ler hasilnya anak haku botakkkkkkkk.....kelakar lak tengok muka dia bila dah kene gondol nieh.... kesian pun ada....

Eheh Iskandar...kakak kata adik comel........ botak botak nieh..mummy pun kata adik comel jugak.....biar la orang kata adik tak comel pun mummy, abie ngan kakak tetap comel kat mata kami.....mmmuuaaaah.... sooooo lihatlah Iskandar ku nan botak....




kakak nak enterprem gak...pakai rambut pelesu..



Meeting at Port Dickson

Assalamualaikum,

At last meeting yang patut aku handle pasal accommodation berakhir jugak. Almost dua bulan keje haku mengadap menda alah nie jek sampai naik pusing naik pening naik hangin segala naik ada. Itupun selagi tak settle perut aku nie macam ada rama-rama jek yang dok terbang melayang.

Meeting start on the 27th June 2008 and ended on 28th June 2008. Mujur je lah semalam. Itupun aku risau gak kene tinggal Iskandar ngan Izzati. Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa...happy jek depa tue mummy tak ada.... tak ada la kene jerit aper seme ngeh ngeh ngeh...

Aper nak citer pasal meeting nie pun tak ada apa sebenarnya..... Lepak kat Avillion tu pun kita orang working committee nie bukan leh happy-happy pun, nak berendam dalam pool pun tak sempat apatah lagik nak pegi ke laut. Sampai-sampai aku sibuk pasal bilik participant...pastu pasal registration.... dah settle...dok la melangut menunggu depa abih meeting..itupun by 5p.m aku ngan Kak Fidah dah cabut balik bilik dah, bukan ada buat aper pun. Balik bilik mandi-mandi lepak-lepak dah nak kene turun balik pegi dinner pastu terus ke ballroom melangut balik tengok depa meeting. This time by 10p.m after dia orang lepas supper aku Kak Fidah ngan Ika dah berhambus balik bilik membuta. Kesian kat Ika ler, the day before meeting tue tak tido. Overtime sampai kul lima pagi tolong handle documentation pasal meeting nieh. Huhuhuhu tingat zaman bujang haku dulu pun cam gitu lerrrrr dah kawin dan beranak nie payah ler nak stayback sampai ke pagi...lain ler kalau mung jantan....

Itupun that night bukan aku dapat tidor sangat pun, ala-ala tidor ayam jek.... Pukul 6 pagi aku dah bangun dah siap mandi solat aper seme...tunggu yang lain seme bangkit beramai-ramai kita orang gie sarapan....waaaahhh kalau involve benda cam gini....aku rasa kan maaaaakan jek kejenyer..... baru lepak dua tiga jam makan....lepak lagik makannn..konyang..konyang......

Meeting end at 12.30p.m. Okey la..itupun Avillion tue dah call aku tanya bila nak check out...ada orang dah nak check in dah..wallahhhh...... kelam kelibut gak ler haku....sib baik la CEO mintak extend half and hour jek..... kalau lebih2 mampus...... itupun aku try mintak one hour pun seksa.... ada hati lagik participant yang lain mintak extend lagik tue...fengsan ler makkkk....

Apa yang aku boleh conclude...meeting nie success la..walaupun kami working committee nie tak diberi ucapan terima kasih pun hatta dari pihak atasan sekali..(uwaa sedih wooooo......tunggang langgang wat keje....THANK YOU pun tarak..) well aper nak buat..terima je lah....sedar diri ler kan kita orang nie kulikutif jekkkkk..dah disuruh wat keje...buat je lah kan.......

Anyhow..ini jek gambar yang sempat aku snap...ada banyak gambar tapi kat camera company ler..ini pun camera hp aku jek.... dan abaikan keluk keluk dibadan ku..... ala-ala perasan kurus tapi nak gak pakai baju sendat....kui kui kui kui.......



belah kiri tue Kak Fidah, belah kanan tue Ika.... (bujang lagik)


depa tengah meeting...