Assalamualaikum....
Pagi semalam Hot fm ada la buat satu topik pasal Suami Dulu ngan Suami Sekarang. Alkisah suami dahulu tue kureng sikit nak membantu dalam hal-hal rumahtangga. All out diserahkan pada isteri. Suami sekarang more flexi more memahami sama-sama tolong membantu dalam kerja-kerja rumah. Faham dengan keadaan isteri yang bekerja araound the clock, non stop. Aku geram tue si Faizal Ismail tue tak abih-abih kata itu tanggungjawab isteri. Dia penat dia bekerja isteri tak bekerja. Huhuhuhu nak jek aku telefon Hot fm dan dan tue jugak, nak bagi tau ingat isteri dok rumah tue tak keje ker. Kerja rumah tue tak penah habis. Celik mata sampai tutup mata ada je lah benda yang kene dibuat. Suami nie tak leh ker nak tolong. Bukan suruh take over pun kerja-kerja rumah tapi tolong...tolong..tolong mana yang patut... takkan pinggan sebijik pun tak reti nak basuh. Lipat kain sambil2 tengok tv tue takkan tak boleh (kain baju aku menimbun kat rumah tak berlipat lagi...muerkekekekekeke). Memang la suami tue bekerja, tapi at least appreciate la apa yang isteri nie dah buat kat rumah, jaga rumahtangga, jaga anak-anak. Kadang-kadang isteri nie tak ada la mintak banyak sangat pun. At least dengan pertanyaan "Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" pun dah cukup buat isteri tue rasa besar hati sangat. Asal nak merungut terus tak jadi bila suami nie rupanya ambik kisah yang isteri tue sibuk dengan kerja-kerja rumah.
Abie?? Mmmmmm aku tak tau la nak kategorikan Abie nie dalam golongan apa. Suami dulu ker Suami sekarang. Terus terang, Abie ada la sifat malas tue. Well tak leh nak kata dia la aku pun sama gak pemalas yang amat. Ini lah yang selalu arwah ibu bebelkan masa dia masih ada dulu. Tapi masa tue aku tak amik pot pun. Bila dah kawin nie la baru terasa...bila pemaleh bertemu ngan pemaleh....well you know la what happen to that house....hahahahahah macam ship wreck. Dan aku nie pun sedikit sebanyak ada mewarisi sifat dan perangai ibu. Memang la diri tue pemalas...tapi aku pening kepala dengan keadaan yang berserabut. Nak tak hendak kene la jugak mengemas apa yang patut. Well, dengan anak-anak yang semakin membesar, rumah tue tak dan neat and tidy ada jelah yang sepah sana sini. Kekadang, bila keadaan cam gitu aku sorang2 boleh menangis. Memang rasa tak larat sangat, bangun seawal 5.30 pagi, itupun aku dan masak bubur Iskandar jek ngan sidai kain. Pastu bersiap nak pegi keje. Dua-dua anak pepagi buta tue haku hangkut bawak gie umah Kak Na pulak. Dulu Izzati memang tugas abie yang bawak, tapi skrg tak boleh dia dah pandai kalau tak ikut mummy dia menangis je lah kejenyer. Iskandar aku bawak pepagi tue sebab tak mo menyusahkan Abie nak bersiap nanti pergi kerja.
Balik rumah kekadang rasa frust sangat bila tengok keadaan rumah. Nak mengemas lagik nak itu nak ini kekadang memang merungut jek dalam hati. Sambil buat keje tue menangis jugak la kekadang. Naper la Abie tak nak tolong apa-apa yang patut. Sebab aku rasa memang letih sangat. Dengan kerja kat ofis. Dengan mengadap jem pagi petang. Dengan nak melayan karenah anak-anak lagik. Bila keadaan berterusan aku terus ckp dalam diri aku sendiri. Aku buat sekadar termampu. Larat aku buat tak larat lantok ler sana. Jangan Abie bising sudah, kalau bising memang sengaja nak switch on kemarahan aku....muahahahahahaha... Once in the blue moon Abie akan received sms dari aku ala-ala tak puas hati la kononnnnnn.....eheh..(nak period kot).
Baru-baru nie, aku dapat berita dari best friend aku. Dia ada masalah rumahtangga. Suami ada hubungan dengan perempuan lain. Hancur luluh perasaan kawan aku tue. Dia kata dia memang dah hilang kepercayaan pada suami dia sungguhpun suami dia dah putuskan hubungan dengan perempuan tue. Bila kita orang jumpa bercerita la hal suami dia. Suami yang memang harapkan rumah kemas sentiasa. Masakkan utk dia dan pelbagai lagi lah. Pastu aku terbaca blog dari sorang kawan aku pasal suami dia jugak. Betapa gila suami nya dengan aktiviti memancing, betapa dia bersusah payah nak jaga kewangan keluarga. Betapa hatinyer selalu kecewa dan frust dengan sikap suami yang tak pernah faham dengan keadaan dirinyer. Betapa kurangnya privacy dia duduk dengan keluarga mertua. Dan aku terbaca di dalam forum yang masing-masing merungut tentang suami. Bila bersalin duduk di hospital tiga hari anak anak terbiar dirumah tak mandi tak apa. Suami buat tak kisah langsung.
Tiba-tiba aku rasa bersyukur sangat-sangat. Bersyukur sangat-sangat sebab aku berkahwin dengan Abie. Walaupun aku selalu rasa geram dan marah dengan sifat pemalas dia tue tapi aku bersyukur bertemu dan berkahwin dengan Abie. Sungguhpun Abie malas, tapi tugas memasak di rumah memang dia yang lakukan. Sungguhpun Abie malas, setiap kali aku sakit, bersalin Abie memagn sentiasa disisi. Sungguhpun Abie malas, dia memang cukup menyayangi aku dan anak-anak. Sungguhpun Abie malas, masih mampu utk menemani aku jika aku mengajak dia kemana-mana. Sungguhpun Abie malas, masih ada usaha utk dia memastikan kat depan rumah tue clear dari semak samun (upah orang ler tue :D). Sungguhpun Abie malas, makan minum aku dan anak-anak tak pernah kurang dirumah tue.
I love you Abie, so much. Mungkin ada kekurangan dalam diri masing-masing tapi kita saling melengkapi. Sorry Abie, mummy bercerita disini. It just that, before this mummy kurang appreciate apa yang Abie dah lakukan pada rumahtangga kita. Bila terjadi kisah2 disekeliling kita i know how lucky i am to have you.
Tapi adatlah dalam rumahtangga........sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri. Sekali sekala mesti ada jugak rasa geram dan tak puas hati, and now i'm learning to control it, i'm learning not to complaint anymore. Sometime we didn't realise what we have until something happen. huhuhuhu....emosi ler pulak....
I love you Abie......
No comments:
Post a Comment
please be nice to me