Pages

Tuesday, July 15, 2008

Iskandar Melecur

Assalamualaikum,

Semalam aku tak pegi keje lagi. Gara-gara silap aku sendiri yang sampai sekarang aku sesal tak sudah. Kalau boleh diputar masa tue memang aku nak putar sangat-sangat. Menyesal teramat-amat menyesal. Tak tau nak digambarkan dengan kata-kata la.

Iskandar weekend lepas memang tak sihat, asalnya batuk jek, itupun malam time tidur. Hari Ahad hidung dia dah start berhingus, sejak hari Jumaat tidur aku memang tak lena la dok monitor Iskandar. Dengan batuk muntah sapu minyak pujuk macam-macam benda aku buat kat dia nak bagi dia lena. Hari Ahad malam tue, dia selsema teruk jugak. Hidung tersumbat, mata mengantuk, tapi hidung tersumbat dia asik merengek jek. Masa nie la benda yang nak dicari tak jumpa-jumpa. Nasal suction tue (betul ker namanya entahhh). Haritue baru nampak Iskandar dok main benda tue, bila di cari tak jumpa-jumpa entah mana peginya. So aku pun panaskan air letakkan vicks nak bagi dia hidu wap panas tue... Alhamdullillah malam tue dia tido lena sampai ke pagi.

Kul 5.15 aku terjaga, nak sahur nak puasa. Lepas sahur tue aku tengok Iskandar dia still cam susah nak bernafas. Bernafas ikut hidung. Hidung tue memang dah tersumbat dah gila-gila. Aku kesian sangat-sangat tengok dia cam gitu ingatkan nak buat lagi dia hidu wap panas campur vicks tue. Baru aku nak selubungkan dia, kakak dia berinjak nak kalih tidur nak himpap kepala Iskandar, Iskandar agaknyer terasa kepala tue kene himpap terus terjah air panas yang ada kat hujung kaki dia. Masa berlaku tue memang aku rasa pantas sangat...sebelah tangah nak halang kakak sebelah lagi nak halang Iskandar dari himpap air panas....tapi tak sempat. Pukul 6 pagi, Iskandar menjerit sekuat-kuat hati. Aku memang dah lemah kepala lutut. Cepat aku tanggalkan baju dia. Tengok badan dia, tak ada apa-apa. Tapi Iskandar menangis gak lagi. Aku terasa seluar dia basah. Dalam pada pujuk tue aku bagi Iskandar susu, bukak kan seluar dia. Tengok-tengok lutut dia dah merah menyala. Aku panik sangat-sangat, rasa nak menangis pun ada. Mintak tolong Abie, Abie cepat2 cari gel gamat. Lumurkan satu lutut Iskandar dengan gel gamat tue setebal-tebalnya.

Ya Allah, Tuhan je yang tau apa yang aku rasa masa tue. Rasa nak ketuk-ketuk jek diri apasal la aku nak buat jugak bagi dia hidu wap panas tue. Aku pujuk-pujuk juga Iskandar, bagi dia susu, bagi dia tidur dalam buai tak nak dia meniarap lutut dia tue lagi teruk. Iskandar menangis kejap jek. Dah tidur, aku tengok lutut dia, dah naik blister. Aku alihkan dia tidur atas tilam. Iskandar tidur lasak, aku tak sedar entah bila masa blister tue pecah kulit Iskandar pun koyak.

Dia bangun dalam pukul 9 pagi, keadaan dia okey jek. Tak merengek tak menangis, boleh lagi ajak aku main cak cak tue. Gelak-gelak panjat kerusi sana sini. Kelaku lasak budak lelaki tak kisah langsung pasal lutut yang cedera tue. Tapi aku risau juga dengan luka lecur dia. Siang tue aku bawak pegi hospital untuk buat dressing luka dia tue. Melalak tak ingat juga la Iskandar bila doktor sapukan antiseptik kat luka dia tue. Kesian anak mummy.

Hopefully Iskandar cepat baik. Dan ini lah lutut dia yang melecur tue. Putih-putih tue ubat lecur yang doktor kasi. Mummy sorry Iskandar.....


9 comments:

  1. Anonymous1:30 PM

    kesiannyer iskandar....mummy tak sengaja tu....skrg dah ok ker luka tu...nyilu ajer rasanyer...

    ReplyDelete
  2. adeh ngeri aku tgok lutut iskandar...

    ReplyDelete
  3. ya allah...kesian budak tecit nama ISkandar...tp nak wat cemaner MAh..bukan ko sengaja kan...? benda dah nak jadik,asal Iskandar sihat...tader aper2 udah....

    ReplyDelete
  4. aiyoo melati. next time kena extra careful. anyway, harap iskandar cepat sembuh. kalau ko dok dekat, aku leh kasi minyak yg aku panggil minyak ayoh chik. ariq aritu kena air panas, merah giler badan, then lepas sapu mmg okay, mcm takde apa2.

    ReplyDelete
  5. ko pos je lah ed.....ehehehe...

    ReplyDelete
  6. Anak2 kecil begini. Walaupun dijaga dgn baik tp kadang2 perkara nak jadi, di luar kawalan kita. Anyway inilah pahit manis menjaga menjaga anak. begitula juga ngan mak bapak kita masa kita kecil dulu.
    Semoga anak2 dewasa nanti faham betapa sayangnya ibu bapa pd mereka.

    ReplyDelete
  7. siannyer iskandar...seriau je rs tgk luka kat lutut dia tu...

    ReplyDelete
  8. saya pun mungkin akan rasa mende yang sama...bersabarlah..harap2 iskandar cepat sembuh...

    ReplyDelete
  9. kesiannya dia..mesti sakit tu...nak2 bila kulit tu tegang. benda nak jadik nak buat macam mana..x der salah sesiapa pun

    ReplyDelete

please be nice to me