Pages

Monday, December 1, 2008

Panggilan Haji

Salam,

Panggilan Haji.....
Telah tiba lagi....
Menunaikan ibadah...
Panggilan Baitullah.....


Bila la aku dapat pergi tunaikan Rukun Islam Ke Lima nie yer. Mmm belum sampai masa dan rezeki aku lagi kot. Malam tadi pegi hantar Achik kat Tabung Haji Kelana Jaya. Achik dapat panggilan menunaikan Haji last minute. Rezeki dia lah kot. Sebab sepatutnye dia kene pegi 20hb haritue, tapi kene tarik balik atas alasan yang aku pun tak berapa nak sure. Tapi memang rezeki dia nak pegi, akhirnya dapat jugak dia pegi.

Ini kali ketiga aku hantar orang pergi haji selepas arwah Ayah ngan Ibu, dengan Angah. Iyelah before this kalau ada sapa2 yang pergi haji pun aku just ziarah kat rumah jek, tapi sampai ke Kelana Jaya tue cuma arwah Ibu ngan Ayah, Angah dan Achik malam tadi. Sayu jek rasa hati tengok orang-orang yang nak pergi tunaikan haji tue. Terdetik jugak, bila la aku berpeluang nak pergi Haji. Doa lah banyak-banyak yer.

Kesian tengok anak Achik yang sulung tue, sedih jek tengok kan mukanya. Menangis gak la dia malam tadi, Mama dia pun tak henti2 gak la nangis. Aku pun ikut sayu jugak. Tak per la nak...Papa ngan Mama bukan pegi mana pun, doakan la mereka dapat Haji Mabrur.

No picture taken camera aku la.... tapi camera anak sedara aku banyak gambar-gambar... ntah bila masa nak dapat pun tak tau....

No comments:

Post a Comment

please be nice to me