Wednesday, April 2, 2008

Ibu....Imah rindu Ibu

Assalamualaikum,

Semalam satu Malaysia tahu Ibu Yusni Jaafar meninggal dunia akibat kegagalan hati. Rahmat atas penderitaan Ibu Yusni Jaafar, dia kembali bersatu dengan keluarganya dan anak-anak yang dikasihi.

Pagi nie on the way nak pergi kerja, cam biasa aku suka tukar-tukar radio. Hot FM buat topik pasal pemergian Ibu Yusni Jaafar nieh. Tak semena-mena airmata aku mengalir. Tetiba hati aku sayu sangat, aku teringatkan Ibu....my Ibu.... Allahyarhamah Pn. Hajah Seti Meriam. Isk..dalam pada menaip nie airmata aku bertakung lagi. Rindunya dengan arwah Ibu. Dah masuk bulan April. Teringat saat-saat macam nie tahun lepas aku tengah sarat mengandung. Every weekend pergi rumah Angah jengah Ibu yang memang tengah sakit. Hati aku kuat mengatakan Ibu akan sembuh, Ibu kuat semangat Ibu mesti sembuh dari sakit kanser tue. 24hb April ni genap la setahun Ibu tinggalkan aku. Isk...tak sanggup nak teruskan...airmata makin laju nieh....

Ibu imah rindu sangat ngan Ibu rindu sangat-sangat...rasanya tak banyak khidmat yang Imah dah buat utk Ibu. Banyak jasa Ibu yang tak sempat Imah malas.... Ibu...rindunya Imah ngan masakan Ibu...rindunya Imah ngan bebelan Ibu...rindunya Imah ngan ketawa Ibu....... Ibu, Imah memang rindu sangat-sangat dengan Ibu. Ibu........

Al-Fatihah.... aku tak sanggup menaip lagi....

1 comment:

  1. salam takziah.

    rindu memang tak kan sudah.
    moga terus tabah dan kuat.
    MOga arwah damai di sana.

    ReplyDelete

please be nice to me