Assalamualaikum,
Dua hari nie rasa lemah sangat badan-badan nieh. Actually bukan badan yang lemah tapi otak aku pun ikut sengal gak. Semalam satu hari aku rasa angin semacam jek. Tak tau apasal. Eh aper pulak tak tau...tau sebenarnya..tapi tak tau macammana nak aku tintakan kan sini. Macam-macam yang berlegar-legar kat fikiran.
Bagusnya kalau jadi budak-budak balik kan. Tak reti nak ada masalah, tak reti nak risau, tak reti nak bimbang. Tau nya nak main jek, happy, gelak-gelak, menangis.
Weekend haritue tak ada aper aktiviti pun. Hari Sabtu tue patutnyer aku pegi kenduri Zie, officemate aku. Tapi Abie tak ada kat rumah, pegi Sepang. Lone ranger nak pegi kenduri kawin nie cam tak syok pulak. Nak hangkut budak dua orang tue alahai tak terhandle aku rasanya. Nak nak Iskandar dah dapat kaki. Biasa kalau aku berjalan ngan dia orang pun short distance jek. So behave la jugak Iskandar dalam carseat tue. Tapi ni kira long distance gak ler...ke shah alam rasa tak daya aku nak handle Iskandar dalam kereta sorang-sorang. So aku pegi jumpa Alang Tuty kat KLCC. Bawak Izzati jek, Iskandar tinggal ngan mak long dia. Bertemu lah Izzati dan Amar di KLCC. Izzati nie over peramah, pantang la jumpa budak senang sangat nak mesra. Boleh jalan pegang-pegang tangan lagi tue ngan Amar, si Tuty dah nak gelak jek, iyelah tak penah tengok anaknya diperlakukan sebegitu rupa. Ahaks cam haper jek bunyinya kan. Dapat sms dari Tuty semalam, "Aku rasa anak bujang aku dah jatuh hati dengan anak dara kau ler, hari hari nak jumpa Izzati kat KLCC". Hahahahaha gelak besar aku. Alahai, kakak demam pulak semalam.
Hari Ahad tue patutnya aku bukak booth masa Sport Day Kindy Intan. Tapi, tak ada sapa pulak nak jaga anak-anak aku. Abie pegi Sepang lagik hari Ahad tue. Jadi seharian meamng melepek je lah aku anak beranak. Hari Sabtu tue awal2 aku dah beli bahan-bahan nak masak untuk Ahad. Terkenangkan anak dara mummy nie suka sangat makan mee hailam. Mummy pun buatkan lah. Itupun, cair rupanya...tapi rasa tue ada la jugak. Seharian tue jugak keje mummy melantak mee hailam jek. Malam kekenyangan Abie lak take over makan mee hailam. Komen dari Abie?? Entahhhhhhh....hek tidak hok pun tidak......
Isnin semalam aku dapat interview kat Seri Kembangan. Nama companynya Bristol. Buat office furniture. Ada website sendiri. Tengok website cun la...tengok sales depa pun fuh juta juta tue. Masa mula-mula tengok memang rasa company nie besar. So semalam aku ambik half day sebab nak pegi interview nieh. Mula2 tu rasa syok jugak sebab kat Seri Kembangan, iyelah kira dekat ngan rumah. Mine Shopping Centre pun dekat. Tapi bila aku masuk jalan nak ke Bristol tue makin jauh pulak aku rasa. Lama-lama makin ceruk, hati nie dah start rasa 50/50. Bila sampai kat Bristol tue sendiri, 40% aku dah rejek dah. Iyelah kawasan kilang. Tapi bukan macam kawasan perindustrian tue, nampak ceruk lagik. Alahai boleh ker aku keje kat sini, tanpa hiruk pikuk kota ngan jem ek. Okey la....dok sms ngan Niza Penang, dia kata try je kak mana tau rezeki. Abie pun kata try jek dulu. Okey la..aku lapangkan hati. Datang la sorang nyonya nie interview aku..sempoi gila dressing dia.. ngan idung sok sek sok sek selsema interview aku. Okey la tak ada la teruk sangat interview pun, tapi bila aku tanya fringe benefit kat company tue. Mmmmm tak leh lawan dengan apa yang aku dapat kat co. sekarang. Banyak rugi walaupun aku leh up gaji aku sampai 30%. Aku pentingkan medical benefit, tapi kat sini hanya staff sahaja yang dapat family member tak dapat. So kat situ aku dah rejek dah. Bila aku sms Abie, Abie kata...tak payah la...tau kot dia yang rajin masuk hospital ngeh ngeh ngeh....(ini yang buat aku terpk nak amik insurance cepat-cepat nieh).
Mmmm...aper lagi yer nak aku catatkan ek.... bosan giler rasanya nieh..... nanti-nanti la..ada masa aku ngomel lagik. Tengok je lah aper dah jadi ngan blog aku. Asik la bertukar rupa dan macam-macam gadget yang haku letak.....lantokkkkkkkkk...........
wah....layout baru lagik!
ReplyDelete